Sebak di hati ..
Penat.. Qhaliff buat karenah malam tadi.. Dia tidur hampir jam 2 pagi. Terjaga dan menangis jam 4 pagi ! Tercari cari ibu dia. Aku pujuk dia .. Ajak tidur dalam buaian , dia tak nak .. Nak tidur dengan aku .. Maka tidur la aku ngan dia di atas tilam kesayangan ayah aku tuu..
Lepas subuh , aku sambung tidur jap. Dalam benak kepala aku dok fikir perancangan seawal pagi nanti ! Aku perlu ke Sungai Buloh , perlu ke Hospital Besar Kuala Lumpur dan perlu ke Hospital Putrajaya . Semua tu takde masalah pon tetapi masalah aku ialah Qhaliff ! Qhaliff bila terlalu lama dalam kereta , dia akan buat karenah.. Nak keluar dari ‘car seat’ dia tu.. Masa ni confirm aku akan kalut ! Hurmm..
Kul 9 pagi..Terjaga.. Satu masalah selesai.. Adik ipar akan antar maknya ke Hospital Putrajaya. Aku hanya perlu ke Hospital Kuala Lumpur jer.. Tapi nak gi camana ? Memandu atau naik teksi ? Fikir punya fikir , nekad je memandu. Pasti susah nak cari parking !
10.30 pagi , ada dah di wad ayah aku setelah setengah jam berpusing mencari tempat parking . Tu pun parking tepi jalan berhampiran Wad Bersalin. Hurmmm ..
Borak dengan ayah mengenai pembedahan dia. 2 hari lagi. Dia semakin dah boleh terima keadaan dia tapi tergambar di wajahnya kerisauan. Hurmm.. Aku wat wat tenang je. Kalau pandang lama sangat muka dia , mau gugur air mata kat situ gak .. Huhuh..
Aku paksa dia makan. Dia takde selera. Aku kata , aku pun takde selera tapi perlu makan juga untuk ada tenaga. Dicapainya sudu dan makan bihun yang aku bawa. Dengan aku , dia tak banyak karenah. Aku dan dia boleh dikatakan hampir punya sama sikap.
Tengok jam. Aku perlu beransur sebelum jam 1130. Qhaliff di rumah mak aku akan tiada penjaga. Mak aku terpaksa keluar sebab tugas sudah memanggi. Keluarga aku usahawan bas sekolah .
Aku bersalaman dengan ayah aku. Aku cium pipi kiri dan kanan dia .. Ditariknya tangan aku dan letakkan atas dada dia . Aku terkejut dengan tindakannya itu. Dia tak pernah buat gitu. Aku tahu , dia sayangkan aku sangat sangat. Kemahuan aku , dia tak pernah tak tunaikan ..
Terpancar air mata di kelopak matanya. Aku cekalkan hati. Kawal perasaan.
“ Nanti saya mai lagi .. “ . Yer , aku perlu datang lagi kerana aku ini anaknya .
Aku berlalu pergi dengan berat hati. Aku nak je teman dia kat situ sehingga dia keluar tapi itu mustahil kerana aku juga ada tanggungjawab lain. Aku perlu ke Hospital Putrajaya sbb wife dalam wad juga.
Dalam kereta , aku mengelamun dan mengalirkan airmata.. Segala kenangan sejak kecil bersamanya , bermain ..
34 comments
allahuakabar..meleleh air mate bc...Allah x menduga hambanya melebihi dr kemampuannya..benar, berat mata memandang..berat lg bahu yg memikul..bersabar & bertabah la abg ben..in shaa Allah segala urusan d permudahkan Allah swt..
BalasPadamyang baca ni pun jadi sebak...
BalasPadamharap ben tabah... Insya Allah, byk2 berdoa semoga segalanya dipermudahkan.. Amin..
BalasPadamtabahlah encik ben.. semoga semuanya dipermudahkan..amin
BalasPadamMoga urusan abg Ben dipermudahkanNYA.
BalasPadamberjurai airmata saya abang...:'(
BalasPadamabang ben.. menagis bc entry kali ni..
BalasPadamhurm.... =(
BalasPadambe strong ben...
pertama kali rasa sebak bc blog abang ben. Hopefully wife abg ben selamat bersalin dan ayah abg ben selamat menjalani pembedahan
BalasPadamsalam
BalasPadamsaya yang baca pon boleh sebak :(
Sedih... Semoga tabah... Doa bersama mu bang ben
BalasPadamsabar abang BEN...
BalasPadamsayu palk hati baca story abg ben ni....semoga dpermudahkan segala nye...amin...
BalasPadamAnak kepada ibu dan ayah,, suami kepada seorang isteri,, bapa pada anak anak yang dilahirkan isteri..tabah..sabar..Allah yang pilih dan Allah juga yang akan beri jalannya..tawakkal 100% padaNYA..
BalasPadamsabar ye abg ben :'(
BalasPadamkuatkan semnagat beben. InshaAllah ada sinar kegembiraan akan datang.
BalasPadamsedihnya :'( , kuatkan hati ye abg ben , insyaallah, segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT ...
BalasPadamStay strong ben..dugaan tu. Kuatkan semangat.
BalasPadamSaya sebak...Saya harap segala urusan en ben dan keluarga dipermudahkan...Harap en ben tabah yea, sementara abah ada selalu la di sisinya sebab dia perlukan kekuatan dan sokongan..
BalasPadammenangislah.. sbb kita manusia biasa, but be strong sbb dugaan dan ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada hambanya..
BalasPadamsabar ben...lelaki pun boleh sedih...kalau saya ni lagilah meleleh jekk
BalasPadammujur abg ben bekerja sendiri..kalau tak, lagi susah.. tabah ye..
BalasPadambila sentuh pasal mak ayah..mesti sebak dalam dada....
BalasPadamSedih. Kita yang baca pun sedih, apatah lagi abg ben yang alami. Moga tabah dan kuat salu abg ben. Aamiin InsyaAllah
BalasPadamdugaan untuk abg ben sekeluarga.moga Allah mempermudahkan semua urusan, dan semoga ayah abg ben akan segera sembuh.teringat masa ayah sy sakit kt hospital dulu, memg sedih sgt sb dia xpenah sakit, tiba2 xsedar.tp Alhamdulillah kami adik beradik tlg jaga,doa semua org, ayah kembali sihat.harap abg ben tabah mengharungi ujian ini.
BalasPadamMenitis air mata baca.. Terasa sebak dan terbayangkn situasi ni andai dri ini berada di tmpt yg sma.. Smga semuanya selamat.. Amin :'(
BalasPadamSobs sobs. :'(
BalasPadamSebak juga baca.. Moga Ben tabah menghadapinya..
BalasPadamMoga tabah lalui semua ni ben. Menitis air mata baca entri ni. Moga semuanya lancar...
BalasPadamSabar ye ben...Allah bersama org2 yg sabar. Berat mana pun ujian ni,ben kena kuat. Ayah,isteri,qhalif sgt2 memerlukan ben. Mmg saya sedih bila baca ni,tp saya tau ben holeh hadapi semua ini. Saya doakan keselamatan ben sekeluarga. Walaupun saya tak pernah bjumpa ben,saya rasa mcm ben ni kwn baik saya. Berdoa lah byk2. Mintak lah pd Allah ketenangan hati.
BalasPadamsyabas, kerana dapat melakukan tugas yang sama-sama penting di saat yang genting dengan baik dan lancar! semoga Allah mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat En Ben...
BalasPadamSomoga dipermudahkan semuanya..
BalasPadamalahai sedeynyer..bertabahlah yer encik ben..semoga dipermudahkan semuanyer...amin...
BalasPadamsedihnya...kuatkan hati yer...semoga ayah dan isteri abg Ben selamat semuanya..aminn...
BalasPadam