Hurmm .. Bulan bulan lepas , aku berbangga kerana berjaya mencatatkan rekod bil dibawah RM200 .. Tiba-tiba hari ni , terkejut beruk aku !
Gilaaa laaa.. Kali terakhir aku dapat macam bil ni punya mahal , zaman guna TMNet ! Elektrik ? Giler ke apa mahal gini ? Nak kata aku guna 10 aircond dalam rumah , takde la pulak.. Aku guna 1 je.. Tu pun bukan on 24 sbb aku sebelah siang mmg takde kat rumah. Belah malam baru on.. Tu pon seperti bulan bulan sebelum ni .. Takde la tahap mahal gini !
Aku cara bacaan sewaktu dia rekodkan ke dalam bil ..
Hurm.. tak comel la kuku aku tu.. Kena wat medicure ni.. Iskh.. Haa.. sambung.. Tengok kat bacaan DAHULU.. 6495 dan SEMASA yakni yang terakhir dia rekodkan .. Kiranya hari dia keluarkan bil ni laaa ..
Dan aku terus capai hp aku yang dah banyak berjasa pada aku ni , terus ke peti meter elektrik.. Zassss .. aku snap ..
Hurmmmmm .. 7131 ! Berapa banyak beza tu ???? Huk alohhh.. Apa alasan dia ? Sebab tak leh masuk rumah ? Eh , sebelum ni aku nampak pekerja TNB tembak dari luar pagar rumah , dan bil pon cuma hampir jejak RM200 jer ..
Haihh.. aku up gambar ni dan nak tau apa pandangan rakan rakan .. Ramai terkejut unta la tengok bil. Ada yang tanya aku , aku buat mini empangan ke kat rumah ? Atau ada buat kilang aiskrim ? Huhu… Home teater ? Aku dah guna 4 bulan home teater , takkan bulan ni lak baru mahal ? Tengok tv pon , bkn 24 jam !
Apakah salah kira ? Ok.. esok aku nak gi TNB utk dapatkan penjelasan .. Ada yang kata tunggakan ! Bil air dan elektrik , tiada tunggakan yer.. Kitorang mmg tak suka berhutang. Apa yang boleh dilangsaikan , langsaikan dengan segera !
Aku pasti ramai pernah alami kes gini.. Dan ada yang amik tindakan dan ada yang diam .. Hurm…..