Soalan:
Apakah hukumnya seorang perempuan mengandung yang meninggalkan puasa di bulan Ramadhan kerana dikhuatiri dirinya akan menjadi lemah dan tidak berdaya melakukan kerja-kerja seharian (di pejabat
dan di rumah)?
Hadifah, KL
Jawapan:
Dalam satu riwayat dari Anas bin malik Al Ka'bi berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan) puasa".Hadis di atas merupakan dalil bagi wanita yang sedang hamil atau menyusui boleh berbuka puasa. Boleh juga berbuka sekalipun yang menjadi sebabnya adalah soal anak.
Menurut Imam Tirmizi, sebahagian ulama mengatakan, wanita hamil dan menyusui itu boleh berbuka puasa dan memberi makan kepada fakir miskin, kalau dia mahu boleh pula dia mengqadha tanpa memberikan makanan kepada fakir miskin. Sedangkan menurut pendapat ulama mazhab Syafei bahawa wanita hamil dan menyusui apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqadha puasanya kelak.
Sumber : Darulnuman
Nak dijadikan ceritalah ,semalam wife balik lunch .. muka lesu giler .. Maklumlah, sahur tak dapat nasi . Aku lain la.. Dapat kurma pon dah cukup. Tenaga yang nak dikeluarkan hanyalah untuk melemparkan senyuman kat Qhaliff ..
Katanya , masa nak balik lunch untuk menyusu Qhaliff , nyaris dia nak eksiden sbb terlalu letih dan mengantuk. Yelah , dia pon pam susu kat opis .. Maklumlah , ada FS .. hehe .. Senang katanya .. Aku pon nak try gak. Nak tau tang mana senangnya tu ..
Bila dah sampai rumah , zassss … muka pucat lesi . Aku kata dah , tak yah puasa .. Lagi pun sejak dia berpuasa ni , ada kurang sikit la kuantiti stok susu ..
Terus dia cari bantal , tidurr… Haaa .. Terus tak larat nak bangun g kerja .. Tak pasal pasal kena amik half day .. Tu laaa .. Cakap otai tak nak dengar ..
Dan ari ni .. sahur pon terlepas.. Ngan aku aku terlepas . Tapi aku tak pe .. Stok ikan patin ngan ikan keli masih ada dalam perut .. InsyaAllah leh tahan sampai petang .. hehe.. Dia ? Nak menyusu lagi .. Haaa ..
Pengalaman semalam , mengajar dia .. Kalau tak kerja , tak per .. Kalau hingga boleh membahayakan kesihatan dan nyawa seperti terpaksa memandu sendirian ke pejabat , sebaiknya tak yah la puasa dulu. Ganti je kemudian .. Kan dah Allah bagi kemudahan tu ..
Yang laki , jangan mengedik tak nak puasa lak .. Haishh ..