Hurm .. perlu ke eh ? Rasa cam tak perlu jer .. Lagi best makan sorang kan ? Wat pe nak makan ramai ramai ! Yelah , bukan senang nak cari makan skang ni .. Banyak pesaing . Jadi , biarlah kita jer naik sorang sorang .. Wat pe nak ramai ramai kan ?
Betul ke gitu ? Atau .. bukan mudah nak bersatu .. Macam macam kepala ada .. Tu belum part nak pilih ketua .. Haaa.. Berebut nanti ! Award pon pakat berebut sampai gaduh gaduh .. Ini kan pulak jawatan paling penting dalam dunia maya .. PRESIDEN PENULIS PENULIS MAYA MALAYSIA ! wowww wee .. Tak leh bayang camana punya perang poster nanti .. huh..
Sebenarnya , mudah je .. tak perlu tubuh persatuan pon .. Yang perlu ada rangkaian yang meliputi semua blogger yang ada .. Dari sini , pelbagai aktiviti boleh dibuat.Sebelum tu , buatlah perjumpaan dan dari situ , bolehlah lantik Ajk sementara untuk aktiviti tu kan ?
Dari situ , mcm mcm projek leh dapat yang mana mampu menjana pendapatan sampingan .. Camana ? Mereka yang punya pengalaman pasti tau camana nak buat .. kan kan ?
Aku baru cadangkan pada satu syarikat besar untuk buat Treasure Hunt antara blogger . Menarik tuu .. Kalau jadi laa ..