Adeh… setiap malam , pasti bergaduh dengan aku atau mak dia ! Kalau tak dengan aku , dia akan cuba cari gaduh dengan Zahra ! Caranya ? Dia ganggu adik dia tidur … Dia nak bermanja sebenarnya tu..
Dia lompat lompat atas katil.. Saja bagi adik dia terjaga.. Aku tengok je ? Geram laaa wooooo .. Rasa nak geget dia jer ! Haish.. bila geget dia , lagi dia buat ! Hurmm..
Tu berlampin je tu.. Kenapa ? Sebab lepas mandikan dia , dia akan lari satu rumah .. kejarlah dia sampai dapat.. pastu sila berusaha pakaikan baju dia… Hurmm..
Camana nak bagi dia tidur ? Selagi mana aku ada depan dia , dia akan berjaga ! Kalau aku menyorok atau naik ke bilik atas , barulah dia cari mak dia.. Tak sampai 5 minit .. lena !
Bila dah dapat tidur .. Tak hengat dunia dahhhhh .. dua dua sama !