Geram dengan pengawal keselamatan ! Part HOSPITAL KUALA LUMPUR

by - Isnin, Mei 12, 2014

 

Bukan pengawal keselamatan laa tapi polis bantuan ! Huh ! Bagi aku , diorang sama je ngan pengawal keselamatan. Tukar ‘tajuk’ je.. Memang dulu pun asalnya nama pengawal keselamatan .. Dah tukar ‘tajuk’ poyonya lebih skit jer .. Maaf , tapi itulah hakikatnya !

Nasib baik aku mampu kawal amarah aku waktu tu.. Kalau tak , aku dah jadi cam bini Mat Yo tuu.. huhuh..

Apa kes ?

Gini.. Aku gi spital nak lawat bapak aku. Waktu tu hampir dah jam 12 tengahari… Hari Ahad gitu.. Orang kata hujung minggu ni , waktu melawat tak kisah .. Ok la gitu kan ? Sebelum ni pon , aku gi kul 12 , dah leh masuk..

Tapi hari tu .. hurmmm .. Aku sampai di depan pintu C. Aku tengok la si guard ni dok jaga. Tak kasi masuk.. Tetapi ada jugak dia benarkan masuk bersama sama budak kecik yang didukung mereka ! Hurmm.. Tak pe la.. Aku tunggu jap..

Cuaca , mmg panas terik laa.. Aku yang dah kepenatan berlari sana sini dari awal pagi , pastinya tak selesa dengan cuaca gitu..  Tengok jam , dah pukul 12.05 . Pelawat makin ramai dan makin membebel kat luar.

Aku jengok pintu masuk tu. Ada yang diberi masuk .. Ada yang keluar.. Ada yang kena tahan tak bagi masuk.. Aku pon usung anak buah aku yang umur 6 tahun tu , ikut sama masuk..

Di depan lif , sorang guard muda tahan aku. Tanya nak gi mana .. Aku kata la nak gi tengok bapak aku yang baru operation. Dia kata tak boleh sbb belum lagi waktu melawat. Dan kalau dia kasi pon , orang kat luar tu pon nak gak masuk !

Memang la nak masuk ! Dah lama kat luar !! Kejap kul 12 leh masuk.. Jap kena tunggu kul 12.30 ! Lagi pon berapa minit je lagi !! Takkan nak tunggu tepat baru nak bagi pastu berebut rebut orang nak naik ??? Haaaihhh … Kalau pi makan , boleh pulak awal ! Cehh..

Dia tetap tak kasi aku walaupun aku kata sekejap je.. Aku nak amik barang gak .. Dia kata boleh tapi aku kena tinggal anak buah aku tu kat bawah ! Huk alohhhhhhhhhhhh !!! Bodohnyaaaa !!

“ Kamu nak bertanggungjawab ke kalau dia hilang ?? Nak ke ??? “ Aku pandang tepat dia .. Dia cakap loghat utara , aku balas loghat utara..

Diam dia .. Dia kata tak boleh jugak.. Aku kata kalau tak boleh , kenapa orang lain boleh ? Kenapa dia benarkan yang lain naik bersama budak lak ???

Aku kata kat dia .. aku akan buat laporan .. Aku keluar dari situ ! Geram ! Tak sampai 12.30 , pintu tu dibuka dan pelawat dibenarkan naik ! Nampak tak ??? Kenapa kena tunggu orang penuh kat depan tu baru nak kasi naik ?? Tak menentu waktu melawat dia ! Ikut budi bicara ? Sapa dia nak menentukan budi bicara ??? Polis bantuan aka pengawal keselamatan jer !

Best part yer .. Kalau korang lalu situ dengan tunjuk air mineral , korang akan dibenarkan naik ! Keselamatan la sangat eh ???

Nak ikut prosedur , buat betul betul .. Jangan ikut mood atau ikut suka ! Aku tak kisah kalau budak tak leh naik.. aku pon tau risiko bawak budak ni .. Tapi sebab dah diorang kata boleh bawak naik , maka bawak laaa..

Aku up isu ni di FB.. bukan aku je ada masalah dengan pak guard ni.. Ramai lagi yg bengang tapi dipendamkan saja.. Malas nak kecoh kecoh atau amik video dan up di FB !

Aku lak .. kenapa kecoh kat blog ?? Nape tak tulis je ke Pengarah ? Sebab aku tau … tindakan lebih pantas jika masalah ni di buat tempat umum berbanding secara peribadi..

Aku terus takde mood nak duduk lama kat hospital . Sian ayah aku .. Sepatutnya hospital kerajaan ni , lebih bagus dari hospital swasta sebab yang membayar pembiayaian mereka ni ialah rakyat Malaysia ! Tak perlu nak kata , bayar skit je tapi nak demand lebih ? Bayar skit menda ! Celik celik mata je dah bayar cukai ! Cukai tu pi mana ? Semuanya tu pi ke sana gak laa.. Agak agak laa bila bagi alasan !

Satu lagi.. TAK RETI NAK SENYUM KE ????

Maaf , aku bukan nak hina POLIS BANTUAN tapi segelintir dari mereka buat rakan rakan mereka yang lain dihina dan dikritik !

You May Also Like

3 comments

  1. selalunya macam tu lah.. stress je kadang2 dgn pak gard yg jaga ... suka hati dia je pilih2 org..
    #sabar je la

    BalasPadam
  2. Betul la kenapa macam tu..PC pun mengalami situasi sama..yang peliknya seolah ada double standard..PC datang hospital nak hantar makanan..pak gard kata tggu waktu melawat 12.30..waktu tu jam 12.15 tghr..tak lama ada 2 orang anak dara la kot seksi meksi..nak hantar juga makanan ke wad yang sama PC nak pegi..dibenarkan pulak..PC tak marah tapi kesal..ralat..sedih sangat..ke nak kena seksi juga..seksa akhirat kena ingat juga..

    BalasPadam
  3. Tahan nafas, kentot kuat2 depan guard tu...hahaha

    BalasPadam