9 bulan.. sekali pon tak pernah demam walaupun selepas disuntik. Tapi kelmarin dia demam.. Bila dia demam , tu diaaaa.. memang manja abiss ! Asyik nak berkepit jer atau nak nangis.. Sama macam mak dia la.. tapi bukan la part berkepit atau nangis .. payah nak demam tapi bila demam.. hurmm.. terbaring jer ! Seingat aku la, sepanjang aku berkahwin dengan dia , hanya beberapa kali je demam berbanding aku.. kerap gak la demam ! Hehehe..
Berbeza dengan Qhaliff yang mudah demam..
Dan yang keduanya .. nyamuk tak gigit dia ? Hurmmm.. Aku tak pernah nampak kat badan wife aku , gigitan nyamuk ! Hurm.. pelik ? Orang kata faktor darah ! Hurmm.. Entah laaa..
Qhaliff mudah benar digigit nyamuk. Nasib baik la ada Magic Lotion yang boleh aku sapu kat badan Qhaliff tiap kali nak gi tempat yang disyaki ada nyamuk.. Huhuh..
Aku pon mudah digigit nyamuk ! Hurmm.. Tau tau , merah dah kaki atau tangan.. Hurmm.. Apakah aku ada pertalian darah dengan nyamuk ???
Aku terfikir.. Bukan soalnya bagus atau tidak tapi soalnya , apa gunaya ada ramai tapi yang benar benar ikhlas ?
Aku bukanlah persoalkan sesiapa cuma terfikir je la.. Kalau aku terlantar di hospital , sapa antara puluhan ribu itu akan datang ziarah ? Tapi bila aku ‘bersuara’ di media sosial , ramai je LIKE dan sokong ..
Tertanya jugak… apakah aku sebenarnya keseorangan di dunia ini ? Hurmm.. Aku tak salahkan sesiapa di sini.. melainkan diri sendiri yang mencari jalan ini..
Tabung Haji untuk gi haji .. SSPN untuk sambung belajar dan Insuran untuk .. kawin ? Hahahaha .. Ok la kan ? Untuk masa depan anak anak.. Takde la nanti diorang berhutang sana sini..
Beli kereta? Hurmm.. Cari duit sendiri ! Daddy tak de duit nak sponsor bagai aihhh… Tak pon ,amik je nanti kereta daddy ni.. Er , boleh daddy beli kereta baru.. lalalala …
Baru tau nama penuh aku ? Hurm.. Aku sendiri pun baru tau gak tu nama penuh aku ..
Orang kata laa.. Baby ni seronok main ngan dia di antara usia 1-2 tahun. Waktu ni , diorang cute sangat ! Dah boleh merangkak.. bertateh.. cakap jerman .. ketawa … Eh ??
Qhaliff dan Zahra.. Zahra ketika ni memang seronok main dengan dia.. Dia lom tau nak berkawan dengan orang lain.. Maka sesiapa saja yang dukung dia , akan jadi teman mainan dia .. hehehe ..
Qhaliff ? Hurmmm… Dah pandai cari kawan.. Asal jumpa kawan.. lupa terus daddy dia ni ! Hurmmm ..
Qhaliff dah hampir jejak 3 tahun.. Zahra , 9 bulan.. Hurm.. Tengok la nanti camana ..
Bawak dia gi mana mana , memang seronok. Dia mudah mesra dengan orang dan orang pun mudah mesra dengan dia ! Tapi masalah dia ialah.. dia tak suka dipegang tangannya ! Adehh .. Memang geram betul ngan dia ..
Tapi tiap kali geram aku di tahap tertinggi , cepat cepat aku ingat kembali dia di saat kecil dulu .. Aku tatang dia bagai minyak yang penuh dan dialah amat murah rezeki .. Ini sekadar ujian Allah pada aku untuk besarkan anak yang bijak ..
Tiba-tiba hati jadi lembut tapi aku keraskan kembali ! Kena ingat skrip Anak Ku Sazali … Kang dia salahkan aku sebab manjakan dia ! Hurmmm ..
Namun berpada padalah kan.. Jangan marah kaw kaw budak sebesar Qhaliff ni.. Bukan reti apa pon.. Dia lupa jap jer .. Kena kawal amarah tu ! Hurmmm…
Pernah tak rasa malas, rasa boring, rasa berat je badan nak keluar rumah? Sebab nak kene iron tudung la, iron baju la, belit lilit tudung sampai cantik mantik, baru confident nak keluar, tapi…. MALAS!
Haa… ni ada satu tudung instant yang super comfy, tak perlu iron, lagikan mudah dibentuk. Diperbuat dari kain cotton lycra yang berkualiti tinggi dan dijahit penuh kasih- sayang dari Zeez, Belle Instant shawl ni mesti akan jadi korang punya ‘new favourite hijab’ tau.
Mudah sangat dipakai, sekali lilit je dah terus cantik terletak, orang jawa kata, ‘effortlessly beauty’ lah. Lagi-lagi bila nak solat, Belle instant shawl ni mudah ditanggal ketika ambil wudhuk, dan dipakai selepas solat, tak perlu susah payah ambil masa untuk beria pakai dengan pin, sebab Belle instant merupakan shawl pinless yang jadi best selling di physical store zeez sekarang.
Untuk batch pertama Belle Instant, Zeez cuma keluarkan 3 warna utama sahaja. Warna yang senang match dengan semua baju hakak-hakak sekalian iaitu, Black, jade Grayed dan Dusty Pink. Harga pun sangaaaatttt berpatutan sehingga menangis air mata darah la katanya, cuma RM 50 untuk per pieces.
Maklumlah kan, sekarang ni semua orang nak cepat, masa itu kan emas? Jadi Instant shawl jawapan kepada keserabutan anda. Ceh… Macam mana nak dapatkan belle instant shawl ni?
Ok…korang boleh datang walk in terus ke mini boutique Zeez di : Blink Souk Bazaar, Lot 7, No. 15, Jalan Plumbum Q7/Q, 40000 Seksyen 7, Shah Alam. Atau boleh contact :
FB : Zeez Collection
IG : Zeez_zz
No : 018 782 1494
Website : www.Zeezbyzz.com
Email : Nurul.Aziera1@gmail.com
Patutnya , lepas subuh hari ni .. aku sekeluarga bertolak ke Kelantan atas misi menghadiri majlis perkahwinan pasangan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari ( #kelabbloggerbenashaari ) iaitu Qaseh Dalia dan Kyle Ril tapi terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab..
Pertama , mek di bawah ni demam buat pertama kalinya !
Demam nak tumbuh gigi lagi ? Demam nak besar ? Demam nak bercakap ? Demam nak berjalan ? Atau ? Apa pun , suhu dia kena pantau. Malam ni saja 2 kali dah dia mandi.. Hurmm..
Alasan ke dua , aku ! Aku dah terlalu penat minggu ni . 3 hari ni saja aku asyik berlari sana sini untuk selesaikan kerja yang tak selesai selesai ! Hurmmm .. Ditambah lagi dengan insiden bangun awal semalam ( Gara-Gara Semalam ‘Merah’ ! ).
Stress ! Bila terlalu stress , anak akan jadi mangsa ! Sebaiknya kena banyakkan rehat .. Hurmm. Ditambah lagi dengan Qhaliff yang semakin bijak tapi sangat menduga kesabaran aku dan isteri. Huhuhu.. Saja nak tunjuk dia mogok la tuuu ! Hurm..
Ini bermakna , minggu ni .. rehat kat rumah je la.. atau gi mana mana tanpa internet selama 24 jam ! Persoalan .. mampukah ???
Kelantan di bawah pimpinannya , aman dan makmur. Walaupun tiada bangunan serta kemudahan canggih , secara jujur aku katakan rakyat Kelantan amat selesa dengan keadaan sekarang .. Malah aku sendiri bila ke Kelantan , terasa seakan satu semangat bila berada dalam negeri ini.
Tanggal 9.45 malam , 12hb Februari 2015.. seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan pemergian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau lebih dikenali sebagai Tuan Guru di rumahnya.
Satu kehilangan terutamanya rakyat Kelantan yang amat menyayangi dan menyanjunginya.
Semoga Allah cucuri rahmat buat rohNya.
Udara persekitaran kita makin kotor ! Dengan asap kereta .. asap rokok dan macam macam lagi asap ! Hurmmm .. Kesannya ? Muka jadi gatal ! Bila gatal , mulalah nak garu .. Haishhh !
Sekarang , masalah aku selesai ! Aku guna je kedua dua produk ni terlebih dahulu .. kasi cuci muka kaw kaw punyaaa ! Gerenti puashati !
Pastu baru guna ni ! Hehehe.. Barulah muka rasa lembut jer ! Tetiba rasa pipi diri sendiri cam pipi baby ! Lembut jer ! Auwwww !! Hahahaha …
Mana nak dapat ? Gi ke ke www.cosmoderm.com.my ! Beli online atau ke Guardian.. InshaAllah ada..
Abang long akan tewas dahulu. Dan Zahra , tenang sehingga jam melebihi pukul 12 tengah malam ! Mata ibu , dah mula membengkak.. Hahahaha .. Menahan sabar jer ..
Nak tidurkan Zahra , payah sikit sebab sebelah siang dia dah recharge tenaga dia kaw kaw punya ! Nak tak nak kena biarkan dia tidur sebab siang aku kekadang keluar gi meeting dan aku mintak orang tua aku tolong jagakan. Huhuhuh.. Dan Zahra memang rapat ngan nenek dia ! Pantang nampak.. Hurmm..
Malam menjelma ? Hurmm.. Sengih minah ni ! Huhhh…
Ke dia ikut orang ? Terutamanya rakan rakan atau mereka yang kerap jumpa ? Hurmmm..
Sekarang ni , Qhaliff memang cukup suka menangis dengan cara gitu ! Sememangnya dia berjaya buat daddy dia geram kat dia ! Grrrr ! Rasa macam nak gigit je dia ! Huhhhhh..
Dulu bila dengar anak orang menangis meraung raung , pastinya aku akan berkata ..
“ Nape la tak turut je kehendak anak dia tu.. kan senang .. “.
Sekarang , aku dah tau jawapanya ! Bagi muka , silap besar laaa ! Memang dia akan buat lagi ! Kena reverse psikologi ngan budak budak ni ! Dan kena banyakkan bersabar.. Terus terang , kekadang aku pon hilang sabar gak.. Hahahaha ..
Alhamdulillah.. Semakin hari semakin diterima blog aku ni walaupun penulisannya banyak berkisarkan anak anak dan diri sendiri. Ada gak la pasal lain tapi sesekali je la.. Hehehe..
Tahun 2014 , job paling gempak ialah ke AirBus di Perancis. Dan tahun ni , pembukanya memang best ! Cosmoderm , MotherCare dan yang terbaru ialah Toyota Vios 2 ! Tiga impian yang menjadi kenyataan untuk tahun 2015 dan banyak lagi yang mendatang..
Alhamdulillah.. Tamak tamoooo yer ! Kerja mau cun.. On time ! Jaga nama baik. Nanti orang tak percaya , payahhh ! Kan kan ?
“Bang , bangun bang ! Dah 6 lebih dah !! . Kang merah lagi ! Tak larat la asyik merah jer.. “. Wife bebel dah…
Adehhh ! Ngantuknyaaa .. Terus pengsan rupanya aku semalam selepas siap buat kerja aku.. Haih , hari hari cam ni leh kurus aku dibuatnya ! Lari sana sini setiap pagi.. hurmmmm ..
Aku bangun , cari seluar jeans aku.. Hurmm.. Berkedut ! Sempat ke nak keluar sebelum 630 pagi ni ! Adoiyai.. Nasib baik ada Vios tu.. Conifirm leh pecut 160kmsj punyaaa ! Kalau Livina tu , dah slow dah.. Maklumlah , dah cecah 80 ribu km.. Huhuhu..
Siap iron seluar , iron baju. Pastu mandi ala ala P.Ramlee sebab dah lewat. Aku cuma ada 6 minit untuk siapkan segalanya ! Dan tadaaaaa ..siap !
Amik wudhu , solat subuh.. Pastu bukak pintu rumah.. hidupkan enjin dan masukkan semua barang barang dalam kereta. Wife dah siap.. bawak keluar Zahra.. Aku masuk kembali dalam rumah untuk amik Qhaliff.. Waahh..nyenyak tidur diaaa .. Sian dia ! Hari hari ganggu tidur dia ..
Siap semua ! Masuk dalam kereta.. duduk.. Tiba-tiba wife tanya …
“ Bang , cuba tengok jam. Pukul berapa ni ? “ .
Ah sudahhhh.. takkan dah kul 7 lebih.. Tengok kereta jiran jiran masih ada di porch memasing .. Kemudian aku tengok jam..
5.40 pagi !!!!!!!
Aku tengok wife , kecik besar kecik besar ! Dia ketawa berdekah dekah sampai keluar air mata dia ! Grrrrr….. Aku nak berak pon tak sempat gara gara dia punya nak kejar punch card !!!!