Merokok itu satu kenikmatan tak terhingga !

by - Sabtu, Mei 03, 2014

 

Malam semalam aku gi lawat ayah aku di HKL lagi dgn adik perempuan dan laki dia . Kali ni terpaksa gi malam sebab wife aku ada check up di sebelah siang. Jadi tak leh nak gi ..

Di wad yang mana dia ditempatkan , ada dua orang pesakit baru. Yang sorang tu ramah dan sorang lagi macam .. hurm.. Tak sihat.. Sian..

Bertanya khabar dengan ayah aku dan berborak macam macam hal mengenai rawatan dia .. Sesekali aku melemparkan pandangan pada pesakit sebelah ayah aku. Ada sesuatu bermain di kepala aku .. Hee..

Di masa yang sesuai , kebetulan aku duduk sebelah pesakit tu .. aku memulakan perbualan..

“ Sakit apa ? “

Dia senyum dan menjawab. Muda lagi.. Aku rasa dalam usia aku gak tu atau mungkin nak cecah 40an..

“ Tonsil' “ . Jawabnya. Aku meneruskan pertanyaan demi pertanyaan.. Dia jawab dengan tenang .. Hurmm.. Terpancar riak kekesalan di wajahnya..

Segalanya kerana rokok ! Huhuhh..

Aku tanya ayah aku .. Yang sebelah katil sana tu , sakit apa lak ?

“ Rokok gak laa kot.. “ .

Hurmmm.. Tu sebab aku kata , merokok ni satu kenikmatan ! Bila dapat sakit , masuk hospital. Ada nurse cun cun , muda .. amik berat ! Tlg kasi ubat , tolong periksa kesihatan dan pastu tidur jer.. Haaa.. Best la kan ?

Sebelum join sama lepak kat wad  bapak aku tu .. udah udah la tu merokok ! Bukan anda je susah bila ke ulang alik hospital.. Ramai lagi terbabit sama .. Bukan ungkit tapi ingat ingatla orang tersayang ..

You May Also Like

0 comments