Ni sebelum gi berenang ..
Sedang ‘berenang’ dgn bosannya ..
Selepas 15 minit berenang …
Tu diaaa .. mimpi berenang lagi !!
Ni sebelum gi berenang ..
Sedang ‘berenang’ dgn bosannya ..
Selepas 15 minit berenang …
Tu diaaa .. mimpi berenang lagi !!
Dalam berita radio masuk .. Dalam akhbar online pun masuk !! Mak oiiii ! Kalaulah artis tu punya infomasi atau ilmu yang bagus untuk dikongsi bersama kemudian diwarwarkan , tak kisah laa .. Tapi ni ?? Aiyoo.. penuh kontroversi memanjang ..
Kalau berlakon bagus , tak pe la gak .. Asyik ngan berpakaian ketat jer !
Sebenarnya aku tak kisah pon .. Lantak la.. Tapi kalau itu pun nak disensasikan dalam berita , aku rasa sungguh la wartawan berita dan akhbar tu takde topik atau isu dah !
Memang la tu pon sebahagian dari hiburan tapi tolonglaaahhh … PELAKON TUTTT BARU ADA FACEBOOK .. tu pun nak buat berita ?
Grrr … Artis lain pun ada gak tapi tak la kecoh !
Serius , takde perasaan sungguh dia ! Buat la apa pun , dia relakan aja ! Hahahhaha ..
Tapi bagus la dia .. Sikit pun tak nangis .. Merengek takut pun tidak .. huhu .. Bapak dia dulu ada la gak lari satu lintang pukang bila dengar nak kena campak dalam kolam .. Hahaha ..
Kat mana ni ? Rujuk entri sebentar tadi .. lalalala …
Hehehe .. sampai sampai bilik , dia rasmikan .. baring , mengeliat seolah olah dia yang drive dr KL.. Huhu ..
Tuuuu ... Post mahal dr diaaa .. hahahah.. nanti besar , dia tgk balik ..mesti segann punya .. hehehe ..
Boleh tahan menarik tempat ni .. Cadang memula nak ke Swiss Inn Damai Laut tp penuh dah .. Tp ok la kat sini .. dlm bandar dan tepi laut .. leh rayau rayau berbasikal nanti .. hehe
Mlm ? Apa plan ? Makan laaaaaa .. tp sblum tu nak bwk Qhaliff berenang .. hehe.. Sejarah ni .. kena rekodkan ..
Filem yang terang terang menghina Islam ini dibuat oleh pendusta yang bernama Sam Bacile . Itu pun bukan nama betulnya malah umurnya pulak senantiasa berubah. Dari sini kita dah boleh betapa dia sendiri tu seorang pendusta dan pengecut. Kenapa pengecut ? Sbb menyorok wooo .. Takutt ? Pandai buat pandai la tanggung kan ?
Dikatakan si Sam tu keturunan Arab Kristian serta mendapat dana dari 100 buah pertubuhan Yahudi di AS bagi membikinkan filem yang serius bangang hasil kerjanya itu hingga menelan kos pembikinan yang sia sia sebanyak RM15.3 juta ..
Kenapa umat Islam marah ? Kalau negara dirampas , boleh lagi bersabar walaupun berjuang bermati-matian . Tapi bila Al-Quran dan Rasulullah S.a.w dihina , maka umat Islam akan bersatu . Kat situ , dia dah silap laa .. Dia ingat cara dia akan menyebabkan orang Islam sedar kesilapan mereka menganut Islam ke ? Hehehe.. Silap benar tuuu …
Aku dah tonton klip video tu .. Serius merepek seperti mana mereka seringkali merepek terhadap tuhan mereka sendiri dalam filem filem mereka. Jadi , tak hairanlah mereka cuba nak jentik telinga umat Islam dengan filem mengarut begini ..
Disebabkan filem ni , umat Islam seluruh dunia bangkit dan buat bantahan ..
Alhamdulillah ..baru baca satu artikal mengenai Kelebihan susu ibu ni .. Seperti yang ibu ibu sedia maklum , banyak kelebihan susu ibu ni berbanding susu formula ..
“Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan. “
“Tiada susu formula yang boleh menyerupai susu ibu. Itu keajaiban susu ibu dan ia dinamik. Komposisi zat yang terkandung dalam susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam adalah berlainan.
“Ia memenuhi keperluan zat seiring usia bayi. Sebagai contoh, susu yang keluar pada usia bayi sehari lebih banyak kandungan lemak,”
Itu suku dari artikal yang aku amik di akhbar KOSMO yang bertajuk Bayi lebih sihat dan cerdik yang bertarikh 14 September 2012.. Banyak lagi info menarik dalam tu .. Bagi bakal ibu , mmg patut baca .
Ada seperkara yang menarik minat aku untuk aku kongsikan bersama yang mana pernah ada seorang rakan FB aku tanya pada aku iaitu camana aku ajar Qhaliff hisap susu botol ..
Salah satu kelebihan Qhaliff sewaktu lahir , automatik dia tau camana nak hisap puting tanpa ‘dipaksa’ .. Waktu tu dia kena ‘kuning’ dan nurse yang jaga dia kata dia cepat tangkap bila hisap guna botol ni haa .. Dan dia tak keliru langsung dengan puting susu ibunya … Perghh .. kalau tak , letih gak aku nak ajar haa .. Kira dua dua selamba je la bagi Qhaliff .. hehe ..
Syukur pada Allah , hingga kini Qhaliff tak bagi banyak masalah untuk aku dan wife ..
Tak lama lagi aku dah boleh suapkan Qhaliff makan . Tak sabar nak nanti saat itu. Kena rekodkan tu. Nanti nak tunjuk kat dia supaya dia sedar betapa dia tak reti menyuapkan makanan ke mulutnya sendiri .. hehe ..
Terlalu banyak tips pemakanan bayi dalam internet . Carilah yang sesuai dengan bayi kita yer .. Bukan kita yer .. Bukan apa , aku risau nanti bila aku suap makan kat Qhaliff , satu sudu untuk dia .. dua untuk aku .. hehehe .. Aku lak membesar bagai johan ..
Tapikan , aku nak kasi dia byk makan telur setengah masak bila dia dah besar skit lagi .. Bagi putih telur .. hehe .. Kenapa ? Tadaaa .. nak kasi six pack ! Hahaha .. Tak laa.. kasi dia besar skit laa .. Macam aku dulu laaa .. Suka makan telur rebus .. hehe .. Tapi kentut mesti kaw kaw punya bau ! Perghh ..
Sayuran adalah wajib dan begitu juga buah serta ikan .. Ayam pun .. Erk .. kalau gitu , makan je la semua .. Tapi bukan la di usia usia skang ni .. Kira dh boleh bercakap n berlari la baru nak kasi semua tu .. hehe ..
Well .. budak budak bercinta .. Gitulaahh … Sikit skit gaduh .. Bila gaduh , break ! Pastu sambung .. Pastu gaduh. Bila gaduh , break ! Wehh .. kalau nikah , aku rasa berapa kali dah guna cina buta ! Hahaha ..
Aku ada satu cara menarik punya ! InsyaAllah bf atau gf korang takkan berani nak cari pasal punya !! Haaaa .. Tu pun kalau berani laaa..
Caranya ? Setiap kali korang gaduh besar atau hampir hampir besar , kiranya disebabkan isu isu bodoh dan tak masuk akal , maka campakkan je hp tu ke dinding kasi berderai ! Haaa .. Baru puas hati sebelum menyesal tiba .. Confirm pasangan ternganga seketika !
“ Abih tu , camana i nak contact u ?? “
“ Samada u belikan i hp atau kita main surat menyurat jer ! “
Walaweiii .. Kalau dia nak belikan hp , confirm dia tak berani nak cari gaduh sebab takkan dia nak beli lagi hp selepas kegilaan korang tu kan ? Hehehe ..
Kalau dia tak nak beli ? Haaa .. senang hidup laa.. Tak payah contact ! Korang beli je hp lain dan cari je bf/gf lain atau nak lagi selamat , toksah berkapel sehingga jumpa jodoh yang sesuai untuk dinikahi .. Hehehe ..
Dari sakit kepala dok gaduh off hp .. on hp pastu tengok sms maki hamun dia .. Baik putus jer .. Selamat hidup tenang jiwa !
Hari ini ..
“ Takde stok ! Nanti ada stok , i call u ..“
Seminggu sebelum itu ..
“ Tak pe .. u nak bayar cash kan ? Kalau u nak bayar cash , i kasi kurang skit . I kasi u hadiah lagi .. “
“ Ok .. itu hadiah bila nak kasi ? “
“ Bila kitorang deliver itu barang , i kasi sekali .. “ .
Luahan hati ..
Bila sampai masa , dia wat wat lupa .. Kalau takde stok , call pun tak . Buat diam jer .. Nak tunggu kita call , baru dia nak bagitau takde stok ! Kalau tak ?
Itu kedai tak terkenal . Kalau g kedai yang mmg ada nama dah , tak mintak pun diorang bagi ! Kalau nak beli , g kedai yang ada jenama ni haa .. Sakit hati pun tak .. Kedai jenama yang aku suka g ialah SENHENG berbanding COURT MAMMOTH ! Insaf nak g sana dah !
Ni bukan gara gara drama cinta kan ? Bukan gara gara filem kan ? Filem dan drama cuma cedok idea dari mereka dan memperindahkan dengan adegan adegan romantik serta bait bait cinta .. kan ?
Ok .. tak perlu tuding jari . Sebelum wujud tv lagi dh ada masalah ni kan ? Senang cita laa .. ni keje syaitan durjana !! kan kan ? Fuh .. legaaa kan ? Boleh terbit lagi filem pasni .. hehe ..
Di akhbar Sinar Harian ada melaporkan polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di Kulim , Kedah.
Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar
Best part ! Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa
Nak tau apa jadi ? G baca sendiri kat SINARHARIAN Online .. Hehehe ..
Dan menariknya kan , lelaki tu tak bekerja pun. Bayangkan kalau terjadi apa apa kat perempuan tu , sapa nak tanggung jika mak bapak dia halau dia ?
Hurmm .. CINTA la sangat kan ? CINTA ke NAFSU ?
Ahaa .. aku ada terima satu email .. Sedih benar bunyinya. Aku terkejut gak la.. Apasal sampai gitu sekali kandungannya ..
“ Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami. Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua. Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula.
Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya terdahulu anda tidak berpuas hati .KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran untuk kebaikan bersama.
Jangan lah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai. “
Aku tertanya gak la nape sampai gitu sekali bunyinya .. Aku tak pernah dengar nama restoran ni .. Maklumlah , aku ni spesis makan asal kenyang jer .. Bukan tau nak nikmati makanan sangat .. hehe ..
Aku google dan aku dapat jawapannya .. Hurm ..hurm… kaw kaw punya kena kritik ..
Tapi tu dulu !! Mereka kata mereka dah kembali dengan semangat serta keazaman yang membara untuk memberi yang terbaik ! Haaa… apakah itu ? Benarkah ?
Amacam ? Harapnya apa yang dikatakan tu betullah yer .. Jangan sampai kena ‘serang’ lagi … Hehe .. Bahaya zaman internet ni .. Sekejap je tersebar .
Semoga berjaya mengembalikan maruah yang tercalar ! Aku nak g test gak nanti .. hehe
Dari akhbar tu dikatakan mamat ( gambar) yang popular dengan tarian kuda ( kuda sembelit ? ) itu diminta oleh Britney Spears utk ajar tarian tu ..
Pertama kali aku tonton video tu setelah diminta oleh rakan aku untuk memberikan komen mengenai video Oppa Ganyam Style tu , aku tercari cari kat mana yang mampu membuatkan aku ketawa sedangkan kawan aku tu kata video tu best dan melucukan. Aku pandang muka dia . Dahi aku ,mengerut dan dalam kepala aku tertanya tanya ..
“ Dah abis menda yang melucukan ke atas dunia ni ? “.
Tak lama kemudian , demam tu terus merebak hingga ke dalam radio . Hahaha .. Patutlah .. Menda menda gini , mmg cepat orang kita terpengaruh. Teringat aku pada lagu lagu yang cukup hits satu tika dulu dengan tarian yang dinarikan oleh gadis gadis seksi serta beberapa lagi lagu .. Lagunya tak memberi impak pada minda tapi tariannya yang . hurmm .. Dan itu juga yang jadi igauan anak muda masa tu ..
Wow weeee .. Kita dah semakin tak tau nak pilih mana sesuai untuk dijadikan hiburan dan mana satu patut dicampakkan ke dalam tong sampah terus ..
Aku malas nak masuk campur hal orang tapi bila asyik dok lantang je mulut tanpa fikir maruah orang lain , aku rasa tak patut laa ..
Artikal terbaru di Mstar yang menyebut Zed Zaidi mengatakan ada artis dibayar ribuan ringgit oleh pihak tertentu untuk memburukkan kerajaan , tanpa bukti adalah sangat tidak patut !
Ok , aku amik ‘kata-kata ‘ dari Mstar Online eh ..
“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni.
“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis.
Aku bukan pro mana mana parti politik. Tapi kalau nak cakap berdasarkan sumber , anda sendiri pon dah serupa macam ahli politik .Ada bukti , tunjukkan bukti dan baru cerita .. Cakap mulut zaman ni , tak boleh pakai dah ..
Seperkara yang membuatkan aku rasa dia patut pertimbangkan kata kata dia ..
“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis. “
Perghh … Korang baca sendiri kat MSTAR ..
Bercakap biar guna akal.. Kalau tak , anda sama jer seperti yang anda kritik tu ..
Seminggu tak berak atau bahasa halusnya BUANG AIR BESAR .. Hehe .. Sekali dia kentut , Ya Allah …… Bayangkan kalau dok tengah main ngan dia , dia kentut … Zasss … Rasa macam nak lari ke hospital terus wehhh ! ICU terusss … huhuh ..
Apasal susah sangat nak uk uk neh ? Hurm.. setau aku la kan , setiap kali aku jaga , dia mesti akan berak punya .. Tapi bila mak dia ada , tak nak pulak ..
Aku dapat jawapan ! Bila mak dia ada , dia menyusu main main . Camana aku tau ? Dari drypers dia laa .. Ringan jeee .. Tapi bila berdua ngan aku , berat woo ! Kenapa ? Aku bagi 3 botol susu ( 4 auns sebotol ) sebelah pagi , 3 lagi belah petang !
Dan tadi , aku bagi dua botol .. Hahahaha .. Terus dia berak ! Kaw kaw kaw punyaaa .. Perghhh .. Ngan aku aku sekali basah bila basuh bontot dia tadi .. hahaha .. Maklumlah , bukan selalu punya kerja ..
Tak kisah la Qhaliff .. Janji perut legaaa .. Daddy tengok pon legaa .. hehe ..