Dalam dia duk main ngan aku , terlepas sesaat jer .. Tau tau … Haihhh !! Memang tak leh dibiarkan dah budak ni ! Kena pantau 24 jam !! Iskhhh..
Dalam dia duk main ngan aku , terlepas sesaat jer .. Tau tau … Haihhh !! Memang tak leh dibiarkan dah budak ni ! Kena pantau 24 jam !! Iskhhh..
Berlemak , berlemak dan berlemak ! Kenapa ? Hurmm .. Dua sebab jer !
Hurmmmmmmmmmmmm … Asal aku nak workout kat rumah , dia nak join sama !
Ni satu alasan .. Alasan lagi , bila makan tak abis ? Sapa nak makan ? Atau bila dah buat makanan utk dia , dia tamo ! Sapa nak makan ?
Aku jugaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak !! Adeh…
“ Yeaayyy… Selamat Hari Ibu !! “
Lama dah aku teringin nak beli hadiah untuk wife .. Dan sesuai dengan hari istimewa yang bakal disambut seluruh dunia bagi menghargai si ibu yang disayangi , aku dapatkan dan suruh Qhaliff hadiahkan padanya ..
Apa yang aku beli ? Hehehe ..
Ni ke ? Eh.. tak laaa ..
Ahaaa.. mesti ni eh ?? Heeeehee . Cam tak sesuai je kan ?
Topeng untuk dia pakai dikala dia marah ? Jadi tak nampak la ibu marah kan ? Hahahaha ..
Haaaaa … Ni kee ??? Menarik sebenarnya tapi bukan ini pilihan aku.. Kalau aku masih bersekolah , yang BEST TEACHER tu , sesuai sangat aku nak kasi .. Hehehe ..
Dah tu apa ?? Sebelum tu , aku dapatkan hadiah untuk anak buah aku berikan pada cikgu dia.. Aku berkenan dua items di dalam gambar kat bawah ni ..
Topeng tu bermaksud , “ Teacher .. U’re my superhero !! ” Haaaa … Dan mug tu , biasa la.. Kasi dia bawak air dari rumah. Beli kat kantin , mahal ! Leh jimat sikit .. Hee.. Baru RM30 je beli ni ..
Ok .. sambung teka hadiah Qhaliff untuk ibunya.. Apakah yang dibawah ini ?
Kalau kasi yang ni , aku risau aku sendiri atau Qhaliff sendiri berebut nak simpan ! Tamo kasi kat ibu ! Hahaha.. Comel koooo.. Ada banyak teddy bear comel comel kat sini ..
Kad ???? Eh.. kad pon kasi ! Hadiah pon kasi.. Buat kenangan ! Haaa ..
Yeayyy.. Salah satu jam di atas itulah menjadi pilihan aku untuk diberikan pada wife ! Heehehe .. Cantik , unik dan moden !
Mesti tertanya kat mana aku dapatkan hadiah ni kan ? Ok.. meh aku cerita.. Nama tempat ni ialah S&J , Alamanda. Selain Alamanda , S&J ni ada buka 17 cawangannya di beberapa buah lagi shopping mall di sekitar Malaysia ni ..
Apa yang menariknya barangan di sini ? Kebanyakkannya ialah limited edition ! Ini disebabkan byk produk mereka , mereka design dan keluarkan sendiri ! Takde jual kat kedai kedai lain punyaaa ! Haaa ..
Layanan , servis yang diberikan sangatlah ok ! Tanya je apa pon soalan , mereka jawab. Harga pun sangatlah berpatutan .. Tak de la mahal mana pon .. Cam jam aku amik tu , tak sampai pon RM100 tapi kualiti tip top.. Berat woo.. Bukan ringan punya ! Tu contoh produk mereka punya sendiri .. Haa ..
Camana nak tau produk mereka sendiri ? Mereka ada katalog. Mintak je kat staff mereka.Nanti diorang pasti kasi punya ! Cari yg unik dan limited edition.. Hehehe ..
Cenderamata atau cenderahati yang ada dijual di sini mmg sangat sesuai untuk sambutan hari hari tertentu di Malaysia ni .. Macam aku , aku dah dapatkan untuk Hari Guru dan Hari Ibu.. Haaa..
Menarik ni ! Buat rakan rakan pembaca di blog aku ni , kalau nak gi ke S&J untuk dapatkan hadiah untuk yang tersayang la kan , sila bawak jer vaucher ni dan kasi kat diorang ..
Kalau nak tau dengan lebih lanjut , sila ke https://www.facebook.com/snjgift .. heeee.. Macam macam adoooo …
Hari ni tak gi umah mak aku. Aku terlalu letih ulang alik setiap hari .. Kesian gak kat Qhaliff.. Huhuh.. 100km tu sehari ! Haaa .. Tiap bulan servis kereta .. Amik koooo .. Tapi tak pe laaa .. Sementara ada orang tua lagi kan ?
Maka hari ni , aku berdua ngan Qhaliff.. Lama dah tak berdua .. Pasni bertiga lak ! Aiyokkk ..
Hurmm.. Liat semula dia nak tidur tanpa ibu dia .. Maka nak kasi dia tidur , bukanlah tugas mudah. Ni dah pukul 1 lebih petang , baru dia tidur.. Ikutkan time ni , dia baru jaga.. Huhu ..
Apa dia buat sebelum tidur ?
Merajuk dengan aku ! Kena marah le tuuu .. Dia tau bapak dia marah marah sayang.. Tunggu dipanggil pujuk je tuuu ..
Hurm.. memunggah dan terus merajuk bila dimarah !
Mengemas rumah walhal dia yang sepahkan !
Melompat dengan girangnya setelah berjaya membuatkan aku bengang dengan kerjaya dia di rumah ..
Makan sendiri .. Daddy kutip mana yang tumpah ! Pas makan , susu lagi… Coklat lagi .. Vitagen lagi.. Apa saja kat peti ais semua dia nak makan !
Dah tu bila nak tidurnya ?? Puas aku ajak tidur .. Aku yang tertidur ! Bila terjaga , tengok bagus dok punggah laci ! Kalau aku buat buat berdengkur , dia datang paksa suruh bangun ! Aiyooo..
Dan akhirnya barulah dia tidur .. Dia dah tidur , aku rindu pulak nak main ngan dia ! Hahaha .. Ok ok , baru boleh buat kerja .. Huhuh.. Sian dia …
Aku tak leh nak update blog selagi dia tak tidur.. Bila aku bukak laptop , dia datang dengan santainya. Muka nakal seolah olah berkata ..
“ Daddy , serahkan laptop atau kita bergaduh ? “
Sambil berjalan tu dia bersihkan tapak tangan dia yang tak kotor tu ! Macam nak bergaduh lagaknya ! Aiyokk ..
Ultraman ? Upin Ipin ? Bosan dah dia .. Kalau tengok pon , dia lebih untuk kasi mengantuk pastu tidur !
Sekarang ni , dok sibuk kenal abjad dan nombor ! Kalau pasang citer kartun , boring dia.. Kalau yang ada ABC atau Alif Ba Ta , haaa .. cerah mata nak ikut .
Malam , setiap kali lepas solat .. ibu dia mengaji , dia akan sibuk nak amik Al-Quran dan nak baca gak .. Sebut la Alif Ba Ta dia tu .. Huhuhh..
Dah boleh dah tuuu ..
Dari Fan Page Wardina Safiyyah OfficialPage .. Setelah aku potong bahagian yang aku anggap merajuk tu ..
Dan aku punya .. Kebetulan pulak yer ? Memasing ‘merajuk’ eh ? Dan aku , apa hal lak merajuknya ???
Susah la bila orang tak nak paham walhal mudah je nak paham .. Iskh.. Dan tak bagusnya , dikaitkan pulak dengan ahli keluarga .. Huhuh.. Aparaaa …
Semalam , selepas aku hantar wife ke klinik untuk check up mingguan di Putrajaya .. terus ke Cheras untuk keje aku lak iaitu service kereta ! Heee..
Aku service kat Tan Chong Motor nun di Chan Sow Lin. Setelah diberitahu mungkin siap agak lewat , aku buat keputusan balik ke rumah orang tua aku jer dulu. Leh update blog dan jaga Qhaliff jap..
Tahan teksi.. Seorang lelaki yang lebih tua dari aku , pemandunya. Peramah juga orangnya. Berbual pasal kerjaya memasing. Seronok.. Masa bergerak pantas. Tau tau sampai dah rumah. Tambang tertera , tak sampai pun RM8. Aku hulurkan RM10. Baki , aku tak amik.. Memang niat aku , tiap kali naik teksi jikalau pemandunya jenis tak berkira , aku akan bagi lebih..
Terpamer riak gembira di mukanya.. Alhamdulillah .. Seronok aku bila tengok orang gembira .. Sebab aku tahu camana rasanya .. Hee..
Tengahari , dalam pukul 12 .. aku dapat sms yang bagitau kereta dah siap ! Adeh , awal pulak … Aku bagitau orang tua aku dan terus keluar dari rumah.
Naik teksi ke sana pusat servis kereta .. Teksi yang tunggu masa nak ‘pencen’ ! Pemandunya , seorang lelaki yang aku rasa tak de la tua mana pun tapi dah bertahun jadi pemandu teksi.
Seronok berbual dengannya. Dia pon cerita macam macam gak kat aku.. Aku terhibur sementara tunggu nak sampai tu .. Sampai je , aku tengok meter .. RM6.70. Aku hulurkan RM10. Baki , aku tak ambil..
Kemudian aku check handphone . Wife antar whatsapp . Katanya dia dah sampai ke pejabat.. Naik teksi dari klinik .. Hee.. Sama la pulak eh ? Tapi pengalaman berbeza ..
" tambang teksi di meter rm6.40,tp driver teksi mtk 7 ,wpon keta dia panas gler xder ekon..grrr ".
Hehehe .. Aku mmg pesan kat dia , kalau naik teksi .. jangan kedekut kasi lebih kalau pemandu tu seorang yang berhemah , bersopan dan peramah .. Tapi rasanya , wife naik teksi yang pemandunya.. heheheh .. Kalau tak , dia kata nak kasi RM10 … huhuhu.. Bukan rezeki pemandu tu ..
Makin menyampah pulak aku bila memasing dok kata tu gaya fesyen atau design dia .. Pastu , mula laaaaaa nak kecoh ! Huh .. aparaaa .. Bikin malu kompeni je !
Tu ke gaya yang dikatakan diciplak ? Sapa ciplak ? Kalau gitu punya gaya la kan .. Cer google je African Turban .. Tengok la sendiri gaya yang lama dah ada tu ..
Serius aku tak paham laaa weh ! Aiyoook .. Tak yah la dok claim aku punya design ke , hang punya ke .. Kalau berkualiti dan diterima masyarakat , ok laa .. Kalau pakai pun aurat tetap nampak pastu nak kata tu la tudung , baik pikir la baik dosa pahala .. Jangan pk untung atas dunia jer ..
Bersediakah sudah Qhaliff dan daddy nak pikul tanggungawab besar ni ? Anak perempuan wooo .. Bukan senang nak membesarkan anak perempuan ni .. Huhuhuh …
Qhaliff dah ada ciri ciri abang dah .. Garang , pelindung dan paling penting , dah bijak lindung harta peribadinya sendiri ! Hahahah.. Tak kasi orang amik wooo ..
Masalahnya nanti … Bila balik pantang ! Arghhhh .. Wife nak bawak Qhaliff sekali . Mana boleh ! Huhuhu. Lama tuuuu .. Aku ada keje kat KL ni.. Nak ikut duduk sekali tu , sepanjang berpantang tu .. susah gak laa.. Nak kena cari rezeki untuk keluarga gak .. huhuh..
Assalamualaikum and hello..
I'm natural-light photographers that works on-location in Kota Bharu and willing to travel all over the world if you want me to be there only.Love to capture modern couple with fine art and Malaysia lifestyle wedding photography.
I'm very grateful for everyday that i can spend documenting love as I see it,with my heart.Spending time with those I already know and just being in the the moment with you and those you care about and its make me smile inside and out.
Getting to know your family,being able to witness your big day,get to caturing your joyfull moment,your laugh,smiles,and hugs..it warms my heart and always make me happy.
We look forward to capturing all the sweetness of your life.
Sincerely
(Mohamad Azizi Azahazuhari)
Founder | the izzi ( Lifestyle and fine art wedding photographer)
Senior Photographer at | The Apostrophe
Tu kira muqaddimah la untuk pengenalan tentang saya.
Apa beza THE IZZI & THE APOSTROPHE?
Ok,the izzi adalah personal page untuk saya manakala the apostrophe adalah page untuk team saya yang terdiri dari saya dan Sham Khaleefa selaku senior photographer,seorang videographer,dan seorang junior photographer.Album yang kami create pon lain dari yang lain,nak tau meh kita bincang secara private.
Apa pakej yang disediakan?
Untuk mengetahui tentang pakej yang disediakan,boleh PM dekat facebook saya atau dekat personal page saya (THE IZZI).Namun begiru jika dah ada bajet yang tertentu kita boleh berbincang untuk memberikan yang terbaik untuk anda.Yang paling spesel,anda boleh menabung dengan kami dengan membayar sikit sikit.Kira macam main kutu gituuu.
Shoot orang kahwin je ke?
Semua benda yang boleh shoot saya akan shoot.Tak semestinya wedding je.Tapi bersyarat,shoot biarlah mengikut syariat islam yang telah ditetapkan.saya dan jugak team saya tak akan shoot pre wedding,shoot couple,dan tidak akan sesekali shoot jika customer tidak menutup aurat.
Nak tanya lebih lanjut sila lah berkunjung ke Facebook saya atau Personal Page saya atau Page Team saya.
My Facebook : https://www.facebook.com/ggyue
Personal Page : https://www.facebook.com/theizziphotography
Team THE APOSTROPHE Page :https://www.facebook.com/theapostrophy
Ada kawan beri pandangannya .. Yang mana gambar aku dimuat naik ke Facebook seolah mempermainkan agama ! Dan ada juga mungkin rasa tak sesuai aku buat gitu sebab aku ni ‘ seorang bapa’ !
Laaaa .. Jauh benar dia berfikiran eh ? Ok la , aku tak marah pon tapi kalau kita nak kena fikir sejauh tu , seolahnya aku jangan post apa apa ponn termasuklah jugak gambar anak aku .. Mana la tau dia segan atau malu satu hari nanti ? Termasuk jugak la gambar aku .. Up gambar bunga je laa !
Haishhh .. letih kalau nak ikut apa orang fikir kan ? Yang penting , apa yang nak disampaikan ..
Mesej yang aku nak sampaikan ? Mudah je kan ? Takkan tak paham paham lagi ! Kalau ada yang nak kaitkan dengan agama , cer perhatikan dengan betul dan teliti .. Apakah cara seeloknya bila nak berpakaian menutup aurat ? Apakah memadai dengan menserkup kepalanya saja ? Tapi bahagian lain terbuka ?
Kalaulah Qhaliff nak malu dengan gambar gini .. Bermakna dia belum matang lagi laaa .. Kalau ada yang nak kata aku ni tak reti ke nak malu ? Aku sebenarnya lagi malu tengok wanita Islam di luar sana tu yang tutup kepalanya tapi bahagian lain terbukak !
Ini cumalah salah satu cara aku nak sampaikan kepada rakan rakan aku yang mana fesyen perlulah sejajar dengan agama kita .. Jangan main sedap dok kata fesyen muslimah padahal ?? Ingat cantik tapi rupanya kena gelak !
Tak kisah la apa pun .. Yang faham , faham la .. Yang tak faham tu mungkin cara dia ‘berdakwah’ lain caranya.. Masing masing ada caranya .. Yang penting , aku dah sampaikan pesanan aku .. Nak wat cara ustaz , aku tak layak langsung .. Heee , jadi wat cara yang aku termampu je la ..
Ada kawan aku tanya aku kelebihan EPHYRA ni .. Aku senyum jer .. Kenapa ? Sebab segalanya dihujung jari dan sekarang ni .. Apakah kelebihannya ?
Tu diaaa aih !! Ramai dah yang buat artikal pasal EPHYRA ni haaaa .. Pe susahkan ? Ke susah gak ? Hehehee.. Segan nak google ? Ok , meh sini aku kasi link ke entri KELEBIHAN EPHYRA tu.. klik SINI jer ! Heee.. Mudah dah kan ? Segala jawapan boleh dapat dalam tu.. Halal ke ? Apa kandungannya ? Selamat ke ? Dah aku ceritakan semuanya dalam tuuuu … Rajinkan diri masuk dan baca jer .. heee..
Dan apakah aku juga minum EPHYRA ? Kenapa aku minum ? Bukankah EPHYRA ni untuk perempuan je sebab orang perempuan je nak jaga kecantikkan ? Haaa …Cuba baca kat SINI ..
Tertanya apakah ada pegakuan ikhlas lagi benar dari pengguna produk EPHYRA ni ? Hurm… Ok , ada kawan blogger yang aku syorkan padanya untuk diberikan pada isteri kesayangannya.. Katanya , selepas beberapa kali minum EPHYRA ni , wajah isterinya yang selama ni kusam ( sebab kepenatan bekerja ) , kembali cerah dan segar ! Huihh… Jatuh cinta dia lagi dia pada isterinya .. Hahahah .. Baguslah …
Dan lagi testimoni dari pengguna EPHYRA ..
Nak tau aku punya testimonial ? Haaa .. Baca kat EPHYRA Kologen menaikkan seri wajah aku ! , EPHYRA sesuai untuk lelaki jugak la ! dan EPHYRA : Sepaket setiap pagi ! .. Haaa .. Amacam ?
Berminat ? Ok ok .. rileks dulu.. Baca sampai bawah sekali baru gi serbu beli ehhh .. Heeehee.. Sedikit info untuk korang , aku ceritakan yer ..
Team EPHYRA akan berada di Putrajaya sempena Karnival Utusan dan juga di Ipoh , sempena Karnival Jom Heboh pada 26/4 - 27/4 ni ! Haaa … Apa menariknya ? Harga promosi dan juga free gifts pada yang datang membeli EPHYRA tu nanti ! Selain tu , jangan lepaskan peluang beramah mesra dengan Memey & Norman Hakim nanti ! Mesra lagi peramah pasangan ni ! Talak sombong punya lor …
Sempena 2nd Anniversary MEGA SALE , EPHYRA akan jual produk EPHYRA dengan harga promosi iaitu RM180. Harga asal adalah RM197.. Haaaa .. banyak dah jimat ni ! Kalau beli dua kotak ? Tiga kotak ? Pakat pakat la ajak kawan join sama beli .. Untung wooo beli produk bagus ni ! Bukan untuk enjoy enjoy tapi untuk kesihatan agar hari hari anda lebih indah .. InshaAllah..
Cantik tak baju EPHYRA ? Hehehehe .. Berminat ? Murah jer .. Tapi berkualiti dan selesa sangat memakainya ! Harga ? Tuuuu.. dah terpampang dah harganya ? RM15 jer ? Aku kata dah… Murah ! Sambar satu dulu.. Try .. Best ? Beli lagiii !! Hehehehe .. Nak beli kat mana ? Sms atau Whatsapp je ke 019 3999238 atau email je ke sales@oceanlife2u.com ..
Nak tau lebih lanjut pasal EPHYRA ?
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
website official - www.oceanlife2u.com
facebook- www.facebook.com/oceanlife2u
instagram : ephyra2u
Terima kasih kerana sudi baca hingga abis dan sharekannya di FB anda.. Hehehehe .. Semoga info ini memberi kebaikan untuk anda sekeluarga .. Hee.. Jangan lupa bagitau kawan kawan gak yer .. Heee…
Ahhh … Tak caya bila otai otai kata ,
“ Ben , jangan dukung anak selalu sangat .. Nanti dia terlebih manja ! Tamo berjalan nanti .. Haaa “..
Aku tak kisah aih.. Nak dapat dukung anak ni , bukan selalu.. Nanti dia dah dapat kaki , haaaa.. Dia tak nak dukung dah !
Dah dapat kaki , nak naik camni lak ! Hahahahha .. Gasak la Ben ! Dengan mak dia , dia ok je nak berjalan .. Dengan aku jer , dia nak berdukung .. Huhuhuh …
Huh … Aku tidur tak beberapa nak lena semalam sebab risaukan Qhaliff ( Yeke tak lena ? Siap dengkur lagi haa ) .. Yelah , dia asyik terjaga pastu merengek sambil pegang kaki dia .. Fobia mungkin ? Hehehehe ..
Awal pagi.. kul 630 , dia terjaga dan tegur mak dia .. Aku celikkan mata , tengok dia .. Nak tengok gak apakah dia pegang kaki dia ? Hurmm..
Takde ! Ok la pulak dia jalan berbanding semalam terhencut hencut .. Iskhh.. Apa kes sebenarnya ? Betul ke selumbar ? Tapi kalu ikut aku laa .. Bukan sakit apa pon tapi lebih pada lenguh dan sejuk ! Macam aku gak .. Bila lenguh kaki , mmg sengal abis laa rasa.. Kena letak minyak urut , baru ok skit..
Ni dah ok dah ni .. Tidur nyenyak je dia .. Aku cerita kat mak aku , dia kata anak buah aku yang lain pon mmg gitu gak.. Bila lenguh , semua pakat menangis punya . Huhhh.. SeDNA rupanya..
Hehehe.. Sian dia semalam . Tak pasal pasal kena masuk bilik operation .. Cari selumbar tu ! Abis meraung dia .. sampai keluar hingus hijau nak selamatkan diri ! Heheheh ..
Dan menariknya kan.. haaa .. Aku dapat info baru ! Aku tak tau la pulak ada petua untuk keluarkan selumbar ni .. heee.. Guna belacan dan limau nipis jer ! Sapu kat tempat tu , insyaAllah senang nak keluarkan… Diorang kata laa.. Aku bagitau jer.. Heheeee..
Hurm..
Tiba tiba dengar dia menangis. Wife pon pelik naper .. Dia pegang kaki dia kiri dia … Aku pelik gak.. Takde angin takde ribut tetiba menangis .. Dia dok main ngan wife tu tadi..
Periksa kaki dia .. Dia tak kasi pegang ! Haih.. Menangis meraung.. Nak tak nak , aku kena paksa check gak .. Ternampak menda halus hitam kat tapak kaki kiri dia .. Selumbar !
Operasi mengeluarkan selumbar secara paksa ! Tak kira ! Kang bengkak menanah , satu hal lagi.. Aku guna ketip kuku.. Menangis abis abisan dia .. Huhuh..
Tak pasti dapat keluarkan ke tak sebab abis semua barang dia campak kat aku ketika aku buat ‘pembedahan ‘ tu .. Sian dia ..
Aku lepaskan dia .. Gi kat mak dia . Tolak aku bila aku datang nak peluk dia.. Terus lena tidur.. Sesekali terjaga menangis pegang kaki dia ..
Tak elok gak , esok gi klinik ..