Belum sampai Malaysia tapi ramai dah pakat nak beratur depan kedai untuk pastikan mereka terawal gunakan produk Apple yang terbaru ni. Apakah yang menarik sangat hingga membuatkan mereka beria nak dapatkan gadget ni ?
Sejak dulu lagi , mereka yang aku kenali cukup berbangga jika dapat guna Iphone hingga menolak gadget keluaran syarikat lain dengan mengatakan tiada standard. Menariknya ada yang siap kata Iphone tak perlukan skrin yang besar kerana dah ada Ipad .. Hehehe .. Iphone 5 ni besar skrinnya. Apa kes ?
Apa yang membezakan Iphone5 dengan gadget lain ? Kelajuannya ? Berapa laju sangat kita nak ? Kalau boleh hingga mata tak sempat kelip , kita dah selesai gunakannya ? Hehee … Dasat gituu ..
Maaf cakap la yer .. Apa yang aku nampak , kebanyakkan mereka ni hanya terlalu mengagungkan produk MADE IN USA ni .. Persoalannya , benar ke MADE IN USA ke ? G google dulu sblm nak komen ..
Yang benar benar menggunakannya sbb sistem tu sendiri , tak ramai pun . Kira macam pakai beg tangan LV dengan BONIA gitu laa .. Gleemm kaauuu ..
Mmg hak memasing tapi kita jangan la sampai tahap ilang akal sanggup buang masa untuk beratur bagi memastikan menjadi pengguna terawal untuk mendapatkan produk ni haaa .. Akal ada kasi guna laa ..
Kalau aku benar fanatik sangat terhadap Iphone ni , aku akan tunggu mereka kat US tu buat review dulu kemudian baru fikir nak beli ke tak ..
Tepuk dada , tanya selera .. Jangan jadi mangsa jenama tapi tak guna menyeluruh .. Dan dengarnya Ipad terbaru pun lagi canggih ! Hahahahha … Asal keluar dari mereka , semua canggih .. Padahal ?