Aku tak pernah dengar lagi lagu Bawaku Pergi yang dinyanyikan oeh Zizan Razak dan Kaka ni .. Nak kata tak minat tu , tak leh kata gak walaupun tak minat kat Zizan ni .. hehe .. Tapi biasanya aku hanya minat lagu berbanding penyanyinya kecuali geng geng kumpulan Rock Kapak sebab aku membesar zaman tu ..
Balik pada lagu ni , aku terfikir akan nasib penulis lirik lagu Bawaku Pergi ni , Malique yang mana menganggap tindakan mengharamkan lagu itu sebagai keputusan yang tidak adil serta menidakkan kebebasannya untuk bersuara.
Sama seperti Namawee la kan ? Aku mmg boikot mamat tu sbb apa ? Korang pon tau kenapa kan ? Tapi lagu ni , apakah aku akan memboikot Malique lak ? Aku bukan prejudis/ .. Mereka yang dah ikuti blog aku ni pastu tau yang mana kalau aku tak suka , terus terang aku kritik tapi secara baik la contoh seperti filem filem hantu kat Malaysia ni haa ..
Tapi Malique lak camana ? Bagi aku selagi mana tak menyentuh agama dan negara , lantak laa .. Lagi pon penulis lagu ni macam serupa macam menulis puisi atau sajak .. Kena baca dan fahamkan betul betul .. kalau tak ? Memang pening dan boleh salah faham .. Contoh banyak ada .. lagu lagu ketuhanan , disangka lagu cinta.. Camana tu ?
Apakah akan ada parti politik campur tangan sebagaimana kes Namawee tu ? Ke terbiar sepi gitu jer ? Pasti ada yang kata , kes Namawee ngan kes Malique ni berbeza ! Heh .. bukak mata , fikir dan fahamkan ..
“ Malique berkata pihak berkenaan gagal mentafsir bait lagu tersebut iaitu menceritakan keinginan penulisnya yang mengidam untuk pergi ke Indo-China melalui jalan darat iaitu “pergi lebih lama, pergi lebih jauh”. “ –Mstar Online.