Assalammualaikum ... ini julung kali penulisan saya di dalam blog PELABUR EMAS PERAK ... sempena hari lahir yang ke 38 tahun ... terasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman berhubung pelaburan logam emas tulen fizikal dan logam perak tulen fizikal yang saya lakukan ... sebelum entry selanjut nya ... adalah lebih sesuai untuk saya kemukakan biodata saya sebagai renungan pembaca sekalian ...
Bioadata:
Nama: Ir Abdul Razak Bin Haji Kamarudin.
Tarikh lahir: 26 hb. Febuari 1974.
Berasal: Negeri Perak.
Tempat tinggal: Seremban, Negeri Sembilan.
Status: Berkahwin.
Anak: 4 orang lelaki.
Kerjaya: Jurutera Awam Profesional (P.Eng dan MIEM) di Sektor Awam.
Minat: Membaca.
Kelulusan: UTM.
Sosial: Timbalan Pengerusi 2, Jawatankuasa Tindakan Jurutera Air Daerah Se Malaysia Sessi 2011/2013.
web:www.pelaburemasperak.com / www.abdulrazakbinkamarudin.com
Emel: pelaburemasperak@gmail.com
Facebook : http://www.facebook.com/abdulrazakbinkamarudin
Hp: +6019 66 22 909.
Bbm pin: 23 26 3d 2c.
Saya amat berharap agar diberikan kekuatan dan iltizam untuk meneruskan penulisan di dalam blog ini dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman sebagai seorang pelabur logam emas fizikal dan logam perak fizikal melalui platform Syarikat Public Gold Marketing Sendirian Berhad ...
Selama tempoh 3 tahun sejak memulakan pelaburan ini ... jelas dan nyata bahawa mampu memberikan kesihatan yang baik terhadap penjanaan kewangan peribadi saya ... pendapatan saya sebagai seorang jurutera awam di sektor awam hanya mampu untuk saya dan keluarga menjalani kehidupan dengan penuh keserderhanaan ...
Setinggi kesyukuran ke hadrat "NYA" dengan ilmu dan peluang yang diberikan untuk memulakan pelaburan di dalam logam emas fizikal dan logam perak fizikal telah sedikit sebanyak membantu saya dan keluarga untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna termasuklah berpeluang melancong ke luar negara dengan kadar beberapa destinasi di dalam tempoh setahun ...
Sehubungan dengan itu ... saya amat berharap agar dengan perkongsian ilmu di dalam blog ini akan dapat memberikan manfaat kepada anda semua ... keterangan lanjut berhubung dengan pelaburan logam emas fizikal dan logam perak fizikal boleh menghubungi saya di talian +6019 66 22 909 atau BBM PIN: 23263d2c .
"SUKA EMAS CARI AJAK"
Emas ... Dulu ... Kini dan selamanya.
Sekian, bertemu lagi, insyaallah, terima kasih.
Beli barang dapur utk kali terakhir sblm bergelar ibu dan bapa.. Hehe.. P makan dulu kat Fish Manhattan lagi sebelum g shopping barang dapur ..
Korang pon leh nampak baju mak n baby dah standby dalam kereta .. huhuu… Aku pon dah standby bila bila masa .. Bila tanya kat mana hospital nanti , confirm aku tanya balik .. “ Nak g Hospital Pulau Pinang atau Kota Bharu ??? “
Sambung cerita .. Kat Carrefour tadi tu ternampak geng Whatsapp ( ada group geng FB n Blogger wooo kitorang ) , dok mencari makanan kat situ .. Aku g gegar dia dan BENG BENG BOONG sama diaaa .. hahaha ..
Malu malu sudah diaaa .. Kenai tak awek ni ? Dia pon blogger gak .. Spek ni yg aku pakai ni , aku beli kat dia laaa .. haaa .. Tak pasal pasal dah kengkawan .. Sapa sangka kan ? Nama dia , Mieza dan blognya , ARMIZARXZ ( minah RXZ kah ) .. Dari dunia realiti dah jadi maya.. Ni baru sorang .. Ramai lagi sebenarnya .. Tunggu la nak buat gathering nanti.. Er , bila tu tak tau laaa.. hehehe ..
Ok , esok aku bz skit la.. jadi nak kena buat beberapa autopost. Esok nak hantar wife ke hospital dah .. Selasa nanti operation .. huhu.. Caesar .. Korang doa doakan yer agar mak n baby selamat ..
Menci .. line Celcom kat hospital Putrajaya hampehhh .. Hampeh sehampeh hampehnya ..
Asik main color macho jer kan ? Dah tua tua gini , layan pink pulakk .. Harga pon murah .. RM7 je.. byk dah aku beli baju mcm ni .. semua wat g gym .. kena curik pon x nangis .. hahaha.. ada ke nk curik ?
Hurm.. mana wife aku nih.. tak padan nak bersalin , leh ghaib dlm nii..
Sekarang ni , setiap pagi atau petang , aku akan buat sprit 100m sekurang-kurangnya 3-4 kali bila berjogging. Aku akan pastikan peluh keluar mencurah curah membasahi baju aku.
Kemudian , aku akan g bergayut lak .. hehehe .. Bergayut kat bar yang terletak di taman yang berdekatan dengan rumah aku . Kelebihan bergayut dan lari sprit 100m ni , mmg sangat best ..
Bila dah fit skit , baru layan lompat ala ala skipping tapi yang aku buat ni melebihi satu tiang besi yg terdapat di taman kanak kanak tu.. Sangat penat okeh !! Sangat sangat !! Tapi bukan letih tau.. penat melompat .. Kalau letih tu , tanda tak fit .. haaa ..Ada beza tu.. Penat ni , kejap jer rasanya .. Lepas 30 saat rehat dan tarik nafas , ilang dah ..
Paling aku suka sekarang ni , layan bar .. Perghh .. Kesan dia ??
Nak layan macam ni kan .. memerlukan kekuatan tangan yang amat kuat sebab nak kena angkat badan kita sendiri tuu .. Pengawalan nafas sangat penting ketika ini ..
Nampak ? Bagi mereka yang malu nak g gym tu , sebenarnya kita boleh bersenam di mana mana saja .. Jangan jadikan alasan malu atau segan sbb kurus mahupun montel , untuk bersenam. Kena baca artikal Pentingnya jaga kesihatan walaupun di usia muda. ni kot untuk tau kenapa pentingnya menjaga kesihatan.
Dan peluh aku sekarang ni pon dah macam air biasa je.. takde rasa masin dah .. Dan , mulut pon takde bau busuk terutama bila bangun pagi , berkat dari diet aku tu .. Diet bukan tak bererti tak makan yer ..
Tunggu apa lagi ? Tunggu baju seluar tak muat baru nak turunkan berat badan ? Camana sekali pon , kita kena bersenam ..
Sekadar renungan buat semua .. Disalin dari Hmetro online.
KETIKA bersukan, tiba-tiba dia rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, lelaki berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.
Sering menjadi tanda tanya di kalangan kita apabila mereka yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif, tiba-tiba dilaporkan meninggal dunia kerana diserang sakit jantung yang dianggap penyakit orang tua.
Atlet, iaitu individu yang dianggap mengamalkan gaya hidup sihat, juga mungkin boleh mendapat sakit jantung jika mempunyai masalah kongenital (penyakit sejak lahir) yang menyebabkan kematian mengejut akibat serangan jantung berikutan gangguan ritma jantung (rhythm abnormality).
Ternyata penyakit jantung yang sering dikaitkan sebagai penyakit orang tua, kini makin banyak dialami orang muda seawal usia 30-an.
Perunding Kardiologi Hospital Pantai Klang, Dr Suhaimi Osman, berkata faktor genetik mendedahkan seseorang kepada penyakit pembunuh nombor satu di Malaysia itu.
Jika ada ahli keluarga atau ibu bapa menghidap sakit jantung, anaknya mungkin berdepan kemungkinan sama pada masa akan datang.
Faktor lain yang mendedahkan seseorang kepada penyakit berkenaan ialah merokok (risiko paling tinggi), diabetes, kolesterol dan tekanan darah tinggi.
“Walaupun banyak faktor boleh menyebabkan sakit jantung, sering kita lupa ialah faktor sejarah keluarga kerana mereka yang mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung, mempunyai risiko besar mendapat penyakit berkenaan.
“Impak mendapat sakit jantung bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga sama dengan pesakit jantung yang disebabkan amalan merokok.
“Malah, jika seseorang itu merokok, menghidap diabetes, mempunyai kolesterol tinggi serta penyakit darah tinggi, digabung faktor sejarah keluarga, risiko dia mendapat sakit jantung makin berganda,” katanya.
Menurutnya, ada lebih 20 ciri genetik diketahui sekarang, menyebabkan mereka mudah terkena sakit jantung dan lebih berisiko berbanding orang lain.
“Individu yang mempunyai sejarah keluarga berisiko tinggi jika bapanya mendapat sakit jantung pada usia muda iaitu ketika berusia tidak sampai 50 tahun atau ibunya diserang ketika berusia kurang 55 tahun.
“Adakalanya tanpa faktor risiko pun, seseorang boleh mendapat sakit jantung. Misalnya, satu kajian membabitkan kira-kira 120,000 individu yang pernah menghidap sakit jantung koronari mendapati, 15 peratus wanita dan 19 peratus lelaki tidak mempunyai faktor risiko yang dikenali. Faktor genetik yang belum dikesan, disyaki memainkan peranan dalam kes sebegini,” katanya.
Beliau berkata, kajian terhadap tahap kolesterol, trigliserid (lipid atau lemak neutral daripada gliserol bergabung dengan tiga molekul asid lemak), lipoprotein (satu daripada sekumpulan protein di dalam plasma darah dan limfa yang bergabung dengan lemak lain seperti kolestrol), low-density lipoprotein (LDL - kolestrol jahat) dan (high density lipoprotein - kolestrol baik) di kalangan individu yang mempunyai sejarah keluarga sakit jantung turut mendapati mereka memang mempunyai kecenderungan untuk mendapat penyakit itu.
“Mereka yang mengalami sindrom metabolik iaitu mengalami obesiti, trigliserid tinggi dan menghidap darah tinggi yang menyebabkan radang pada pembuluh darah turut terdedah kepada sakit jantung.
“Jika tiada sakit jantung, tetapi ujian high-sensitivity C-Reactive Protein (hs-CRP) yang dijalankan ke atasnya tinggi, dia turut berisiko mendapat sakit jantung.
“Ujian hs-CRP boleh mengesan lebih tepat kepekatan protein yang lebih rendah dan digalakkan sesetengah pihak sebagai ujian untuk menentukan tahap risiko yang berpotensi untuk penyakit kardiovaskular, serangan jantung dan strok,” katanya.
Beliau berkata, genetik ialah faktor utama untuk risiko sakit jantung. Ia seperti penyakit keturunan lain seperti jika dalam keluarga ibu bapa mempunyai diabetes, anaknya mungkin menghidap penyakit sama.
Begitu juga dengan kolesterol tinggi dan merokok. Dalam sebuah keluarga yang sosial ekonominya rendah, didapati risiko juga bertambah dan faktor stres juga menambah risiko melalui hormon adrenergik yang dikeluarkan kelenjar suprarenal apabila di bawah stres.
“Perbezaan jantina ialah lelaki mendapat risiko sakit jantung lebih awal. Perempuan mendapat perlindungan daripada hormon estrogen tapi selepas menopaus, risiko mereka terdedah sakit jantung sama seperti lelaki,” katanya.
Menurutnya, salur darah perempuan juga lebih kecil daripada lelaki. Oleh itu, gejala dialami wanita mungkin berbeza dengan lelaki.
Antara gejala sakit jantung dialami wanita ialah tiba-tiba rasa berpeluh sejuk, sesak nafas, rasa sakit antara tulang belakang, sakit tengkuk, bawah dagu, tepi lengan, belakang dan perut.
“Ramai wanita beranggapan sakit jantung penyakit lelaki, jadi mereka tidak menyangka diserang sakit jantung hingga lambat mendapatkan rawatan. Apabila penyakit disedari, ia lebih susah dirawat.”
“Salur darah koronari wanita lebih kecil menyebabkan mereka lebih sukar dirawat secara angioplasti, di mana sten dimasukkan ke dalam salur darah untuk mengembalikan pengaliran darah yang lancar di dalam pembuluh darah.
“Jika angioplasti tidak dapat dijalankan, rawatan perubatan atau medical therapy adalah pilihan rawatan bagi mereka. Pesakit lelaki lebih berkemungkinan mendapat sakit dada ketika serangan jantung berbanding wanita, dan biasanya akan didiagnosis lebih awal,” katanya.
Dr Suhaimi berkata, tekanan emosi berlebihan boleh menjadi beban kepada jantung dan boleh melemahkan jantung.
Emosi juga antara penyebab sakit jantung, misalnya dalam mesyuarat atau terbabit pergaduhan, tekanan darah naik dan menyebabkan beban kepada jantung, seterusnya menyebabkan berlaku sakit jantung.
“Setiap individu, walaupun baru berusia 25 tahun, digalakkan membuat pemeriksaan darah dan ECG (diagnosis penyakit jantung).
“Pemeriksaan darah dapat mengesan masalah kolesterol dan diabetes. Jika kolesterol terlalu tinggi dan seseorang itu perokok walaupun usianya 20-an, dia mungkin diserang sakit jantung,” katanya.
“Yang kita perlu faham mengenai sakit jantung ialah, mencegah lebih baik daripada merawat. Pengesanan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada gejala dialami membolehkan rawatan sewajarnya dijalankan.
“Rawatan untuk memulihkan sakit jantung seperti pintasan (bypass) dan sten, tidak boleh bertahan selama-lamanya. Ia tidak sama dengan yang asli kerana pintasan jantung mungkin tersumbat 10 atau 15 tahun kemudian.
“Pesakit yang mempunyai ibu mendapat serangan jantung sebelum 55 tahun, perlu berhati-hati kerana risiko untuknya mendapat sakit jantung lebih tinggi dan pemeriksaan awal perlu dijalani. Mereka yang ada kolesterol tinggi kadangkala boleh dilihat dengan tanda kolesterol di mata,” katanya.
Gaya hidup sihat membantu mengawal faktor risiko sakit jantung. Hentikan tabiat merokok serta elakkan makan terlalu banyak daging merah seperti lembu dan kambing, produk tenusu seperti krim dan mentega kerana semua jenis lemak tepu boleh ditukar kepada kolesterol.
- Hmetro