Baru jeeeee ari tu aku upah bangla tebas .. Dah naik balik ! Baik aku suh bangla tu kije je ngan aku kalau gini ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Baru jeeeee ari tu aku upah bangla tebas .. Dah naik balik ! Baik aku suh bangla tu kije je ngan aku kalau gini ..
Tengok dah filem ni ? Aku kalau si Jason ni berlaku , confirm aku g tengok kat panggung. Tapi untuk filem ni , aku tak g sbb tak teruja dengan sinopsis filem ni .. Ala , pasal polis dan korupsi. Stendek dah sangat .. kan ?
Dan baru-baru ni , aku download untuk layan di mini panggung aku yakni di HTC ONE X aku tu .. Puashati walaupun skrin tak sebesar tv tu haa.. Maklumlah , layan sambil baring … pasang earphone , serupa letak speaker kat sebelah jer .. hehe . Puashati la gak ..
Ok , filem ni pasal polis , dadah dan korupsi. Biasa la kan ? Yang menjadikannya menarik ialah watak budak perempuan yang genius ni . haaa.. Disebabkan tu lah aku download dan layan .
Best ke ? Bagi aku best laaa .. Cuma nak layan kat panggung tu , macam tak berbaloi sangat sbb aksi aksi dia mmg standard aksi si Jason. Kira dah boleh baca .. Tapi masih ada kelainan gak la .. hehe ..
Ala , download je pon.. Bukan kena bayar kan ? Kena byr bil internet , elektrik dan masa je .. hehe ..
Sebab tu aku sibuk pakai snowcap .. nampak cool lak kan ? heheehe.
Amboiiiiiiiiiii .. kartun lain biasa biasa jer dia tgk. Tp tang UPIN IPIN , tersenyum sorg org..Paham ke ???
Sekejap masa berlalu.. tgk gmbr tu..pgg makin mantaap..Capai benda , jgn ckp laaaa … Bermain sorg sorg pon dah ada gayaa .. Hp bapak dia , mmg nk je dicapai bila ada dekt ngan dia .. huhu ..
Abis laaaaa HTC ONE X aku tuu ..
Sekadar perkongsian aku yang tidak berpengalaman ..
Alhamdulillah , rumah yang aku ubahsuai tu dah 99% siap. Hari ni nak g tengok rumah lagi sbb semalam pasang grill . Kalau ikutkan hati nak je tinted cermin gak tapi rasa cam tak berbaloi sebab nanti nak pasang langsir .
Itu baru untuk renovate atau ubahsuai je baru . Tu yang besar besar. Yang kecik kecik ni , bila dah nak duduk , baru nampak nak kena buat ..
Ada rakan rakan yang antar email kat aku mintak sapa yang buat semua tu untuk rumah aku.. Sebenarnya , aku nak rekemen je diorang ni tp takut jugak sebab nanti bermasalah , aku yang dapat nama.. Hehe .. Tapi yang kitchen cabinet tu , mmg disyorkan la namun cam biasa la.. Kata 10 hari , tapi lebih dari tu sbb hal hal yang tak dapat dielakkan.
Mengenai kontraktor lak .. Walaupun ada yang kata amik kawan kawan punya , masalah tekan dalam diam mesti ada walaupun bukan semua ! Maklumlah , nak untung lebih ..
Sebelum aku nak buat ari tu , ada banyak gak la kontraktor yang datang offer . Aku tak pasti nak kata mana mahal atau mana murah. Hari ni , kosnya begini .. Tiba-tiba ada peningkatan sbb sbb tertentu. Takkan kita nak marah atau tak nak bayar kan ? Kang tersadai lak ..
Tandas , bilik tidur , cat rumah … semua tu kena masukkan dalam bajet kecik. Bila dah siap renovate , semua ni mesti diambil kira. Maklumlah , yang mereka sediakan tu , ada yang tak berkualiti .
Dalam erti kata lain la kan .. Nak beli rumah , boleh jer.. Tapi bila nak renovate tu , perghhh .. garu kepala gak laa .. Pilih betul betul .. Duit biar lebih dari bajet . Ikut kemampuan.
Yang masih belajar atau belum berkawin , rumah adalah satu keperluan. Sampai bila nak menyewa kan ? Kalau tak mampu tu , tak pe la.. Tak leh nak kata apa. Yang ada duit tapi tak beringat nak menyimpan , mulakan dari sekarang .. Harga rumah semakin mahal .Lainlah , plan nak balik kampung bila dah pencen nanti .. hehe ..
Ada kawan tanya kenapa sampai perlu nak email untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kabinet dapur yang aku buat tu ..
Terus terang , kalau aku nak cerita .. aku cerita dari A sampai Z .. Kira alamat rumah semua la aku masukkan .. Baru la cool kan ? Takde rahsia antara kita .. haaa .. kan kan ? Tapi kenapa aku tak buat begitu ? Aku rasa ada antara korang dah tau kan jawapannya ?
Faktor paling utama ialah KESELAMATAN ! Bila kita cerita dalam blog terlalu lengkap hingga cerita pasal $$ , bayangkan cerita cerita begini jadi perbualan dari mulut ke mulut. Dan , akhirnya sampai ke telinga penyangak . Dia sangka kita banyak duit sebab mampu buat itu ini .. Maka jenayah boleh terjadi bila syaitan mula membisik …. Nauzu billahi min zalik ( Kami berlindung dengan Allah daripada perkara tersebut )
Sebab tu kebanyakkan entri aku , aku tak bagitau lokasi , harga atau apa saja secara details. Kalau nak tau sangat , email jer dan insyaAllah .. aku menjawabnya.
Antara faktor lain adalah untuk mengelakkan dari kes kes mengata. Walaupun ada yang tetap mengata , tu terpulang la pada pemahaman masing masing. Tak terdaya untuk menahan mereka . Kita jaga bahagian kita dan mereka jaga bahagian mereka.
Tujuan penulisan aku dalam blog adalah untuk berkongsi. Ada yang patut tahu dan ada yang tak perlu tahu..
Tapi makan kat luar juga ! Maklumlah , kerja .. mana sempat nak masak kan ?
Hehehe .. Yeke ? Untuk kes aku lain la .. Aku sememangnya bekerja di rumah jer .. Camana dengan yang lain ? Ada antara kita tak tau , kenikmatan menjadi isteri adalah memasak untuk keluarganya walaupun dalam keadaan penat ! Dengan cara begitu , si isteri boleh merehatkan mindanya walaupun fizikalnya penat .. kan ?
Dan dengan cara itu juga , anak anak melihat betapa pengorbanan si ibu yang penat bekerja tapi masih mampu utk memasak agar anak anaknya membesar dengan makan makanan yang dimasak oleh ibunya sendiri. Tidakkah itu satu keakraban dalam rumahtangga serta pengorbanan yang mana si ibu sangatlah tidak berbelah bagi terutamanya mengenai soal anak ..
Aku dapati dapur yang cantik dan luas mampu memberi ketenanga dari sudut psikolgi pada isteri . Bila dia tensen atau semak fikiran, dia akan cari resepi makanan dan dia akan masak . Dan aku , tukang makan je ..
Tiada istilah membazir atau sekadar perhiasan dapur yang cantik itu. Segalanya terpulang pada kita bagaimana nak ‘kerjakan’ dapur tu .. Dan sebenarnya aku sangat suka interior design dan dulu ,itulah cita cita aku .. hehe ..
Dulu aaaa.. dia cool je bila mak dia nak g kerja .. Skang ni , pandai dah menangis sambil pandang mak dia berlalu pergi ! Apakah dia dah tau apa yang berlaku kat dia ?
Dan .. bila mak dia balik .. dia akan senyum lebar ! Daddy yg kat sebelah dia ni , dilupakan terussss .. huwaaaaaa .. Mana aci giniiii …
Tapi masalah utama bila ditinggalkan pergi.. Nak kena pujuk dengan susu .. Baru diam .. Dan stok susu lak , terhad skang ni .. Hurmmm … Leh tensen aku weh ..
Semakin besar Qhaliff .. semakin .. ehe … dekat ngan ibu dia .. huhu.. Bye bye Qhaliff.. daddy bawak diri ke bilik sebelah !!
Bila nak baca entri ni , sila berfikiran positif. Aku sekadar nak berkongsi pengalaman aku yang mana aku tak pernah amik berat langsung mengenainya .. Ok ?
Memang rasa frust sebenarnya bila beli rumah dan tengok ruangan dapur ala ala mcm .. hurmm .. kecik jer.. Kat mana nak letak almari la.. nak letak dapur masak.. peti ais .. dan macam macam lagi la nak letak ..
Ni dapur asal … Kecik kan ? Haaa … Nasib baik ada la duit skit untuk diubahsuai atas nasihat wife aku . Kalau ikut aku , duduk je laa.. Malas nak renovate renovate ni haa .. Leceh !!
Baki ruang tanah yang ada dan ini mencukupi untuk bahagian dapur ditambah lagi .. hehe ..
Bahagian asal dapur ..
Sediakan duit. Cari kontraktor yang dirasakan berbaloi untuk kerja kerja ‘menghias’ ni …
Bayar dan kerja pun dimulakan .. huhu .. Duit wehh ..duitt.. Kalau nak berkira duit , jawabnya duk dalam reban je laa .. Kalau takde duit , tk leh kata apa la kan.. Tak pe , nanti ada rezeki lebih .. boleh buat .. Untuk keselesaan keluarga gak ..
Bila tengok rumah semak gini … mmg aku garu kepala laaa .. hhaha …. Baik aku balik dari pantau pembikinan ubahsuai ni .. huhu ..
Tak lama kemudian .. siaaapppp .. Masa untuk pasang tiles lakk .. hehee ..
Bahagian belakang … Ok la kan ? Nak buat mewah mewah , tak mampu .. huhu..
Macam jiran aku ni .. Perghhh.. Anggaran dia buat renovation tu mmg membuatkan aku tertelan air liur je.. hahahaha .. Leh nikah 3 ok !!
Pemasangan tiles bermula.. Perghhh .. aku kalau pasang tiles , serupa macam .. ermm… hancusss…
Kalau ada duit , amik la tiles yang berkualiti seperti dari MML . Settle bab tiles , skang masa untuk kitchen kabinet ..
Bahagian bahagian lain pun dah mula siap termasuk bahagian bilik ..
Tu diaaa aihhh .. masa ni mmg duit banyak keluar laaa … Serius , nak ubahsuai mmg memerlukan duit yang banyak kecuali mereka ni pekerja kita .. huhu ..
Dan akhirnya , siap dah bahagian dalam rumah .. Tempoh masa ? Terlebih dari yang sepatutnya tapi ok laa.. janji siap dan puashati .. Puashatikah ? Alhamdulillah .. ok laa ..
G tengok gambar sebelum dan selepas .. Baru ada feel nak pindah masuk .. hehehe .. Patut la ramai beria nak ubahsuai rumah terutama rumah sendiri ..
Alhamdulillah .. Tak besar mana pun rumah tapi yang penting , keselesaan dan kebahagiaan yang diisi dalam rumah tu ..
Ada yang bertanya harga kitchen cabinet tu.. Kalau nak tau untuk lebih lanjut, sila email saya yer ..
Sekadar perkongsian ..
“ Salam en ben.Selama nih sy mengikuti blog en ben dari jauh.. malu nak dekat2.. kalau boleh en ben kongsi rahsia en ben buat duit melalui blog boleh? sy teringin nak cuba.. tapi x tahu caranye.. lagi pun sy suri rumah patutnye lagi byk masa sy ada untuk berbelog.. mohon jasa baik en ben jika mempunye masa terluang untuk memberi tunjuk ajar pada saya.. “
Ampun maaf dari aku yang kekurangan ilmu ini untuk berkongsi seciput ilmu yang aku kutip dari pengalaman berblog selama dah masuk 4 tahun ..
Tapi memandangkan ada yang berkali kali tanya soalan yang sama , aku kongsikan ( lagi dan lagi dan lagi .. ) apa yang aku tahu . Yang aku tak tau , maaf la yer .. Aku terlalu cetek dalam bidang ni ..
Buat duit dari blog ni ada banyak cara . Tapi aku gunakan cara yang aku minat iaitu melalui penulisan santai yang mana format penulisan aku tu jauh sekali dari cara cikgu ajar menulis karangan di sekolah . Lebih pada monolog la gitu .. hehe ..
Duit masuk adalah dari pengiklanan syarikat , blogshop mahupun individu. Berapa tu , tak perlulah tau . Tapi yg pasti , kaya tu tidak la. Cukup la untuk lepas makan aku ngan wife dan bayar hutang gitu ..
Aku rasa tu semua orang tau kan ? Mudah je sebenarnya tapi yang sukar sedikit ialah camana nak kasi up blog kita untuk orang mai singgah seterusnya mampu menjana pendapatan dari situ bila dah mula ada trafik ..
Itu cara mudah la .. Nak lagi best , buat bisnis dan jual dalam blog. Haaa.. macam tu je la.. Ini secara umum je .. Nak lagi details , aku rasa ada blog yang ajar menda menda gini . Bukannya aku kedekut ilmu tapi ini je yang aku tau … Bukan teror mana pun ..
- Sticky Post . Entri terbaru , dibawah entri ini -
Qhaliff semakin besar .. Walaupun nampak kecil dan berat tak begitu ketara sangat naiknya tapi serius aku kata , mmg terasa benar sapa dukung dia .. Kejap je dukung dia pasti akan pass kembali kat aku .. hahaha .. Dan aku mmg kena pakai baby carrier bila nak berjalan lama.. Kalau tak , bahu ngan tengkuk aku pasti terasa lenguh ..
Mangsanya , aku sendiri laa .. Aku yang kena urut leher aku sendiri sbb lenguh sangat .. Bahu , mmg terasa sengal apatah lagi kalau aku buat senaman ringan sebelum keluar dari rumah ..
Bila kat rumah lak , dok layan komputer sampai awal pagi .. Memang menambahkan lagi kesengalan dan lenguh bahagian leher aku ni haa ..
Dan baru-baru ni aku diperkenalkan oleh kawan aku sejenis balm yang tak asing lagi di dunia mahupun dalam negara kita iaitu TIGER BALM yang mana telah keluarkan satu lagi produk terbaru mereka iaitu TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB .
Aku mencubanya terus malam tu jugak tanpa tunggu tunggu dah . Maklumlah , lenguh sangat dah .. Nak g spa , duit . Nak mengurut , hehe.. takut salah urut .. Jadi aku nak try TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB ni haa ..
Tak susah cara penggunaan dia .. Buka penutup dan buang pelindung utama kemudian tekan jer .. Amik skit je dah mencukupi .. Kemudian sapu terus ke bahagian leher dan bahu .. Kesannya ? Alhamdulillah .. Memang terasa lega giler leher …
Menariknya kan , TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB ni tak berminyak serta bau yang menyegarkan .. Kenapa ? Didatangkan dlm dua jenis iaitu UNTUK KELEGAAN TEKANAN DAN KEPENATAN OTOT dan juga KEKUATAN TAMBAHAN UNTUK KELEGAAN SAKIT serta punya haruman yang membuatkan si pemakainya amat selesa sekali dan rileks ..
Paling penting , mudah diusung ke mana mana kerana sizenya yang mudah disimpan dan dibawa kerana bila terasa lenguh , TIGER BALM NECK & SHOULDER RUB ini berkonsepkan urutan melegakan serta merta.
Untuk kaki gym , mmg patut simpan satu dlm beg gym mereka atau tinggalkan je kat gym tu haa.. Abis workout , terus sapu je kat bahagian leher atau mana mana otot utk melegakan ketegangannya ..
Semenangnya TIGER BALM ni adalah jenama yang dah cukup dikenali dengan kualiti produknya malah ada juga rakan yg syorkan aku gunakannya terutama sebelah malam ketika hendak tidur untuk elakkan digigit nyamuk .. Haaa .. Katanya , pada dia menjadi .. Lagi pun , mak aku pon dari aku kecik dah guna TIGE BALM ni .. Ternyata mmg menjadi pilihan turun temurun ..
Apa yang pasti , aku akan belikan banyak skit untuk ayah aku yang senantiasa mengadu sakit leher terutama selepas bekerja .. Bagus wooo .. Aku pun kena simpan gak dalam kereta sbb aku suka memandu lama lama .. hehee ..
Lupa lak aku .. Nak beli kat mana eh ? Mana mana farmasi atau Aeon Wellness store .. Harga ? Jangan risau .. mampu beli punya .. hehe …
INFOMASI :
Laman web Tiger Balm : www.tigerbalm.com atau
- Hubungi +603-79660763(Mon-Fri, 9am -5pm) jika ada sebarang pertanyaan.