Pelik melihatkan sikap orang kita ni yg gemar meletakkan kereta di bahu jalanraya yg mana mmg bukan dikhaskan utk meletak kereta sedangkan tempat letak kereta dah disediakan berhampiran dan percuma.
Situasi begini korang boleh tgk di Putrajaya tak kira masa terutama pada waktu kerja dan bila ada pasar malam di Presint 2.
Sakit mata dan menyusahkan pengguna jalanraya yg lain . Apa salahnya berjalan sikit dan anggap je tu sebagai masa utk tenangkan diri selepas penat bekerja.
Yg buat aku geleng kepala ni , Putrajaya !! Faham fahamlah maksud aku kan ? Takkan tak boleh fikir menda kecik gini ..
Tapi betullah orang kata .. Apa diorg kata ? Datanglah Putrajaya .. Nanti tau la sendiri .. Hehe..
Aku pon duk Putrajaya .. Mmg bukan semua tapi sendiri mau ingatlah .. Jaga nama baik majikan yakni kerajaan Malaysia ..