Jangan upload gambar baby lagi !

by - Ahad, Mei 04, 2014

 

Nurse datang lagi hari ni.. 2 orang nurse yang sangat baikhati dan lemah lembut orangnya datang untuk buat checkup pada bayi dalam kandungan wife. Nak check jantung gitu..

Esok , kena ada di hospital sebelum 12 tengahari. Kalau tak bersalin gak hari ni , maka kena induce bersalin ! Apakah itu induce bersalin ni ? Ahaaa .. Meh sini aku cerita. Nasib baik aku ada kepakaran dalam bab bab ni .. Heee.. Pakar bab kedoktoran ke ? Heeee.. tak laa.. pakar bab backlink ke sumber yang lebih jelas dan jitu . Aku cerita kang , ada lak tak paham atau salah paham.. hehehe .. Meh baca kat JENIS INDUCE SEMASA BERSALIN / KELAHIRAN BAYI ni ..

Bila dah bersalin nanti , pastinya aku akan teruja nak upload gambar adik Qhaliff ke internet. Tapi … hurm.. nampak gayanya terpaksa la rakan rakan sabar selama 40 hari ..

Kenapa ??? Haaa la pulak ??? huhuh.. Dulu ok je ?? Aku tanya wife , kes Qhaliff semasa pantang.. Wife kata tiap malam Qhaliff menangis hingga bawak jumpa Ustaz utk kasi tenang .. Aku tak tau cerita ni sbb berlaku masa pantang di Kelantan dan aku ada di KL sebab kerja..

Hurmm.. Benarkah apa yang aku dengar ni ? Atau ianya cuma pendapat atau kisah yang diada-adakan jer ?  Ok.. terpulang pada korang selepas membacanya di Al Ain : Kenapa Tidak Upload/Siarkan Gambar Bayi..

Nama ada dah .. Andai kata benar perempuan , maka legalah aku.. Kalau lelaki ? Hurmmmm…  Kena pk balik dalam masa 7 hari .. huuu..

You May Also Like

2 comments

  1. salam, abang ben. betul lah tu pasal penyakit ain. mmg semua org teruja nak lihat dan tunjukkan gambar baby baru lahir. tp kalau jadi macam tu, jadi takut dibuatnya. bukannya baby baru lahir je. mcm umur2 qhaliff pun boleh terkena juga. anak saya yg dah sekolah tadika pun kena juga. yg penting banyak2 doa dijauhkan perkara2 begitu.

    semoga isteri abang ben selamat bersalin.

    BalasPadam