Wow .. awal pulak ‘along’ bangun .. Hahaha.. Dah nak kena panggil along ke ? Sian .. Tak puas manja ngan daddy eh ? Jangan risau , takkan berbelah bagi kasih daddy ni .. Daddy anak kedua , jadi tau camana rasa .. InsyaAllah ..
Bila dah bangun gini , dia akan bebel sorang diri dan senyum senyum bila pandang aku pastu sambung main .. Mood pagi dia mmg gitu .. Dalam erti kata lain , dia akan tertidur semula bila bila masa .
Waktu cergasnya adalah antara jam 9.30-10 lebih .. Kiranya aku leh la tidur jap selepas update entri ni ..
Dan sejak decoder dah ok dan remote control dapat baru , aku leh tempah mana mana cenel di HyppTV dengan mudah sekali dan aku dah amik cenel Baby First. Ini bermakna , tiada lagi Upin Ipn … Rancangan kat situ mmg khas utk baby. Ada warna , bunyi yang pasti menarik baby untuk menontonnya.
Kiranya kerja aku tambah senang la skit . Letak je atas tilam ,, dia akan buat gaya gaya bebas seperti dalam di dalam entri ni ..
Kul 8 pagi , dia tidur semula .. Aku pun nak sambung tidur .. Mandi dah pon aku .. hehe .. Bukan apa , nanti kul 10 bangun , nak siapkan dia lak .. Makan minum , pastu kul 11 lebih sure nak sambung tidur dia .. hehe .. Hafal dah ..