Cerita hari pertama di Hospital Putrajaya !

by - Isnin, Mei 05, 2014

 

Hurm.. Dalam pukul 9 pagi , aku ngan wife ke HKL terlebih dahulu. Nak lawat ayah aku sebelum ke Hospital Putrajaya. Bila sampai sana, ayah aku takde kat katil dia … Dia dibawa berjumpa doktor untuk ambil sampel daging dia .. Dia kata laaa ..

Tinggalkan barang yang dia pesan pastu terus ke Hospital Putrajaya.Sampai Hospital , sebelum pukul 12 tengahari. Kena pergi ke Unit Hasil untuk pendaftaran masuk wad.

Kaunter ada 5 tapi yang beroperasi , cuma satu. Orang yang menungggu , ramai lak tu.. Hurmmm .. Wife kena tunggu berbelas orang baru dapat sampai giliran dia. Seorang makan masa 10 minit gitu haaa .. Huhuhu..

Tak lama kemudian , baru semua kaunter dibuka ! Hurm.. Pelik aih.. Kenapa amik masa untuk buka semua kaunter sedangkan dah tau ada ramai sedang menunggu ???

Giliran wife dipanggil. Aku ikut sama .. Bla bla bla.. Dan kena tunggu .. Kata staff bertugas , takde katil kosong. Katanya lagi , tak lama pun nak kena tunggu.. Sebab katil yang ada sedang dibersihkan .. Tapi aku tak percaya !

Kemudian gi kantin minum dulu .. Aku plan nak tunggu dia hingga dapat katil. Tapi Qhaliff kat rumah mak aku , takde orang jaga waktu tengahari sebab mak aku kena amik budak sekolah lak .. Hurm.. Nak tak nak , lepas minum aku kena tinggalkan wife keseorangan di situ. Nasib baik dia dah biasa dengan menda menda ni .. Yelah , dah biasa travel jauh jauh atas alasan kerja.

Di kantin , ada sesuatu yang menarik perhatian aku setelah wife mintak aku tgk satu meja bersebelahan kitorang ni .. Kat situ ada baby comel sangat dlm stroller. Wife ckp parents baby tu mintak sorang makcik yang duduk sebelah table dia ni tgkkan baby dia dan laki bini tu gi amik makanan !!!

Aku tgk je baby tu .. comel .. Adoiyai.. Kot ye pon , gilir gilir laaaa amik makanan .. Makcik dan suami yang datang kemudian berkata pada suaminya ..

“ Haaa.. Yang tu suaminya .. “.

Huhuhu.. mesti tak puashati gak ! Boleh pulak tinggalkan anak kat orang tak dikenali semata mata nak gi amik makanan ? Haihhh ..

Lepas minum tu , aku terpaksa pulang dulu. Lagi pun staff tu kata tadi , tak lama tunggu katil . Kes terpaksa ! Bukan nak sangat balik pon.. Nak teman wife wooo .. Sian dia sorang sorang ..

Dan tunggu punya tunggu punya tunggu.. Hingga jam 3.30 petang.. masih takde katil ! Haihhh.. Tadi kata ada .. ni dah kata takde pulak ! Takkan hilang dari radar gak kot ??

Dia gi tanya staff di kaunter .. Dan aku difahamkan jika sampai pukul 5 takde katil , dia kena gi naik dewan bedah untuk bagitau kes dia ni ..

Hurm.. Aku up di Facebook dan ramai kawan kawan berkongsi pengalaman .. Teringat kes Qhaliff dulu .. pon sama gak. Dok kena tunggu kat dewan bedah je dia .. Tunggu punya tunggu , doktor tukar syif dan terus buat pembedahan ! Dia siap marah lagi sbb biarkan pesakit tunggu lama padahal dah ada arahan untuk segerakannya..

Entah laaa .. Aku tak salahkan sapa sapa pon. Sekadar ingatkan korang jer .. Menyimpan dari sekarang untuk amik hospital swasta .. Hee..

Tidur ngan daddy la dia malam ni .. Huhuh..

You May Also Like

8 comments

  1. Exp saya kat PPUM kali ni pun lagi teruk ben..huhu

    BalasPadam
  2. Memang tak patut sangat parent baby tu. Apa salah ambik makanan gilir2? Mula la nak mencar*t..huahua

    BalasPadam
  3. my bad experience kat Hospital Sungai Buloh thn 2010. depa xde ward/katil utk patient yg dok tunggu giliran nk masok labor room. sy start msk kol 9mlm.sampai kol 4ptg esoknya baru dpt masok labor room. so sepanjang tempoh tu ktowang cuma diberi satu bilik yg ada kerusi jer.kalo dpt baring pon skejap masa check ctg. hazab dan serik dah nk ke situ. dah la masa dtg mlm tu kaunter xde org.puas menunggu kt luar dekat nk sejam.alasan xckup staff. seb baik la sy tak terberanak kt dpn kaunter tu

    BalasPadam
  4. rezeki & bahagian msg2 berlainan..begitu juga ngn pengalaman d hospital..
    Sy berpengalaman bsalin dhospital gov juga.. ank sulung d hospital ampang & yg ke2 d hospital selayang...syukur alhamdulillah..dua2nya servisnye tip top & memuaskan hati..

    BalasPadam
  5. Rezeki dan bahagian kita masing2.
    Saya bru je anak sorg, Alhamdulillah pengalaman tu sangat indah untuk di kenang. Heee.

    BalasPadam
  6. Teruknya...

    Bila org buat aduan mereka kata mereka urus ramai pesakit tp bab mcm ni mana blh dipandang remeh.

    BalasPadam
  7. Normal bila di hospital kerajaan...terlalu ramai rakyat yang perlukan servis kerajaan...berbalik pada rezeki dan bahagian masing2 la semula...yang mampu patut beri peluang kepada yg lain...so mmg patut menyimpan la...hehehe

    BalasPadam