Bila budak sekolah sudah syok berasmara ..

by - Jumaat, September 14, 2012

 

Ni bukan gara gara drama cinta kan ? Bukan gara gara filem kan ? Filem dan drama cuma cedok idea dari mereka dan memperindahkan dengan adegan adegan romantik serta bait bait cinta .. kan ? 

Ok .. tak perlu tuding jari . Sebelum wujud tv  lagi dh ada masalah ni kan ? Senang cita laa .. ni keje syaitan durjana !! kan kan ? Fuh .. legaaa kan ? Boleh terbit lagi filem pasni .. hehe ..

Di akhbar Sinar Harian ada melaporkan polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di Kulim , Kedah.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar

Best part ! Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa

Nak tau apa jadi ? G baca sendiri kat SINARHARIAN Online .. Hehehe ..

Dan menariknya kan , lelaki tu tak bekerja pun. Bayangkan kalau terjadi apa apa kat perempuan tu , sapa nak tanggung  jika mak bapak dia halau dia ?

Hurmm .. CINTA la sangat kan ? CINTA ke NAFSU ?

You May Also Like

7 comments

  1. macam-macam.. 15 tahun besar mana sahaja..

    Nafsu mengusai diri..

    ambil iktibar untuk diri saya.. :)

    BalasPadam
  2. Cintakan kene dibuktikan dengan menyerahkan tubuh... Tu yang jadi macam tu.. Tak tahu la zaman sekarang ni.. Kat belakang sekolah pon jadi... Nauzubillah... Nafsu semata mata je sekarang ni..

    BalasPadam
  3. dunia sekarang, akhir zaman..
    ngeri, risau.. akan datang entah macam mana plak keadaannya...

    BalasPadam
  4. Astaghfirullah..dekat dengan area sy.. sekolah mane ??

    BalasPadam
  5. bila dah suka dah sayang, yang buruk pun nampak indah je pada pandangan mata..

    BalasPadam
  6. budak kecik sekarang da kena manja dengan mak bapak ada yang lagi melampau .. MENYAMPAH

    BalasPadam
  7. hah baru je 15 tahun dah pandai dah nak buat keja tak senonoh? huh tak pandai insaf2 lepas di tangkap tu.. buat lagi.. tak takut dosa betul la.. kalau ada apa2 jadi memang naya la budak tu sebab lelaki tu tak keja.. macamana nak tanggung.. makan pasir kot

    BalasPadam