Angin yang cukup kuat disusuli hujan yg lebat .. Cuma .. hurmm .. Tu gambar kat Putrajaya ..Gambar dari rakan yang tinggal di sana ..
Kat rumah aku , alhamdulillah ..dah kurang jerebu setakat ni ..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Angin yang cukup kuat disusuli hujan yg lebat .. Cuma .. hurmm .. Tu gambar kat Putrajaya ..Gambar dari rakan yang tinggal di sana ..
Kat rumah aku , alhamdulillah ..dah kurang jerebu setakat ni ..
Memula dia belajar camana nak cungkil utk buka penutup remote Astro ni .. Aku dah perati tengok jeee mata dia … Dia dok pandang bateri lepas berjaya bukak cover tu.. tapi masih tak tau camana nak keluarkan bateri tu walaupun cuba mencungkilnya ..
Ada sekali tu , aku terjatuhkan remote ni dan terkeluar bateri tu.. Dia tau bateri tu boleh dikeluarkan !
Dan .. akhirnya dia berjaya melakukannya .. bateri tu digigitnya !! Grrrr !! Tak pasal pasal semua menda dah kena aku sorokkan … haih.. Bahaya betul ..
Sejak jerebu ni , ternyata nampak muka penuh kebosanan Qhaliff .. Tak dapat nak merendek kat mall.. Nak usha awek pon tak leh gini .. Hurmm..
Kalau semalam , masanya dihabiskan dengan membuang air besar .. Hari ni , dia asik nak tidur jer .. Ni gara gara dia jaga kul 5 pagi dengan perut berbunyi bunyi.. kelaparan gitu ! Siannn .. Mak dia pon masakanlah nasi untuk dia .. Dan abis kooo dia makan !
Kul 8 pagi dia bangun .. Muka mengantuk lagi .. Kasi layan tv sat sebelum aku mandikan dia .. Pastu baru kasi tidur ..
Sebelum tidur , kena bergurau senda dengan dia dulu .. Makan .. Baru kasi susu dan lenaaaa … Harapnya sampai lepas zohor la.. sempat solat awal skit .. hehehe ..
Tak dinafikan , di zaman sekolah laaaa kita nakal ! Maklumlah , ramai kawan kawan kan ? Heeee … Meriah gitu .. Tapi bila dah ramai kawan , jangan la pulak dok buat sesuatu yang mampu mendatangkan kecederaan terutama bila bergurau kasar ! Hati hatilah ..
Di Terengganu , gara-gara gurauan melampau rakan karibnya, seorang pelajar sebuah pondok pengajian agama di Kuala Ibai di sini, terpaksa memakai pek membuang najis pada perutnya buat sementara waktu selepas usus di bahagian duburnya bocor akibat tertusuk batang penyapu yang sudah patah, kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika Mohamad Firdaus Zakaria, 14, bergayut pada bingkai pintu asrama tanpa menyedari rakannya memegang batang penyapu terbabit secara menegak di bawah tempat dia bergayut.
Menceritakan kejadian terbabit, menurut Firdaus, sejurus melepaskan tangan pada bingkai pintu berkenaan, dia terjatuh tepat atas batang penyapu itu dipegang rakannya menyebabkan tertusuk ke dalam duburnya.
Menurut Harian Metro mangsa yg dalam keadaan menahan sakit, memegang batang penyapu itu yang masih berada pada punggung dan berusaha selama lima minit sebelum dapat mengeluarkan batang penyapu itu.
Bila dah jadi menda gini , sapa yang susah ? Semua orang susah !! Haihh .. fikir dulu sebelum nak bergurau !
Kesan jerebu di dalam rumah , boleh ku nampak .. Jerebu dalam hati ku ini ?? Heeee ..
Ni bedak sejuk je pon..hehehe..
Masuk sana sini untuk cari jawapannya .. Aku nak gi Shah Alam , tapi camana catatan IPU kat sana ? Maka aku pon masuk la ke laman web Jabatan Alam Sekitar , www.doe.gov.my untuk mendapatkan jawapannya ..
Tepat jam 8 pagi !
289 ???? Perghhhh .. Yang kat rumah aku bawah 200 pon dah pedih mata , inikan pulak setinggi tu ? Hurmmm … Jawapannya temujanji aku pagi ni terpaksalah ditunda ke hari lain .. Kalau ada rezeki , ada la .. Yang penting ialah kesihatan diri terutama anak kecil ..
Kawasan lain seperti Cheras.. Aku plan nak ke sana selepas gi Shah Alam. Memandangkan dah kensel ke Shah Alam , Cheras lak camana ..
Hurmm.. Cheras ,186 .. masih tak elok utk paru paru .. heee .. Maka , Qhaliff dan daddy , duduk diam diam dalam rumah yer …
Putrajaya ? Huhuhuh .. lagi ler .. 195 tuuuu …. Pakailah topeng atau tuala basah yer ..