Qhaliff ziarah pakcik blogger di Kelantan !

 

Darkbatman .. Pernah dengar ? Ahaaa.. Dia ni lama dah aku kenal tapi sayangnya … tak pernah bersua muka ! Borak di FB jer .. Rasanya kenal dia sejak awal mula berblogging.. Haaa.. Lama laaaa ! Dekat 6 tahun dah gituu ..

Seronok laaa Qhaliff kat sini haaa .. Ada ‘bird’ .. Ada ‘fish’ ! Kawasan kediaman ni , serupa kawasan percutian.. Memang best laaa kalau balik kampung beramai ramai terutama anak cucu haaa ..

Dah banyak kali dah aku deal nak jumpa Darkbatman.. Tapi aku tak berani nak drive lagi kat kawasan Kota Bharu , Kelantan ni.. Hehehe… Penakut skit ..

Alhamdulillah.. Sejak balik Kelantan sengsorang ari tu , aku jadi berani pelik.. Hahahaha.. Berani dah nak travel sengsorang.. Tapi kali ni , aku gi ngan Qhaliff la.. Saja bawak dia berjalan ..

Haa.. Ni la Darkbatman .. Satu tika dulu ,dia antara blogger yang top la .. Sekarang , bizi dengan kerja dia yakni jadi instruktor gym di Pengkalan Chepa tu ..

Photo: Mai singgah sini jap ..

Dah berani dia dengan orang .. Hurmm.. Dulu , mmg tak nak langsung .. terutama bila nak dukung ..

Haaahaha .. Seronok benar laaa dia dengan ikan ! Ikut hati dia tu , dia nak terjun masuk dan tangkap ikan ikan tuuu .. Huhuhuh.. Kena ajar scuba diving cam ni ..

Di rumah Darkbatman pon ada sangkar burung yang besar.. Huhuh.. Memang best laa ..

Kikiki.. kena keluar ! Kalau boleh , dia nak tidur je dalam tu ! Hahahaha ..

Cantikan ? Macam resort jer .. heheeh .. Dekat ngan pantai dah rumah dia ni .. Memang best laaa .

Dalam setengah jam je kitorang kat sini.. Pastu balik.. Tapi Qhaliff tak nak balik ! Ramai kawan kat sini.. Huhuh.. Teriak diaaaa ! Jenuh aku nak memujuk.. Kasi milo sekotak je.. terus diam.. hahahaha.. Pujuk la sangat yer ?

Esok .. nak berjalan lagi.. Weeee… Aku sorang jer..Qhaliff dok umah.. Pengsan aku bawak dia .. Tak leh amik gambar langsung kalau bawak dia .. Kena dukung dia .. Huhuh..

Tq bro Darkbatman sudi ajak ke rumah .. Memang cantik ! Jeles aii ..

4 ulasan:

  1. perghh..banyak jugak burung budgie kat rumah bro zainal zuhry

    BalasPadam
  2. cantik area umh darkbatman...

    brp lame dok klate ben? klu ben dok lame lg di klate jom sy belanja ben mee sup abe lie sohor di tanoh meroh, sy blk pertengahan bln 6.

    BalasPadam
  3. Wahh seronoknyerr Qhaliff masuk sangkar burung hehehe ..Mmg minat benoor ngan ikan nie ..

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.