Semalam , aku bebel abis laaa kat FB pasal RON95 naik 20 sen. Dan ramailah rakan di sana sepakat dengan aku bahawa kenaikan 20 sen ini memberi kesan pada rakyat yang berpendapatan sederhana dan juga rendah ..
Satu demi satu aku berikan contoh yang realistik agar mereka yang dok kata ‘20 SEN JER PON ‘ itu sedar diri .. Ada yang tetap dengan pendapat pendapat mereka yakni menyokong tindakan kenaikan itu. Tak kisah la .. hak memasing cuma kalau boleh , bersikap berhati perut skit dengan memberikan pendapat yang lebih berperikemanusian dan bijak.
Seperti biasa .. bila bab bab begini , pasti ada yang tak berkenan . Aku tengok di bahagian Friends aku tu .. kurang 3 orang tiba-tiba ! Hahahah .. aku tersenyum jer.. Ini perkara biasa .. Di ruangan Followers juga kurang 3 .. Aku senyum lagi. Ada yang terasa ke ?
Aku up status di FB ..
“ Waaaahhhh .... Makin ramai UNFRIEND aku ni .. heheheh ... Sila sila ... Leh approve kawan yang sudi kawan ngan aku dan bertukar 20 sen ngan aku dan rakan rakan lain .. “
Tak lama kemudian lebih 15 orang add aku di situ dan hampir 400 orang LIKES ! Itu yang baru add .. yang dah queue nak tunggu aku approve ? Mak aihhhh .. Ramai juga yang sudi nak berkawan dengan orang tua ni .. hahahaha .. Terima kasih la yerrr ..
Aku up lagi satu status di Timeline aku ..
“ Aku cuma mampu jadi 'keyboard warrior' .. Sbb apa ? kalau gi angkat sepanduk , dikatanya melanggar peraturan .. Kalau buat surat bantahan , belum tentu dibaca atau ke tong sampah jer ..
Bila rakyat kecil macam aku bersuara di dunia maya , sekurang-kurangnya mereka yang dok lena , tersedar betapa sebenarnya dunia tak seindah mana pon . Kita dok dibuai mimpi yang direka agar terus lena .
Aku , antara mereka yang dah 'terjaga' . Kata la apa pon , aku bukan pejuang atau pemberontak cuma RAKYAT MALAYSIA YANG MEMEGANG MYKAD yang sah ... “.
Nampak kecik je 20 sen ni .. Silap silap aku pun terpaksa naikkan harga iklan di blog aku ni .. Tapi tak sanggup la pulak..Sian kat rakan rakan yang nak meniaga secara halal ni .. huhu ..