Alhamdulillah.. Terima kasih buat semuaaaa rakan rakan yang tak putus putus berdoa dan juga ada yang buat solat hajat untuk mendoakan wife dan ayah aku ..
Aku mulakan dengan ayah aku. Masuk bilik pembedahan jam 9 pagi dan berakhir jam 630 petang. Mak aku kata ada berlaku sedikit pendarahan di bahagian leher. Tapi dah ok.. Sekarang masih di bilik ICU. InshaAllah kalau takde apa apa , esok leh pindah ke wad biasa. Aku tak sempat nak gi tengok lagi .. Hurmm..
Wife , aku bersama dia dari jam 12 tengahari.. Pada asalnya kalau dia tak de perkembangan , dia akan dibuat caesar. Tetapi alhamdulillah , ada sedikit. Jadi nak tak kena tunggu bukak lagi beberapa cm ..
Aku pun tunggu je la kat dewan bersalin tu dari jam 2 hingga laaa lepas Maghrib. Doktor tu kata kalau tak keluar gak baby , maka lepas Maghrib , siap laaa .. Gulp..
Sebelum tu , pakar ada datang. Tanya nak epidural atau tak. Selepas dia terangkan secara terperinci kesannya pada wife , memandangkan dia punya sejarah sebelum ini tidak begitu cemerlang , maka aku kata tak nak amik ! Risau bahaya pada wife ! Lagi pun aku tau dia mampu lakukan !!
Dan , jam 8.10 malam.. setelah berhempas pulas bertarung nyawa .. maka lahirlah Zahra Nur Iman ! Berat , 3.75kg ! Lari dari sasaran asal yakni 3.2 atau 3.4kg !! Tu pasal kena vacumn skit sbb wife dah tak larat nak 'push’.. huhu .. Sian dia ..
Alhamdulillah.. sepanjang aku bersama wife dalam tu , aku dapat pengalaman baru walaupun aku serupa patung tak tau nak wat apa.. Nak bagi dorongan , aku pulak yang macam dok meneran ! Huhuhu..
Susah woo nak beranak ! Hargai isteri dan mak anda ! Dan untuk wanita yang bergelar ibu .. anda layak bergelar HERO untuk anak anak anda !