Buat tak tau je la.. Bersyukurlah ada isteri dari takde kan ? Haaa..Biar je la.. Nanti bila dah takde orang bebel , rindu pulak kan ? Haaa.. Bawak bawak bersyukur ..
Tapi kalau suami lak membebel ? Camana tu ?
Buat tak tau je la.. Bersyukurlah ada isteri dari takde kan ? Haaa..Biar je la.. Nanti bila dah takde orang bebel , rindu pulak kan ? Haaa.. Bawak bawak bersyukur ..
Tapi kalau suami lak membebel ? Camana tu ?
Al-Fatihah buat Rosnah Md. Nor .. Baru aku tahu dia meninggal semalam .. Tak sempat nak baca news online pon ..
Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang semalam berpunca dari pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.
Manakala di Kota Bharu , Kelantan pulak … menurut laporan Harian Metro , kesesakkan dah bermula di sana .. Huhuh.. Camana laaaa aku nak gi beraya rumah kengkawan bila kat sana nanti eh ? Adehhh
Di KL , seperti biasa Jalan TAR confirm jadi tumpuan ramai .. Aku belum lagi gi sana .. Tak sanggup lagi rasanya nak meredah umat manusia yang dah berhimpun di sana di saat saat akhir Ramadhan ni .. Camana la nanti kat padang Masyar kan ?
Aku , cadang balik Kelantan ikut Terengganu ..selasa ni lepas berbuka .. InshaAllah … Harap segala perjalanan dipermudahkan Allah ..
Bukan dia je.. aku ngan sekali pengsan malam tadi gara-gara jadi tuan rumah untuk famili aku berbuka puasa .. Huhuh.. Baru tiga keluarga .. Kalau mai abang aku punya keluarga , perghhh.. tak tau laaa.. Riuh rendah dengan budak budak ..
Sepupu Qhaliff yang ada semalam , 5 orang. Semua dalam usia lingkungan 9 bulan ke 5 tahun .. Haaa.. bayangkan la si Qhaliff jadi camana .. Berpusing pusing dia main .. mengekek ngekek ketawa .. Last last tak nak dah main .. Asyik nak bekepit ngan aku ..
Time tidur , tamo tidur lagi tu.. Sibuk nak main ngan aku .. Aku tak larat dah sbb malam sebelum tu aku cuma tidur beberapa jam jer.. Memang tak cukup tidur langsung .. huhuu.. Bila dah dapat tidur , sedar sedar dah masuk waktu sahur .. heheheh ..
Dan Qhaliff masih lagi berdengkur ..
Akhirnya kek lapis yang disponsor Cik Tasya dari Kemaman , sampai dah .. Sebenarnya dah sampai kelmarin .. Cuma mak aku belum pass lagi kek tu kat aku .. heheh
Hari ni baru aku berkesempatan nak tengok sendiri kek lapis yang hangat di pasaran FB ni .. hehhe.. Makan lom lagi sbb aku puasa .. Lepas puasa pon payah gak sebab terlalu kenyang .
Sejam kemudian ..
Dah dapat kek dari mak aku sbb diorang balik umah aku untuk berbuka ramai ramai ..Hehehe .. Ok ok , bab kek lapis .. kalau nak order , sila pm Cik Tasya kat FB .. Jangan PM aku sbb aku bukan PM .. heheh …
Nak cakap , “ Nak itotttt.. “, tak reti lagi .. Caranya , mogok tak nak tidur ! Hahaha .. jenuh wife layan dia hingga tengahari , semalam .. Kul 12 tengahari baru dapat tidur dia.. tapi cuma sejam jer . pastu bangun balik .. Kebetulan aku balik .. kembali ceria diaa.. hahaha ..
Jeles la tu mak diaa .. lalalalla … Nanti malam kita gi main bola lagi kat Presint 2 tu ehh ..
Terkejut aku bila rakan di Fb bagitau mengenai berita ni ..
Aku google dan .. inilah hasilnya ..
Kejadian yang berlaku di Ipoh ini mengorbankan tiga termasuk dua anak pengasas produk kecantikan Vida Beauty . Dalam kejadian pukul 9 malam itu, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak tersebut ditemui mati dalam bilik air tingkat atas rumah tersebut.
Mangsa yang terkorban ialah Mohd. Nor Syamil, 26; Eddie Zuhdi Mohd. Amin, 11 dan adiknya, Edrie Zikrie, 10. Dua lagi penghuni yang berada di dalam rumah tersebut sewaktu kejadian terselamat.
Seorang daripadanya adalah pekerja lelaki berusia 27 tahun patah kaki selepas bertindak nekad terjun dari tingkat dua rumah berkenaan bagi menyelamatkan diri.
Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah kereta mewah jenis Bentley, sebuah kereta Perodua Kancil dan beberapa buah motosikal.
Sumber dari Utusan Malaysia ..
Sapa pengasas Vida Beauty ni ? Aku tak pernah dengar pon mengenai produk ni.. Sat google ..
Hurmm… Kasihan.. Lagi beberapa hari je nak Aidilfitri. Dugaan dari Allah .. Semoga tabah menghadapinya .. Semoga Allah mencucuri rahmat buat mereka yang terkorban. Al-Fatehah buat mereka ..
Punca kebakaran tak dinyatakan tapi ada ‘bijak pandai’ setelah digoogle , kata sbb mercun.. Wallahualam ..
Korang dah gi abiskan duit dengan cara bijak berbelanja ? Haaa .. aku baru gi jap tadi .. Perghh .. Serius murah murah jugak la barang yang dijual kat sana ..
Bermula dari pakaian budak hinggalah ke bapak punya bapak budak budak punya ada , okeh !! Dari takde size hinggalah ke size XXXXXXXXL .. tujuh kali punya XL size pon ada dijual.. silalah datang ke sini ..
Er , sini tu mana ? Korang tau Mahkamah Keadilan Purajaya tu ? Depan tu kan ada padang lapang .. Haa.. korang akan dengar suara orang bising bising dan juga muzik .. Gi la hala ke arah tu.. Dalam bangunan tu la yang menjual segala mak bapak pakaian dengan harga yang kautim punyalaah .
Jadi tadi kat sana beli baju seluar Qhaliff.. Aku lak beli seluar poket yang bawah lutut punya .. hehheee .. RM20 je tuuuh ! Pastu kat sana ada jugak jual pelbagai jenis beg. Begitu juga ada pakaian lelaki dan wanita. Budak laki dan budak perempuan .. hehehe .
Dalam tu , Qhaliff menunjukkan bakat kepada semua orang iaitu berlari sambil menjerit ! Arghhhhh … Maknanya , dalam tu selesa la nak bawak budak budak sekali ..
Dalam kul 11 lebih malam aku ajak wife keluar. Nak bawak Qhaliff bermain bola ..
Seperti biasa , tujuan aku bawak Qhaliff ke situ agar dia penat bermain dan tidur sejurus masuk ke dalam kereta . Saja kasi dia aktif .. Dan benar , dia sangat sangat letih .. hahaha ..
Hahahaha.. Jangan tgk yg ni .. kena tunggu In Trend bulan 9 utk lihat hasilnya .. huhu ..
Memula masa nampak persalinan ni aku berdoa laaa harapnya bukan utk aku .. sekali tgkkkkkk.. aku kena pakaii .. adehhh..
Penuh dengan sampah jeee mailbox aku ni.. haihhhhsshh.. Ingakan ramai la awek kasi mesej .. hahaha ..
Untuk keluaran bulan September 2013 katanya .. hehehe .. Best gak la tadi .. Cumaaa .. hahaha .. tu kena tunggu la nanti.. Korang beli korang tau kenapa aku gelak .. adehhh ..
Banyak lagi gambar tapi cukuplah ni dulu . Kang banyak banyak , korang bantai gelak ! Hahahahah …