Aku dapat satu lagi tawaran baru dari sebuah syarikat penerbitan terkemuka. Terharu aku sebenarnya bila dihargai begini. Bukan apa , entri aku ni kan banyak santai jer.. Rileks dan tatabahasa langsung tak leh dijadikan model untuk pelajar yang nak lulus UPSR. Hehehehe..
Biarkan dulu part tu .. tunggu sampai jadi kenyataan. Alhamdulillah , sejak bergelar blogger ni .. aku dapat apa yang aku tak pernah impikan malah merasakan ianya satu mustahil melainkan jika aku ni bergelar artis !!
Antaranya ? Hurm.. Dapat undangan berada dalam Majalah Pa&Ma sebanyak dua kali merupakan satu mimpi menjadi kenyataan. Kenapa ? Sebab wife aku adalah pelanggan utama majalah ni ! Dan sapa sangka , majalah yang sering dia beli ni , suami serta anak anaknya menghiasi salah satu ruangan di dalamnya.
Dan pastinya , gambar yang tak pernah bosan aku tengok ni .. malah menjadi sumber inspirasi aku untuk menulis dengan lebih menarik .. adalah satu mimpi yang tak pernah aku mimpikan telah menjadi kenyataan.. Segala-galanya hanya kerana aku ini seorang blogger !
Ada banyak lagi sebenarnya .. semua dah aku ceritakan di blog ! Kenapa aku dok ulang cerita ? Sebabnya aku nak bagitau , apa yang aku dapat ini adalah hasil dari usaha , berkat kesabaran dan yang paling utama ialah sokongan wife , rakan rakan pembaca dan juga rakan rakan blogger terutama rakan dari #kelabbloggerbenashaari !
Aku pernah jadi pengaturcara komputer , penganggur , guru sandaran , peniaga pasar malam , penjawat awam .. dan sesungguhnya , inilah pekerjaan paling lama pernah aku buat ! Dan ternyata inilah profesion yang aku nanti nantikan ! Aku mmg gilerkan mata pelajaran Karangan sewaktu di sekolah rendah lagi .. Nampaknya , cita cita aku dah pon tercapai .. cikgu !