Ahaaa .. Pastinya korang akan kata .. Ben Ashaari susah benar nak reply komen kan ? Yeeee… aku tauuu .. Memang aku susah benar nak reply .. Kenapa ? Sebabnya , korang pun tau .. Aku sombong ? Aku berlagak otai ? Aku al poyo poyo ? Heee .. Jawapannya , anda sendiri tau .. Apa pun jawapannya sila hindari dari mengumpul dosa ..
Sebenarnya , bab ni mudah jer .. Buat mereka yang baru mengenali dunia blog dan bercadang nak jadi retis dalam dunia maya , sesungguhnya kuantiti komen menjadi idaman ! Kan , kan ? Jangan tipu lerrr .. hehehe .. Standard , semua orang nak gitu .. Aku pun dulu gitu !
Tapi bila lama kelamaan , korang akan sedar seperkara .. Entri yang korang tulis penuh ilmiah dan berinfomasi tu memerlukan komen komen yang berkualiti walaupun hanya 5 patah perkataan ! Haaaa .. Dari panjang berjela tapi lebih pada ‘nak berkenalan’ pasti sedikit sebanyak buat anda tersenyum ..
“ Apa kaitan komen ni dengan entri aku eh ?? “ ..
Blogger yang baru berjinak jinak nak mencari kenalan atau nak tackle blogger lain agar singgah ke blog korang pulak , perlulah bijak menggunakan ruangan komen tu dengan meninggalkan komen yang berkualiti ! Kalaulah sekadar tinggalkan komen ..
“ Entri anda best ! teruskan usaha .. Sila singgah blog saya pula.. “
Atau ..
“ Dah follow awak .. Awak wajib follow saya atau saya hack blog awak ! “ ..
Kesannya .. Anda sendiri tau … hehehe ..
Entri yang bagus akan membuatkan pembaca gatal tangan untuk meninggalkan komen . Ingat , komen yang ditinggalkan akan memberi saham pada anda .. Samada positif atau negatif , sila tanggung sendiri .. Hehehe ..
Kualiti atau kuantiti , segalanya di tangan anda sendiri !