Hormat kena ada .. Sekurang-kurangnya mereka pemimpin negara .. Selagi mereka bergelar pemimpin dan tidak menzalimi kita ( kita masih boleh kemana mana , makan minum dengan mudah dan paling penting , mengerjakan perintah Allah tanpa rasa takut ) , kita kena hormat..
Benar , aku pun tak suka juga segelintir dari mereka .. Geram , bengang dan macam macam perasaan ada . Hanya tunggu PRU saja untuk luahkan .
Tapi kena ingat juga , ada antara mereka berusaha untuk mengembalikan kepercayaan walaupun dah terlambat. Sekurangnya mereka berusaha kan ? Kita ? Apa yg kita buat selain dari mengutuk mengeji mereka ? Apa yg kita buat untuk majukan masyarakat kita ? Apa sumbangan kita ?
Semalam , ramai bersorak gembira bila melihat video NAJIB FAIL di Pulau Pinang. Serius aku tak setuju kehadiran PSY di Malaysia kerana tidak membawa apa apa kebaikkan pada aku tetapi tak tau la pada orang lain kan ? Kesian pun ada .. Dia pemimpin negara yang beragama Islam dan berbangsa Melayu .. Sama seperti aku ..
Toksah la galak gelakkan orang .. Pandang cermin dan nilai diri sendiri .. Kalau nak perjuangkan nasib bangsa dan agama , buat betul betul .. Tak payah nak kutuk sana sini .. Diri sendiri pun belum tentu betul ..
Nak berjuang utk keadilan , jadikan perjuangan itu kerana ALLAH .. bukan sbb nak ikut orang atau nak tarik trafik ke blog !