Terkejut aku bila rakan di Fb bagitau mengenai berita ni ..
Aku google dan .. inilah hasilnya ..
Kejadian yang berlaku di Ipoh ini mengorbankan tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty . Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Sumber dari Utusan Malaysia ..
Sapa pengasas Vida Beauty ni ? Aku tak pernah dengar pon mengenai produk ni.. Sat google ..
Hurmm… Kasihan.. Lagi beberapa hari je nak Aidilfitri. Dugaan dari Allah .. Semoga tabah menghadapinya .. Semoga Allah mencucuri rahmat buat mereka yang terkorban. Al-Fatehah buat mereka ..
Punca kebakaran tak dinyatakan tapi ada ‘bijak pandai’ setelah digoogle , kata sbb mercun.. Wallahualam ..