Episod 1 .. saja nak tengok awalannya untuk mengetahui perjalanan drama bersiri ni .. Bila ternampak pelakon utamanya iaitu FAHRIN AHMAD dan juga pelakon veteran yang sangat best lakonannya , DATO’ RAHIM RAZALI , aku semangat skit nak tengok .. heee.. Mest best drama ni , bisik hati aku ..
Selain tu ada Tasha Shila , Lydiawati.. Yang lain aku kenal muka je .. nama tak .. hee.. Jangan marah ..
Yup .. aku rasa drama ni jauh lagi best dari Setia Hujung Nyawa yang aku sempat tengok satu episod .. tu pun tak abis sbb meleret leret walaupun dah sampai kemuncak .. Tak adil kan buat penilaian gitu ? Tapi apa nak buat , sapa suh buat gitu .. Masa itu emas.. Takkan nak dibazirkan masa untuk tgk drama meleret kan ?
Cantik mereka menutup aurat dalam drama ni .. Semoga mereka terus menutup aurat untuk selama-lamanya ..