Bukan selumbar pulak ?

by - Isnin, April 21, 2014

 

Huh … Aku tidur tak beberapa nak lena semalam sebab risaukan Qhaliff ( Yeke tak lena ? Siap dengkur lagi haa ) ..  Yelah , dia asyik terjaga pastu merengek sambil pegang kaki dia .. Fobia mungkin ? Hehehehe ..

Awal pagi.. kul 630 , dia terjaga dan tegur mak dia .. Aku celikkan mata , tengok dia .. Nak tengok gak apakah dia pegang kaki dia ? Hurmm..

Takde ! Ok la pulak dia jalan berbanding semalam terhencut hencut .. Iskhh.. Apa kes sebenarnya ? Betul ke selumbar ? Tapi kalu ikut aku laa .. Bukan sakit apa pon tapi lebih pada lenguh dan sejuk ! Macam aku gak .. Bila lenguh kaki , mmg sengal abis laa rasa.. Kena letak minyak urut , baru ok skit..

Ni dah ok dah ni .. Tidur nyenyak je dia .. Aku cerita kat mak aku , dia kata anak buah aku yang lain pon mmg gitu gak.. Bila lenguh , semua pakat menangis punya . Huhhh.. SeDNA rupanya..

Hehehe.. Sian dia semalam . Tak pasal pasal kena masuk bilik operation .. Cari selumbar tu ! Abis meraung dia .. sampai keluar hingus hijau nak selamatkan diri ! Heheheh ..

Dan menariknya kan.. haaa .. Aku dapat info baru ! Aku tak tau la pulak ada petua untuk keluarkan selumbar ni .. heee.. Guna belacan dan limau nipis jer ! Sapu kat tempat tu , insyaAllah senang nak keluarkan… Diorang kata laa.. Aku bagitau jer.. Heheeee..

You May Also Like

0 comments