Malang tak berbau .. Kereta Proton Wira yang dinaiki empat sahabat hancur berkecai selepas terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km18, Jalan Kuantan-By Pass dekat Kuantan, Pahang, malam Sabtu. Dalam kejadian 11.15 malam itu, pemandu dan tiga penumpang Proton Wira maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah treler yang keluar dari simpang sebelah kiri sebelum sebuah kereta jenis Honda merempuh bahagian belakang Proton Wira berkenaan. Mangsa yang terbunuh ialah pemandu kereta berkenaan Mohd Shahidan Shaari, 26, Mohd Shahafiz Othman, 22, Muhd Taufik Abd Rahman,20, dan Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19. -foto Bernama / Mstar..
Al-Fatihah buat semua mangsa kemalangan di atas .. Takziah dari saya.
Pesanan buat rakan pembaca di blog ni .. Bila pegang stering kereta , ingatlah mereka yang tersayang .Jangan nak cepat sampai , jadi tak sampai langsung .. Sian .. Rasanya banyak dah nasihat dan amaran dikeluarkan tapi sayangnya masih ada yang rasa jaguh di jalanraya .. Kalau tak sayang nyawa , ingatlah mereka yang sayangkan nyawa anda ..