Hurmm.. sama ke ?? Aku tiru Zahra atau sebaliknya ???
Hurmm.. sama ke ?? Aku tiru Zahra atau sebaliknya ???
Hurm.. tiap kali aku marah pada dia .. Dia akan pura pura menangis.. Kalau aku tak pujuk , dia akan tegur aku..
“ Baa.. baaa… “.
Selagi aku tak menyahut..
“ Baa.. baaa…. “.
Kalau aku menyahut …
“ Ye sayang .. “.
Dia akan kembali buat semula ‘pekerjaan’ yang mengundang rasa geram aku pada dia , dengan sedikit tambahan.. senyum ! Haih…. Nak marah ? Hurm..
Terus terang aku katakan… memang dia akan kena marah kalau buat sesuatu yang .. hurm… Bukanlah aku nak menyekat perkembangan atau ujikaji dia tetapi lebih pada keselamatan ..
Pernah aku tengok ujikaji dia .. Dan .. ianya membuatkan aku hampir koma !!! Bahaya aihhhh… Atau ianya mampu membuatkan aku mengalami tekanan darah tinggi !
Hurm… sebenarnya ada satu jenis mainan yang menarik minat aku untuk perkembangan dia ..
Aku ada nampak kat Toys R’ Us Alamanda ada jual menda ni .. Tapi harganya .. perghhhh !!! Aku tak kisah sebenarnya tapi wife yang kisah ! Hehehehe … Katanya ,
“ Jimatttt… “ .
Hurmmmm ….
Tapi kalau beli online , jauh murah dari di kedai .. Hurm.. Menarik gak tuuu.. hehehe .. Tunggu duit terpijak , inshaAllah daddy belikan Qhaliff yer …
Makin lasak dia .. Asik nak bergasak ngan sepupu dia jer .. Huhuhuh..
Nak salurkan tenaga dia yang banyak tu pada aktiviti berfaedah iaitu bersukan..
Aiyokkkkk … Dah la ari tu aku promote abis abisan.. Rupa-rupanya , WAZE ni antara syarikat berdaftar di Israel !
Apakah aku perlu uninstall waze sebagai tanda protes aku terhadap kekejaman rejim zionis pada rakyat Palestin ??? Masalahnya , Waze ni map pemandu arah yang paling ok bagi aku .. Sebelum ni aku guna Sygic dan Papago tapi kedua tu tak de live update.. Aku perlukan app yang bagitau di mana ada kesesakkan lalu lintas supaya aku boleh mengelak dari melaluinya ! Hurmmm.. Macamana tu ??
Kalau boikot McDonalds tu ok la.. Boikot Tesco ok laa.. Boikot HSBC , aku takde akaun pon.. Tapi WAZE ? Alahaii… Takde ke orang Islam bikin app cam Waze ni ? Guna Google Maps ? Sama je pon… heee..
Aku ni mmg pengguna tegar WAZE .. Kemana mana saja aku gi , WAZE mmg aku hidupkan.. Ini bermakna , pihak Israel dah tau mana aku tinggal ?? Kemana aku pergi ?? Aiseyman.. Ini sudah tidak rahsia lagi ! Aiyokkkk …
Uninstall ? Gulp ..
Aku masuk bilik air… Hidupkan shower .. Nak mandi air panas .. Baru lepas workout skit .. Huhuh.. Badan berlemak dah nihh !!
Tiba tiba , aku terkedu selama 5 saat !! Ada sesuatu sedang merenung aku dengan tajamnya … Gambar di bawah ni adalah lokasi kedua ekor tu sebelum aku ‘mengamuk’ !
Mak aihhhh.. Besarnyaa ! Kejam gile korang !! Mentang mentang la berdua … berani lawan mata dengan aku ! Aku simbah dengan air .. Jatuh terlentang dua ekor tu !! Lalu cuba nak melarikan diri !!
Maaf kawan ! Sapa suruh kacau aku ! Dan berani mengawan di dalam bilik air aku haa ???
Akhirnya ..
Dan kedua duanya , aku ‘penjarakan’ mereka ke dalam tempat yang selayaknya … Hurm… Begitulah akhirnya percintaan terlarang mereka ! Kot nak wat projek pon , agak agak laaaa.. Ni buat tempat terbuka ! Ingat aku leh tergoda kot ??? Huhh..
Alhamdulillah.. Dalam kul 8 malam , aku sekeluarga sampai rumah aku. Terima kasih atas doa kawan kawan ..
Bertolak dari Kelantan selepas subuh , aku jangkakan akan sampai di KL sebelum masuk waktu Zohor .. jika jalan tidak sesak atau ada kemalangan maut ! Huhhu..
Tapi perancangan aku tidak menjadi kenyataan .. Aku tiba di KL , dalam jam 3 petang. Ini disebabkan aku banyak kali berenti untuk merehatkan mata yang terlalu kerap keletihan ! Letih pelik sungguh !! Nak kata cuaca panas , tidak tapi asyik nak tertutup jer ! Nasib baik tak jadi apa apa walaupun ada sesekali nak terbabas .. Nauzubillah .. Mintak dijauhkan dari malapetaka ..
Salah satu lagi punca kemalangan selain dari faktor keletihan adalah , sikap tidak sabar pemandu yang membuatkan pemandu lain menerima kesannya !
Macam hari ni.. Banyak benar kereta yang ‘pancung’ kereta aku tanpa beri ‘isyarat’ atau beri minit minit kecemasan ! Gile ke apa ?? Kita yang menjarakkan kereta dengan kereta depan , tetiba terpaksa tekan brek semata mata untuk kasi dia lepas masuk walhal sebelum tu beria sungguh dia dari nun belakanggggggggg sana tu , memotong berbuah kereta untuk mara ke hadapan tapi terbantut hasrat bila ada bas atau kenderaan lain sedang menghampiri dia dari arah bertentangan !
Bayangkan dlm situasi gitu , kita dok melayan anak ! Apa jadi ???
Awal pagi ni !! Nak kejar apa ??? Gara gara sikap tidak sabar dia , orang lain mungkin jadi mangsa !!
Clear je jalan pagi tadi.. Tapi punya la banyak kereta bersungguh memotong dan memandu dengan laju.. Nak gi kubur ke bang ? Kalau nak gi kubur , gi sorang sorang la.. Dalam kereta tu ada anak bini ! Tak kesian ke ? Kalau mati terus tak pe la.. Tanam je .. Tapi kalau cacat atau cedera parah ? Camana ?? Sapa susah pastu ??
Cuaca tenang.. sejuk jer .. Cuba la memandu dengan rileks sambil menikmati permandangan yang indah tu.. Bukan senang wooo ! Bila datang jerebu , jgn mimpi la nak hirup udara atau menikmati permandangan gini ! Dah rasa dah !!
Pandu cermat , inshaAllah semua orang selamat ..
Selamat sudah berhari raya di kampung halaman.. Tiba masa untuk kembali ke ‘markas’ masing masing .. Ada yang dah kembali ke pejabat . Ada yang masih mencari feel nak kerja .. Dan ada yang dah berenti terus ! Malas nak kerja ngan orang katanya !! Haaa..
InshaAllah , aku sekeluarga akan pulang ke kotaraya awal pagi ni .. Dan rasanya , aku akan pasang kamera GoPro di depan kereta aku memandangkan banyak kenderaan akan turun berada di jalan raya nanti..
Berdasarkan pengalaman lepas , banyak kereta tak sabar nak sampai ke kampung halaman dan pastinya akan begitu juga nanti , untuk sampai ke rumah masing masing ..
Gunanya kamera depan kereta ni penting wooo ! Kalau berlaku apa apa , bukti ada dah ! Cerita banyak tak payah dah wo !! Haaaa ..
Kualiti gambar pun , mmg puashati laaa !! Haaa.. Nanti kalau ada rezeki lebih , aku nak tambah aksesori.. Boleh jugak guna bila aku di Phehrisss nanti ! Hahahaha .. Belum gi lagi dah pasang angan angan !
Cool kan ? Hehehe .. Aku gile jap bila masuk ke web cameralah.com tu .. huhu ..
Ok ok .. Doakan agar kami sekeluarga selamat tiba .. Terima kasih atas doa kalian .. Semoga Allah berkati anda sekeluarga ..
Bila gi berhari raya di rumah kawan kawan .. pastinya akan ada yang mintak amikkan gambar.. Bila guna kamera handphone , payah nak undur undur haaa.. Kang terlanggar meja kerusi atau orang.. dah satu hal ..
Maka , tadaaaa .. Gunakanlah GoPro .. Letak kat tempat tinggi pastu halakan ke ruang tamu.. Dan .. Tu diaaa… Dapat semua sekali ! Hahahaha.. Pueh hati kooo ..
Terlupa nak pasang di dua rumah sebelum ni.. Entah tetiba di rumah ni , aku gatal nak pasang.. Heee.. Senang tuuu..
Cun gambar kan ? Nak tambah akesori pasni.. Nak letak kat kepala .. heee…
Kalau orang beri duit raya kat dia , pandai dia capai dan sengih.. Masa ni , terlupa dah nak cakap 'terima kasih’ walhal mmg mudah keluar dari mulut dia ‘terima kasih’ tu .. Huhu ..
Dan menariknya , dia akan cari duit dalam tu.. Koyak dan keluarkan duit.. Pegang ! Sebelum tu , dia akan angkat tinggi tinggi duit tu dan bersorak !
Aku test dia .. Tetamu bagi duit raya kat dia , cepat cepat aku amik dan keluarkan duit .. Pastu sampul tu kasi dia .. Terus bising cari duit dia ! Hahahaha ..
Tuuu.. siap tidur pegang duit.. Tapi dia tak la tahap beria benar.. Dalam 5 minit gitu je dia akan pegang.. Pastu serah kat mak dia .. Hurmm ..
Hurm… Ternampak seluar ni kat satu butik di Alamanda sewaktu gi membeli belah persediaan hari raya tempoh hari.. Harga dia dalam RM69 jer
Tiruan ? Aku tak rasa la tiruan .. Kain dia lembut dan sedap jer bila pegang.. Kalau tiruan , mesti keras .. Ni Qhaliff pakai , takde pulak nampak dia tak selesa.. Siap berlari sana sini dengan gembiranya lagi ! Hahaaha ..
Silap beli sehelai je ari tu .. Balik Putrajaya ni , kena gi beli barang sehelai dua lagi .. Huhuhuh …
Cam sungguh la Qhaliff bila aku memandu masuk ke kawasan rumah blogger Darkbatman atau nama sebenarnya Zuhri ni ! Terpampang wajah gembira dari dalam kereta lagi !
Masa wife berpantang ari tu , dah datang sekali.. Atas jemputan Ayie gak… Seronok benar dia masa tu dapat bermain kat sini sepuasnya .. hehe ..
Siap la ikan ikan serta burung mahupun arnab arnab nanti !! Bakal dikerjakan dek Qhaliff !!
Gembira sungguh la dia lari sana sini ! Aku kena ikut dia.. hahahaha .. Risau dia bantai terjun dalam kolam ikan tu nanti haaa !! Bukan leh caya mamat sorang ni ! Apa dalam kepala dia , aku leh jangka .. Ikut perangai bapak ni .. hahaha.. Harapnya , jgn ikut yg buruk yer .. Nauzubillah .. Moga dijauhkan .. Huhuh..
Dapat duit raya dari Ayie dan juga abangnya.. Terima kasih uncle !!
Aku suka rumah Ayie ni.. Pandai bapak dia buatkan rumah ni untuk ahli keluarga dia.. Bila ramai ramai berkumpul , mmg meriah !! Huhuhu..
Macam resorts dah.. kan ?
Hurm… Terfikir gak ari tu .. Ikutkan hati , mmg tak nak amik UNIFI selepas kes lepas tapi disebabkan ianya satu keperluan untuk aku , aku rasa macam nak langgan semula ..
Tapi kelmarin , selepas masalah signal di Sony Xperia Z2 aku selesai , aku rasa aku tak nak guna UNIFI sebaliknya nak tambah beli satu lagi CELCOM1MALAYSIA ! Atau ada yang kata ALTEL ok ! Hurm.. Menarik !
Macam sekarang ni , Sony Xperia Z2 aku mampu memancarkan 4GLTE .. maka aku jadikan dia hotspot je la kan ? Bolehlah LG Smart Tv aku tu berkongsi signal dan tengok youtube kat situ je .. Haaa.. kan kan ?
Skang ni aku guna pakej Maxis Broadband 20GB ( RM88 sebulan ). Kelajuan dia 1mbps . Hurm.. Kuota pun cuma 20GB je.. Tu pun tak sampai setengah bulan , abis dah .. Kena tunggu kul 2 pagi baru leh nak upload entri yang banyak gambar ..
Tapi dengan adanya 4GLTE unlimited ni , aku rasa aku nak potong buang je la Maxis ni .. Jimat koooo !! Haaa ..
Test speed ni di Kelantan.. Member blogger test di Serdang , KL .. dia boleh dapat hingga 15mbps !!! Perghhhh … Memang best laaa … Nak tunggu aku sampai Sepang nanti dan test speed lak .. Heeee..
Er , kalau takde 4G kat kawasan tu , mmg teruk la ! Kelantan tang Kok Lanas ni pon leh ada 4G .. Sepang bandar kapal terbang tuuuu , tak leh ada ? Hehehe..
Sebulan berapa ? RM25 saja yer ! Unlimited ! Hurm… Skang ni , aku terpaksa guna 3 internet ! Maxis , RM88 dan Celcom Broadband RM50 !!
Bila potong dua dua ni , bayangkan berapa aku jimat dah !!! Boleh nikah satu lagi ok !! Huhhh… Bayangkan jika aku mampu nikah lagi buat pemotongan kedua dua broadband tu , korang yg belum nikah .. lagi la boleh nikah dah !!
Dah tiba masa operator telekomunikasi jadikan segalanya UNLIMITED !! Asyik berkuota jer ! Gile apa !! Caitt…
Teringat kali pertama aku makan tapai .. terus aku muntah dan buang tapai tu… Rasa masam dia mmg pelik sangat aihhh .. Tapi aku suka makan menda masam… maka aku cuba lagi untuk makan ..
Selepas tu , aku suruh mak aku order lagi dan lagi dan lagi .. Hehehe.. Sejak tu , aku pantang nampak tapai .. Kalau dah mula makan , mmg tak boleh berenti dah .. Huhuhuh…
Tapai ni kalau makan banyak banyak , mmg boleh memabukkan .. orang kata la.. Aku tak pulak rasa mabuk bila makan byk byk.. Makin nak bertambah lagi ada la..
Tapai di dalam gambar ni , kat umah abang ipar aku nun di Besut . Sizenya agak berbeza dengan tapai yang biasa biasa aku makan dulu yang mana isinya lebih banyak dari yang ni .. Tapi rasanya sama !
Mungkin dia buat gini , lebih pada sekadar nak menjamah dan hayati hari raya .. bukan suruh mai melantak tak hengat punya ! Heeee..
Rumah pertama .. Gi umah pakcik wife aku yang aku panggilnya , Pokcik Ka dan Mokcik Ma .. Heeee .. Lega Qhaliff ! Seharian terkurung di rumah semalam , akhirnya dapat jugak keluar ..
Tapi bila dah keluar .. dia pulak wat hal.. mengantuk sokmo !!
Tapi bila sepupu dia sampai , dia automatik kembali cergas ! Aiyokkkk .. Bila dia dah kembali cergas , aku pulak jadi tegas ! Risau la asyik main pastu terjatuh kat meja kopi tu kee.. Kaca tuuu.. Haish…
Lepas raya kat situ , gi pulak umah abang ipar di Besut , Terengganu. Tak jauh mana pon dari Kok Lanas .. Aku suka gi area sini.. Kawasan padi ! Aku tak sempat nak turun bergambar lagi kat sini .. Hurmm .. Cuma tadi lepas solat Asar , aku lari jap ke bendang berhampiran dan .. selfie !!
Ada satu tempat tadi , mmg cantik gile laaa Tapi jauh aku nak menapak gi ke situ ! Tengok jam pun dah hampir ke Maghrib. Lain kali je laa..
Aktiviti sebelah malam .. BBQ ! Heeee…
Budak budak , seronok laa diorang ! Teringat aku sewaktu kecik dulu.. Hurm…
Sakan la diorang main.. Lepas main , gaduh.. Lepas tu berbaik semula .. Hahaha .. Sambung gaduh .. Nasib baik la ada pak su diorang yang sudi melayan..
Dan yang tua tua , gi membakar !
Memang seronok bila berkumpul ramai ramai gini .. Pastu ada aktiviti santai .. Budak budak pun main sampai nak pengsan.. Hahaha.. Nak tidurkan diorang , mmg senang dah pastu ..
Selesai aktiviti , terus balik Kok Lanas .. Hurm.. Selesai hari kedua .. Esok , aktiviti lebih mencabar ! Ikutkan , ada banyak plan .. tapi segalanya bergantung pada kul berapa aku bersiap ! Hahahaha ..
Kalau sapa sapa yang tak pernah gi Kelantan lagi , jangan terkejut kalau ternampak ada orang sedang makan satay di pagi hari ! Haaaa… Aku dulu terkejut jap laa.. Aku tanya wife , dia jawab .. biasa la…
“ This is Kota Bharu ! “.
Owhhh .. baru aku tauuu . Patutlah kalau gi bersarapan pagi , antara juadah yang disediakan adalah satay !
Agak kekok bagi aku pada awalnya .. sbb biasanya aku makan satay , malam malam… hehehe.. Makan belah pagi , terasa lain sangat..
Lama kelamaan .. leh la terima makan satay di awal pagi dan juga makan nasi ! Selama ni , kalau nak berat pun , aku makan nasi lemak.. tu pun dah menyesal giler sbb lepas makan , terus duduk buat kerja.. Hasilnya , lemak perut berinci inci naik ! Hurmm..
Orang dulu lepas makan berat , diorang wat kerja berat.. kan kan ? Orang skang .. lepas makan berat , berat dah mata .. nak sambung tidur ! Huhu..
Pandai dah dia ! Dapat je sampul raya tu , terus ke hulu ke hilir dengan sampul tu ! Nak koyak , tak reti lagi… Pastu bagi kat aku suruh bukakkan skit ..
Bila dah bukak.. dia koyakkan perlahan lahan… Dan bila nampak duit tu , senyum ! Diangkat duit tu tinggi tinggi dan berjalan sana sini laaa dengan duit tu !
Menariknya , kekadang duit tu dibaginya pada wife aku.. atau , dibiarkan atas sofa ! Amboiiiii… banyak duit nampakkkkk !!
Hurm.. dah 6 tahun , aku raya tak dapat duit raya ! Huwaaaaaaa !! Sayuuuuuuuuu…