“ Murid tahun tiga yang nyaris menjadi mangsa culik tiga lelaki menaiki sebuah van putih, Khamis lalu.
Kejadian berlaku ketika mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 9, baru pulang dari sekolah agama tidak jauh dari rumahnya, di Kepala Batas , jam 11.20 pagi.
Ketika kejadian, mangsa baru turun daripada kereta jiran yang diupah mengambilnya dari sekolah setiap hari dipercayai mahu melintas jalan untuk pulang ke rumahnya sebelum dihampiri sebuah van putih dinaiki tiga lelaki.
Menceritakan saat menakutkan itu, anak bongsu dua beradik itu berkata, seorang daripada lelaki terbabit menarik tangan kanan sambil mengarahkannya masuk ke dalam van menggunakan bahasa Melayu. “
Selanjutnya , sila beli Harian Metro hari ini ..
Ini bukan kes pertama kalau tak silap aku .. VAN PUTIH ..Ingat lagi kes VAN PUTIH ? Cuba google VAN PUTIH CULIK . Tak kira anak lelaki atau perempuan , kalau sayangkan anak maka ambil langkah keselamatan ..
Biar pening sekarang dari pening kemudian ..