“ Pakcik , inilah duit yg saya berjaya pinjam dari bank , along dan juga adik beradik .. Semata mata nak menikah dengan anak pakcik ! Kalau nak harapkan kerja saya tu , agaknya anak pakcik tu dah monopos pon saya tak boleh nak masuk minang lagi. Tu baru nak meminang .. Lom lagi nak buat kenduri kawin . Tak mengapalah , demi anak pakcik yang cun itu .. saya sanggup bergolok gadai harta orang tua saya. Mak saya pon dah jual tanah tu. Yang tinggal untuk dia je nanti .. Tu pon nasib baik tak leh jual. Kalau tak , lama dah dia jual semata mata nak pinang anak pakcik tu.
Saya ni bukanlah nak kurang ajar dengan pakcik. Sekadar nak berbalas pantun dengan pakcik. Nak bagi 4 kerat , tak mampu .. Saya bagi sekali la ngan ranting dan dahannya .. Harapnya pakcik terima la pinangan saya. Kalau tak cukup , nanti saya try pow adik beradik belah ayah lak. Diorang banyak gak harta tu .. Ok ? ”
Kegeraman mmg ingin diluahkan tapi memandangkan yg di depan mata kita itu , orang tua .. maka bercakaplah dengan hati sendiri. Kesian kan ? Berhutang untuk mendirikan rumahtangga.Kesannya , selepas nikah nanti. Anak dah berderet , hutang tak abis lagi ..
“Soal nikah kahwin dalam Islam adalah perkara yang amat digalakkan dan boleh disempurnakan walaupun hanya dengan mas kahwin 'cincin besi'.“Malangnya, pengaruh masyarakat yang mahukan keindahan budaya Melayu ditonjolkan yang menjurus kepada kemewahan dan pembaziran menyebabkan golongan muda yang mahu berkahwin menangguhkan dahulu hasrat tersebut.” - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat .
Alasan mereka hantaran perlu mahal .. Setanding dengan pendidikan anak mereka.. Belanja kenduri mahal .. Harga barang naik .. Hehehe .. adehh .. Tolonglah .. Kasi lepas anak dara tu , dah la.. Yang penting , selepas menikah tu haa.. Dari perabih duit untuk kenduri kendara tu , baik gunakan untuk persediaan lepas kawin. Mana la tau ada yang penting..