Penyibukkah kita ??

by - April 20, 2014

 

Dulu kan , aku cukup tensen bila ada eksiden di jalan raya ! Memasing la nak cuci mata tengok apa yang berlaku .. Nak lagi best , siap ada yang amik nombor plet kereta .. Nak ‘tikam’ ! Huhu… Tak ingat dosa dah part ni .. taubat je la bila dah tua ..  Er , bukan aku yer ..

Tapi satu hari tu , aku tertengok la satu kemalangan tu.. rupa rupanya , kawan aku sendiri terlibat ! Haaa .. Nasib baik aku tengok .. Kalau tak ? Aku pon berentikan kereta dan gi la tolong mana yang patut ..

Dalam perjalanan balik tadi dari Damansara , hujan lebat ! Yang berani nak memecut , silakan.. Tapi aku , tak berani ! Pernah terlibat dalam kemalangan yg mana orang belakang bantai kereta aku , dalam hujan lebat ! Dentuman yang kecik tapi bagi impak yang besar !

Dan lebuhraya KLIA tu , kereta mula perlahan .. Aku syak ada eksidenn dah tu.. Handphone HTC yang aku mmg letak di car holder tu , memang dipasang GPS dan juga standby untuk camera .. Macam macam ada atas jalan raya ni wooo ..

Hurmm .. 2 kejadian dalam masa sejam ..

4 bijik kereta berdentum .. Aku bersyukur laa memandu dalam keadaan perlahan dan ikut peraturan … Tak berani woooo nak memecut ..

Dan satu lagi , kilang sarung tangan getah di Bandar Baru Salak Tinggi terbakar .. rasanya dari pagi tadi hingga ke petang waktu aku balik tu , api masih marak ..

Bayangkan kalau rakyat Malaysia tak amik kisah apa yang berlaku di kiri kanan mereka ?  Tapi janganlah sampai menyusahkan pengguna lain kan ? Cam nak parking ikut suka mak pak diorang jer semata mata nak gi tengok dan berbual kat situ sambil makan keropok lekor ! Huh !!!!

You May Also Like

2 comments

  1. hairan juga mengapa tiba2 cuaca mendung..rupa2nya kesan dari asap kilang Wrap yg terbakar..Dari rumah akak jelas nampak asap yg berkepul2..

    BalasPadam
  2. biarlah kita beringat-ingat ketika memandu...biar lambat asalkan selamat...laju macammana pun tak lah cepat manapun sampainya.

    BalasPadam