Baru balik dari hospital.. Jiran mintak tolong hantar ke hopital gara gara keracunan makanan . Tapi aku tak sempat nak antar sbb jiran sorang lagi dah antar.. Aku terlewat skit sbb mandi dulu .. Huhu .. Yelah , kasi segar . Kang tak pasal pasal , dua dua masuk spital lak gara gara dok mamun lagi dalam kereta ..
Lepas mandi , aku terus pecut ke hospital .Diorang dah sampai . Tak jauh pun dari rumah aku. Dalam 10 minit je .. Sesampai sana , giliran aku lak ‘bertugas’ sbb jiran tadi tu ada hal nak diselesaikan . Aku ‘ okeh’ jer..
Cam biasa .. G hospital kerajaan .. Sempat la ‘nasi lemak kopi o’ jap .. Maknanya sementara tunggu giliran , berborak borak la jap ngan jiran yang keracunan tu ..
Sepengetahuan aku dah 3-4 hari gak la dia dok sakit perut berak berak gara gara makan nasi lemak dara yang dibelinya di tempat peveretnya tu .. hehehe .. Katanya mungkin sbb sambal mentah yang dimakannya dengan jumlah yang banyak ..
Hurmm .. Sian gak .. Dia dah ke klinik swasta .. Tapi tak sembuh lagi. Hingga pagi tadi , sewaktu aku nak amik ais batu yang aku beli makan tadi tertinggal dalam kereta , ‘tok penghulu’ ajak aku g hantar jiran tadi ke hospital .. Dah tak tahan la tu ..
Skang , dia tahan jap. ‘Masuk’ air .. Tunggu dia call untuk aku g jemput dia balik . Wife dia dalam pantang .. Sian lak ..
Hurm.. Risau benar nak makan kat luar ni .. Jap , korang paham tak cerita aku ni ? Aku rasa cam berbelit je ? Aku kata dah .. aku mamun lagi ni ..
Ahaaa .. Mat Gebu sudah amuk sekali lagi .. Buat mereka yang tak kenal sapa Mat Gebu ni , sila rujuk rss DAPUR TANPA SEMPADAN kat atas tu haaa ..
Dan malam ni , aku membantu rakan rakan dari UKM untuk projek tugasan mereka yang berkaitan dengan plagiat .. Hehehe .. Kena pulak pada masanya yer ? Huhu ..
Alhamdulillah .. Sejak jadi blogger ni , dapat gak ‘berbakti’ pada orang .. huhu .. Terasa dihargai gak laa .. hehehe .. Bukan nakkan pujian tetapi terasa la ‘kerjaya’ kita ni sedikit sebanyak mampu memberi perkhidmatan pada mereka yang tak tiada kaitan dengan hidup kita..
Terima kasih pada korang juga ..
Bukan semua la tapi terlalu banyak yang pandang remeh bila berjanji .. Takat aku berjanji hal berniaga dengan bangsa lain , alhamdulillah .. walaupun tak dapat nak tunaikan , mereka akan maklumkan pada kita ..
Tapi ni dah kali ke 3 dengan bangsa aku yang berlain orang .. Hampeh ! Tak dapat nak tunaikan , dia biarkan kita terpinga pinga menunggu ! Apa gila !! Ingat kita ketagih sangat ke ‘khidmat’ mereka !
Aku bukan nak perlecehkan bangsa aku sendiri .. Tapi aku tau korang pon sedia maklum dengan pepatah ‘ janji melayu ‘ kan ? Kalau tak , takkan leh wujud kan pepatah tu ?
Hurmm.. Tah laa.. Ni kali ke 2 aku nak guna khidmat ‘maid’ yang mana dah berjanji 2 minggu lepas nak guna jam 12 .. Sampai skang lom datang.. Yang dulu , janji kul 11 pagi .. kul 5 petang dia nak hantar ! Pelbagai alasan bodoh diberinya ..
Entah laa.. Janji ditepati la konon ..
Tiap kali gunting rambut , Qhaliff mesti akan menarik perhatian orang .. Kali ni ada satu akak tu dgn anaknya ..Terhibur dia tgk gelagat Qhaliff yg .. hurmmm .. tak tau nak kata apa laaa ..
Aku tak paham ! Semua budak kecik kan gini ? Suka benar dengan remote control ! Suka amik n gigit.. Pantang nampak remote .. Kenal lak tu remote ! Hahahah …
Tak paham betul la aku ! Aku kecik kecik dulu .. mana sempat nak pegang remote remote ni .. Aku suka pegang .. Hurm… Bapak aku tak cerita lak kegemaran aku waktu kecik dulu .. huuhu .. Nanti la tanya ..
Terbaca di Mstar Online hari ni .. Dua isu yang dibaca .. Satu pasal filem yang tak laris dan satu lagi bakal dimainkan di panggung tidak lama lagi ..
Aku pernah dapat undangan untuk pratonton filem Zaiton ni tapi sayangnya tak dapat pergi sebab ada hal peribadi . Tapi menurut kawan yang pernah menontonnya, filem Zaiton ni mmg menarik .Tapi entah apa yang tak kena , filem ni tak dapat sambutan langsung ..
Filem 'Zaiton Ceritaku' hanya mampu mendapat kutipan di pawagam sebanyak RM59 ribu sahaja.
Dan bakal ditayangkan nanti , filem yang pernah hangat pada tahun 1979 ( aku baru usia 3 tahun ! ) , ‘ Adik Manja’ akan kembali bersama sentuhan terkini tapi masih mengekalkan eleman utama iaitu tentang kenakalan dan masalah disiplin pelajar-pelajar perempuan di sebuah institusi pengajian swasta.
Dharma bersama barisan pelakon 'Adik Manja The Returns' .. Rozita Che Wan, Faezah Elai, Juliana Evans, Jehan (Raja Lawak) dan Fida Ibrahim.
Hurm… Kalau promosi tak kuat , atau tidak ada sokongan dari media elektronik .. aku rasa filem ni akan mengalami nasib seperti Zaiton CeritaKu .. Aku pun tak tau kewujudan filem ni hinggalah baca di Mstar tadi ..
Kalau lihat dari filem luar , promo mereka awal awal lagi dah cukup mantap hingga membuatkan penonton dah tak sabar nak ke panggung ..
Faham faham je la di Malaysia ni .. Promo kena power , pelakon lak perlu ada yang ‘beraura’ agar mampu menarik penonton ke panggung.. Best ke tak filem tu , belakang kira. Tonton dulu baru tau .. hehe .. Dan kalau takat pacak perempuan tayang badan , mmg tak laris dah laaa zaman ni ..
Kalu tanya aku , nak g tengok tak filem ni ? Aku cuma mampu jawab .. “ Errr .. “
Tiap kali ke panggung untuk tengok filem melayu , aku hampa ..
Pelik ! Sekacak Qhaliff ni diorang leh kata PEREMPUAN ?? Kalau Qhaliff yang kacak itu dikatakan perempuan , aku yang lebih kacak dari dia lak camana ? Takkan WANITA ? Huh ..
Tang mana diorang nampak Qhaliff ni perempuan pun aku tak tau .. Ke saja nak mulakan topik perbualan ? Huhu ..
Alhamdulillah .. Berkat kerajinan wife cari penyelesaian pada pemakanan Qhaliff , akhirnya semakin kerap dia buang air besar. Boleh dikatakan setiap hari la ..
Caranya ? Dia kasi Qhaliff makan oats ditambah dengan kurma atau ikan salmon.. Sayur pon ada gak .. Atau dia tambah dengan buahan ..
Qhaliff nak makan ke ? Ok .. Part ni , aku tak nafi dia ikut DNA aku . Telan apa saja kecuali yang haram atau mmg tak boleh dimakan seperti bas sekolah atau kapal terbang ..
Hurm.. Kalau dulu bergambar , mesti sebelah ultrabook .. Skang ? Huwaaaa .. Takde rezeki .. Ok ok , sambung .. Itulah rupanya setelah oats diblend sekali dengan kurma .. Sedapkah ? Aku rasa sedap la kot .. Hehe ..
Suka makan hingga comot .. Tapi pelik lak.. Mak aku kasi dia makan , tak la pulak comot.. Aku kasi makan , comot memanjang hingga terpaksa bukak baju dia dulu untuk kasi makan .. Huh.. Kena tajamkan skill lagi ni ..
Kesannya , samada petang atau malam dia akan beyakkss .. Kalau tak hari ni , esok dia pastu membuangnya ..
Dan tiada lagi muka JASON KING terpamer pada wajah Qhaliff…