Gara-Gara Semalam ‘Merah’ !

 

Bang , bangun bang ! Dah 6 lebih dah !!  . Kang merah lagi ! Tak larat la asyik merah jer.. “. Wife bebel dah…

 

Adehhh ! Ngantuknyaaa .. Terus pengsan rupanya aku semalam selepas siap buat kerja aku.. Haih , hari hari cam ni leh kurus aku dibuatnya ! Lari sana sini setiap pagi.. hurmmmm ..

Aku bangun , cari seluar jeans aku.. Hurmm.. Berkedut ! Sempat ke nak keluar sebelum 630 pagi ni ! Adoiyai.. Nasib  baik ada Vios tu.. Conifirm leh pecut 160kmsj punyaaa ! Kalau Livina tu , dah slow dah.. Maklumlah , dah cecah 80 ribu km.. Huhuhu..

Siap iron seluar , iron baju. Pastu mandi ala ala P.Ramlee sebab dah lewat. Aku cuma ada 6 minit untuk siapkan segalanya ! Dan tadaaaaa ..siap !

Amik wudhu , solat subuh.. Pastu bukak pintu rumah.. hidupkan enjin dan masukkan semua barang barang dalam kereta. Wife dah siap.. bawak keluar Zahra.. Aku masuk kembali dalam rumah untuk amik Qhaliff.. Waahh..nyenyak tidur diaaa .. Sian dia ! Hari hari ganggu tidur dia ..

Siap semua ! Masuk dalam kereta.. duduk.. Tiba-tiba wife tanya …

Bang , cuba tengok jam. Pukul berapa ni ? “ .

Ah sudahhhh.. takkan dah kul 7 lebih.. Tengok kereta jiran jiran masih ada di porch memasing .. Kemudian aku tengok jam..

image

5.40 pagi !!!!!!!

Aku tengok wife , kecik besar kecik besar ! Dia ketawa berdekah dekah sampai keluar air mata dia ! Grrrrr….. Aku nak berak pon tak sempat gara gara dia punya nak kejar punch card !!!!

19 ulasan:

  1. Hahaha.. terawal takpe jgn terlambat. Dulu dok umah sewa kawan pusingkan jarum jam awal sejam.. lagi jahanam.. bagun pagi macam biasa ingat terbangun awal, kehulu kehilir lenggang kangkung dengan towel.. siap tgk tv lagi.. skali keluar buletin pagi.. cantik pukul 9 sudah..!

    BalasPadam
  2. Hahahaha...awal nya g punch kad..

    BalasPadam
  3. hahahaaa.. tu solat subuh waktu anjal ke kikikiiii

    BalasPadam
  4. Allah... kelakarnya. Hahaha. Suspen je masa mula-mula baca tu. Last-last... hmmm... hehehe. kita yang baca nie je pun dah suspen apatah lagi En. Ben nie kan? Hehehe.

    BalasPadam
  5. hahaha bior terawal, jgn terlambatt hehe

    psst bro, lawa jam ;p

    BalasPadam
  6. Hahaha pandai kak zila troll aben ye!

    BalasPadam
  7. hahahahahahahah terbaikk kak zila hahaha

    BalasPadam
  8. hahaha.. pengajarannya.. walau terlambat macam mana pun tengok semua jam yang ada dalam rumah pukul berapa.. ;)

    BalasPadam
  9. hahahahahahhahaha...

    adehh...awalnyeee....

    lawak sungguhhhh....

    BalasPadam
  10. Saya pun pernah ada pengalaman yg sama, kalut gerak anak-anak mandi nak p sekolah. Bila keluar rumah cam pelik kereta jiran sebelah menyebelah dok ada lagi. Tengok jam betul2 baru 3 pagi huhuhu

    BalasPadam
  11. Hahahaha... Terbaik kak zila punya troll... Sampai kak zila sendiri pun terkena...

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009