“ Tindakan ganas empat pemuda yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur Sabtu lalu mengundang kemarahan orang ramai. Dalam reaksi melalui blog-blog, Facebook dan Twitter mereka menggesa pihak polis segera mengesan ndividu-individu berkenaan untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Mereka menyifatkan tindakan peserta tersebut sebagai ganas, biadab dan tidak berperikemanusiaan . Selain tindakan menyerang dengan menggunakan kon terhadap seorang anggota polis yang keretanya terbabas, mereka juga mengecam perbuatan dua pemuda menendang seorang lagi anggota trafik yang terbaring apabila motosikalnya terbalik sementara seorang lagi bertindak melompat ke atas kereta polis. Mereka adalah sebahagian daripada ramai lagi peserta perhimpunan yang kini sedang diburu oleh pihak polis. “ – Utusan Malaysia
Alahai .. aku tertanya tanya satu soalan je .. Betul ke diorang ni peserta BERSIH 3.0 ? Hehe .. Tak baik tau naya orang .. Setau aku la , takkan berani rakyat Malaysia nak wat keje giler gini sbb tau takkan mampu boleh lari punya .. Kecik je Malaysia ni
Jadi siapakah mereka ini yang berani sangat wat keje mengarut ni .. Hanya Allah saja yang mengetahuinya ..