Aku tak salahkan ‘ tudung ‘ itu !
Ramai ingat aku bengang atau marah sangat laa kat makcik tu gara gara tindakan dia terhadap penjual penjual tudung tu .. Iskhhh , apalah hak aku nak amuk sedemikan itu.. Tak puashati kalu , gi je buat laporan polis atas tindakan mereka tu kemudian pakat pakat amik peguam , saman ! Saman lagiii .. Heee ..
Bagi aku la kan … tudung tu singkat atau labuh camana sekali pun , tapi kalau tak reti nak gayakan mengikut cara yang dianjurkan dalam Islam , maka salahkan si pemakai tu ! Tudung tak salah aihhh .. Yang salah orang yang beli dan pakai ! Beli tudung singkat tu , pakai di rumah jer ke .. Atau wat pakai ketika jemur baju ke .. Atau pakai yang labuh dulu , kemudian pakai yang .. Haaaa .. Dua sekali pakai !
Katakan aku beli tudung labuh.. kemudian aku hadiahkan pada kawan aku.. Dia pon pakai .. Dia pakai tudung labuh dengan seluar sendat ! Haaaa .. Dah pulakkk gitu fesyennyaa ! Nak salahkan seluar sendat pulak ke ?? Kalau kasi seluar dalam warna pink berambu ramba , suruh pakai di dalam .. tapi dipakainya di kepala , salah sapa ?
Ok.. dah tu apa yang aku kecohkan sangat ? Pasal hak cipta yang dikecohkan tu .. Akhirnya macam macam cerita keluar ! Bukan pasal hak cipta laaa .. bukan pasal patern laa .. Iskh.. Dah tu ?
Dan aku tak puashati cara mereka menangani di media sosial ! Cara jawapan yang cukup angkuh , video pengiklanan yang .. hurmm… Tidak menunjukkan mereka ni profesional langsung ! Aku tak merujuk pada sesiapa tapi pada mereka yang menjawab setiap persoalan dan cara membalas pada mereka yang bertanyakan soalan atau menyerang mereka .. Tunjukkan la sikap yang profesional ! Tenang dan jawab dengan tepat dan ringkas !
Buat orang besar syarikat tu .. kalau aku laa kan .. aku pecat dah admin yang menjawab soalan soalan dengan kasar dan tidak matang itu ..
Lagi ?
Er , dan tolonglah jangan suruh mengampu .. Takkan buat marketing dengan cara gitu ? Kalau gitu caranya .. satu soalan jer , produk anda tiada kualitikah ? Kalau ada kualiti , tak perlu suruh orang mengampu ..
Nak saman aku ? Aiyaakkk .. Merendahkan standard jer nak layak KEYBOARD WARRIOR cam aku ni .. Sebaiknya , amik yang positif dan buang je perangai ego tu ..
9 comments
mcm setuju je..xyah la nak kecoh sgt..kalau di ciplak pun ttp xsama kualiti dgn you'alls..memadai la untuk yg xberapa nak mampu..bukan sebijik bip pun!
BalasPadamsalam . setuju komen #Permata Biru tu :)
BalasPadampeningggg ar abg ben cam ni.. tudung punya pasal pun mau gaduhhh ka... ahah :)
BalasPadamKalau ada tudung yang labuh sampai kelutut kan bagus. boleh hadiahkan kat dia tu
BalasPadamMereka kata ada collection yg sampai ke lutut dkat butik :)
PadamOrg yg mampu bolehlah beli dgn "dia" . Yg tak mampu tapi nk juga merasa tu , beli yg biasa . Satu hal lagi , kenapalah diserangnya kedai yg biasa2 tu . Kesian dorang nk hidup juga .Baru untung byk skit , da mcam2 hal . Dkat luar sana byk lagi barg imitation dari syarikat2 besar , tk kecoh pun . Sbab benda tkboleh dikawal . Yg lakinya pulak sedap ckp aurat tu subjektif , ramai pakai tudung sbab jenama tu --"
BalasPadamlebih banyak perhati jer...tapi betul, salah si pemakai sebenarnya...
BalasPadamkeputusan di tangan masing2 kan, beli guna duit poket sendiri jadi tepuk dada tanya iman, nak pakai yg macamana...kalau tak mampu berpuasalah, tundukan pandangan.
BalasPadambukan mahal murah menjadi ukuran sebenarnya..tapi adakah memenuhi syariat..ramai yang bertudung tapi ramai lagi yang masih belum menutup aurat dengan sempurna..kalau nak tahu menutup aurat yang sempurna ke tak,pakaian yang boleh dibawa solat..jagalah aurat wanita..mahkotamu..ada sebab mengapa Allah S.W.T menuntut kamu dengan demikian rupa..Wallahu a'lam
BalasPadam