Alhamdulillah .. Nak cecah 5 tahun dah blogging .. Pelbagai pengalaman dapat aku kutip selama ini . Paling menarik ialah mengenai trafik . Disebabkan trafik blog ni , pelbagai tohmahan aku dapat .. Hehehe .. Menarik kan ? Seronok… Trafik dapat , pahala pon dapat ..
Dan segalanya dalam perancangan aku. Alhamdulillah , ianya menjadi kenyataan . Bukan mudah tapi tak juga susah .. Apa yang perlu cumalah perancangan yang jitu dan perlu berkesan !
Bila segalanya menjadi kenyataan , tak perlu susah susah dah mcm dulu .. Bukan lupa daratan tapi kita perlu bergerak setingkat lagi untuk membuktikan yang kita bukan berblog untuk mendapatkan hasil sehari dua . Walaupun sekadar suka suka , perlu ada peningkatan ..
Mulakan dengan ‘marketing’ disusuli dengan kerja keras , seterusnya berusaha kekalkan .. Akhirnya , barulah buktikan dengan penulisan yang mantap serta berinfomasi ..
Sampai satu saat , anda perlu buktikan kekuatan anda di mana .. Sampai bila nak jadi blogger copy paste atau blogger isu panas je kan ? Sesekali , ok la .. Kalau setiap hari gitu , hurmm… fikir sendirilah ..
Cari di mana kekuatan anda ! Mengapa mereka perlu baca blog anda ! Apakah kerana isu semasa atau kerana penulisan anda .. Jangan kejar trafik yang tinggi melambung .. Sebabnya , esok kena dapatkan trafik sebeigut rupa ! Kalau tak , menjunam turun .. Atau sampai bila asik nak ping ping ping entri , kan ? Kena fikirkan bagaimana nak ‘mereka’ senantiasa bukak blog anda tanpa entri hangat atau ping !
Letakkan sasaran .. Kalau tak capai , perlu lakukan sesuatu ..