Peluang kedua untuk Restoran Sekinchan Ikan Bakar ?

by - Jumaat, September 14, 2012

 

Ahaa .. aku ada terima satu email .. Sedih benar bunyinya. Aku terkejut gak la.. Apasal sampai gitu sekali kandungannya ..

 

Kami Restoran Ikan Bakar Caw. Bandar Puteri  Puchong, mengalu-alukan kunjungan anda semua ke Restoran kami. Berbagai promosi dari menu dan harga yang baru (yang pasti lebih murah) kami sediakan untuk anda semua. Berkunjunglah ke Restoran kami, Bantulah kami untuk maju semula.

Ampun dan maaf kami pohon dari anda sekiranya  terdahulu anda tidak berpuas hati .KINI kami kembali semula dengan suasana yang baru dan bersedia menerima teguran  untuk kebaikan bersama.

Jangan lah kami di BOIKOT lagi - Kasihanilah kami - Kami pun seperti anda semua ingin mencari rezeki di bumi Malaysia yang bertuah yang kami Cintai.

 

Aku tertanya gak la nape sampai gitu sekali bunyinya .. Aku tak pernah dengar nama restoran ni .. Maklumlah , aku ni spesis makan asal kenyang jer .. Bukan tau nak nikmati makanan sangat .. hehe ..

Aku google dan aku dapat jawapannya .. Hurm ..hurm… kaw kaw punya kena kritik ..

Tapi tu dulu !! Mereka kata mereka dah kembali dengan semangat serta keazaman yang membara untuk memberi yang terbaik ! Haaa… apakah itu ? Benarkah ?

Amacam ? Harapnya apa yang dikatakan tu betullah yer .. Jangan sampai kena ‘serang’ lagi … Hehe .. Bahaya zaman internet ni .. Sekejap je tersebar .

Semoga berjaya mengembalikan maruah yang tercalar ! Aku nak g test gak nanti .. hehe

You May Also Like

29 comments

  1. ADA KES KE RESTORAN NI..?? DEKAT BANDAR BARU BANGI ADA CAWANGAN RESTORAN NI..MULA2 BUKA NMPK MAJU, TP LAMA2 MEMANG ORG DAH TAK RAMAI. CAWANGAN DI BUKIT TINGGI KLANG PUN DITUTUP. ADAKAH SEBAB HARGA YANG MELAMPAU MAHAL..??

    BalasPadam
  2. sya selalu lalu je..mmg x pernah singgah pun, sebb adik sya penah makn kat cawangan selayang mmg mahal giler, da la tak sedap..mmg x puas hati katenya...

    pastu dgr, ramai org boikot...sebab harganya...

    saya pn dgr org cerita je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mahal.nasi sikit.xtau pulak ada kes.

      Padam
    2. Patutlah.memang mahal.xsedap sgt pun.

      Padam
    3. Memang mahal.nasi sikit.xtau pulak ada kes.

      Padam
    4. Memang mahal.nasi sikit.xtau pulak ada kes.

      Padam
  3. Bro....aku dah dua kali pergi cawangan JALAN REKO KAJANG... memang mahal....pastu kitorang geng GTBC ( termasuk eyriqazz ) pernah dipanggil review...bila diberikan cadangan/pendapat membina pada business diorang macam tak boleh terima.... dan untuk info bro... diorang nie bukan IKAN BAKAR...tapi STIM BAKAR ...anyway boleh laa buat review anda dah ada perubahan yang positif....satu je best kedai nie... nasik lemak jee sedap....hehehe

    BalasPadam
  4. mcm2 cite maera dgr psl restoran nie, mahal la, tak sedap la, then satu lagi owner dia kecoh2 masuk tv3 (pasal isu politik).mungkin sb tu orang nyampah dan boikot kottt...

    BalasPadam
  5. tulaa..mentang2 dah masuk jalan2 cari mkn..dah femes sikit pastu nak naikkan harga giler...kalau sedap takper jugak...huhuh

    BalasPadam
  6. restoran ni dekat ngan umah nik.masa mula2 bukak tu penuh giler org.tiap2 hari penuh kot. 2 minggu lepas tu langsung tak ade org .ingat dah tutup rupanya kena boikot sebab layanan dan makanan tak bagus.
    penah nak singgah tapi dengan komen org2 lain mmg teruk so tak berani nak singgah :)
    harap kali ni ok la.kalau tak berubah jugak mesti kena kutuk lagi kaw..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Service dorg lmbt kot.tggu nasi dkt 1jam.air pun sama.xpenah g after tgk service cmtu.

      Padam
  7. kita patut bagi support pada peniaga melayu mcm mereka ni. mungkin ade sebab musabab harga mereka mahal (sewa kedai yg mahal agaknya kot). xpelah kan, kita tunggu dan lihat je. jika benar promosi ini akan berpanjangan, baguslah. mmg itu yg diharapkan :)

    BalasPadam
  8. akak pun kata mahal, now kena try ni

    BalasPadam
  9. first time baca email mcm tu..kesian plak..

    pernah terdengar kes mereka ini tetapi tidak pernah sempat berkunjung..

    BalasPadam
  10. jgn kata cawangan puchong, dekat jln pahang pun sama jugak. Ibarat mati segan hidup x mau..ksian tgk..hari2 bukak tapi xde org yg nk singgah...

    BalasPadam
  11. Restoran ini terlalu byk cawangan. Kuantiti tak seiring kualiti. Nak untung cepat. . . . Haaaa mcm ini lah effect nya.Branding dah ada. . . Tp kualiti tak dijaga. Baik masak sndri kt rumah hihi

    BalasPadam
  12. cuba try test pastu tengok apa hasilnye.. ai pun tak pernah g lagi.. cuma pernah baca melalui emel dan internet..

    BalasPadam
  13. Pernah makan di Restoran Sekincan di Setiawangsa..Mmg mahal ikan bakarnya
    dan krg sedap sambalnya..

    Tapi layanan tak memuaskan mungkin pakaian akk tak ada klas kot mcm tak berduit..

    BalasPadam
  14. Hehehe .....CA bisa tersenyum.
    Sapa yang tau cerita .... tentu tersenyum sengih skrg ni.....hehehhhe

    BalasPadam
  15. Samalah kat tempat OKje.... mula -mula ramai tapi lepas tu tak de orang.... mungkin bukan niat boikot....tapi harganya melampau beno memang tak masuk akal....

    Memang bagus support peniaga melayu tapi peniaga melayu kenalah timbang rasa...

    Apa yang kita mahukan biarlah untung sedikit tapi berpanjangan daripada untung banyak tapi sekejap!...

    Renung-renungkanlah!!!

    BalasPadam
  16. pernah makan, makan sedap...macam restoran yang lain...yang berbeza harga yg agak mahal...
    kes boikot sebab Owner dia Datuk Jamal tu kuat kipas sangat, anti BERSIH sangat...ramai la tak suka...nak berniaga pun, tak perlu cebur diri politik...orang ramai dah ada internet, dah tau mana baik buruk...

    BalasPadam
  17. maknan dia biasa2 tak lah sedap mana ...
    maknan kat caw taipan usj
    harga mmg mahal sesangat ... 4 orang dalam RM200 macam tuh ....

    BalasPadam
  18. bantulah mereka utk majukan kembali.. berila mereka peluang kedua utk mereka buktikan yang mereka takkan buat silap lagi.. (^_^)

    BalasPadam
  19. pernah gi sekali je..order hampir sejam tapi makanan tak smpai2, order air pon setengah jam baru smpai..padahal restoren kosong xde pelanggan..pekerja ramai mundar-mandir x buat pape..bila tnya mana order kami, dia jawab "eh, ada order ker tadi?"..trus angkat kaki blah ahhh..service x bagus..

    BalasPadam
  20. Sepanjang 13 tahun gua meniaga, dan 30 tahun gua hidup, tak pernah jumpa lagi tauke yang bila dah nak bungkus, buat rayuan kepada orang ramai mintak maaf dan nak berubah bagai...hahaha..biasanya bungkus je la dulu bisnes tu, pastu start balik dari kosong. Buah epal yang dah busuk, mana mungkin boleh elok semula..kecuali tanam semula dengan cermat barula boleh hasil yang baik...pantang orang meniaga bercakap besar dan berlagak pandai..

    BalasPadam
  21. ikan bakr fendi kat kelana jaya lagi murah dan sedap.. sorilah sekinchan ikan bakar.. sekali je la aku makan kat situ.

    BalasPadam
  22. fendi ikan bakar kat kelana jaya lagi murah dan sedap.. sorilah sekinchan ib, sekali je aku makan kat sini. mahal melampau.

    BalasPadam
  23. Pernah 2 kali makan di SIB..Kali pertama di Sri Gombak,kali kedua di Kota Damansara.Menu xbanyak pilihan dan mahal,sebab tu xdatang lg...bukan pasal owner dia masuk politik..

    BalasPadam