Di kota Paris minggu lepas.. Wah , rindu aku kat sana.. udara segar , kenderaan tidak mengeluarkan asap hitam langsung ! Kereta buruk camana sekali pun , takde nampak asap hitam ! Hurmmm .. Eh , salah isu..
Sambung.. Di kota Paris , setiap kali masuk ke mana mana kedai atau butik , pasti akan di sapa dengan ..
“ Bonjour .. “ dalam bahasa Perancis .. bermaksud '” Hello “ dalam bahasa English. Kiranya satu sapaan yang berhemah la.. Takde la nak sebut “ Yoooo yooo “.. Haaa..
Kita yang dengar pon akan membalasnya ! Sebab dah terlalu kerap dengar , maka kita yang berada di sana akan turut hafal ! Menariknya , ramai pesan dah .. kalau nak gi Paris , pastikan belajar serba sedikit bahasa sana. Yang asas pon ok dah !
Aku test gak la cakap.. “ Bonjour .. “ setiap kali masuk ke kedai .. Bunyi aku cam pelik skit .. Cam kedengaran “ Benjol “ pon ada .. Huhuu..
Dan satu lagi , “ Merci “ .. iaitu Terima kasih. Wajib cakap ! Bila mereka dengar , mereka akan balas dengan senyuman ! Haaaa.. Tu diaa ! Sepatah bahasa mereka mampu mengubah riak muka mereka !
Tapi bila mereka datang sini ? Apakah mereka akan belajar cakap bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia ? Haaa…
“ Shelemet Pegi .. “ .. Keras lidah ! Tapi mereka berusaha mengucapnya.. Kita yang dengar , secara automatik akan senyum dan bangga ..
Tapi sayangnya .. payah nak jumpa kan ? Bila mat salleh masuk jer . Terus bagi .. “ Hello.. “. Ada ke kita nak cakap “ Selamat Datang “.. Takde kan ? Takde kan ? Sekali lagi.. Takde kan ? Haaaa .. Kita malu dengan bahasa kita ke ? Aiseyman..
Hurm.. anak kecil kita.. Kecik kecik lagi dah dihantar ke taska dan belajar English.. Bahasa Melayu tunggang langgang lagi ! Bangga mak ayah bila anak cakap English.. Hurm.. Bahasa penjajah .. Kononnya bahasa dunia ..
Aku bukan menidakkan bahasa English ni .. Aku pun suka cakap omputeh ni ha.. Tapi setidaknya kan .. bila mereka di negara kita ni .. maksud aku , pelancong .. biarlah mereka cuba belajar budaya kita.. bahasa kita ! Bukannya kita kena belajar budaya mereka .. bahasa mereka , di negara kita ni ! Kan ?
Seperkara lagi .. Di sana , filem Hollywood atau filem luar , diorng alih bahasa ! Kat tv mereka di dalam hotel , payah laaa nk jumpa channel English .. Tu pengalaman aku la.. Kalau korang jumpa , ok la tu.. aku je la tak jumpa ..
Belajar bahasa luar ni bagus tapi jangan sampai merendahkan bahasa sendiri ! Kalau boleh , biarlah mereka belajar bahasa kita bila mereka di sini dan kita belajar bahasa mereka , bila kita di sana ! Pertukaran budaya secara terhormat ..
“ Buuu.. shoe .. “. Qhaliff kata ..
Bila pulak aku ajar Qhaliff cakap omputeh ? Bapak dia ni coklat warnanya dan berdarah Pulau Pinang.. Mak dia , Kelate.. Apahal dia cakap shoe ?? Tak reti cakap ‘kasut’ ke ?
Hurm… Nak cakap omputeh tu tak salah tapi jangan tercicir bahasa yang indah ini .. Ni lahir kat Malaysia , cakap melayu pon hancur ! Aper celita ???
Sekadar pendapat aku ..