“ Ben… upload la sekali gambar wife ! Nak sangat tengok ! “.
Huih… sebenarnya aku dah upload beberapa kali gambar wife aku di FB dan jugak blog. Tak lama kemudian aku turunkan kembali kerana tempoh ‘pertunjukan’ dah abis.. Hehehe.
Kenapa aku keluarkan gambar wife ? Banyak faktor sebenarnya tapi yang paling penting adalah untuk keselesaan dia ketika di pejabat. Dia tak nak dikenali orang.. Dia nak buat kerja pon senang.. Dia kurang gemar nak bicara soal aku dan blog ketika waktu kerja. Heee..
Yang kedua … soal keselamatan gak.. Anak anak aku , tak pe.. diorang dengan aku senantiasa. Wife kena gi kerja. Maklumlah , nanti orang ingat aku ni banyak duit sangat. Walhal aku ni kais pagi bayar GST. Kais petang bayar GST. Kais malam , bayar tol dan petrol ! Haaa.. Takde duit wehhh !
Memadailah korang kenal aku dan anak anak aku jer.. Kalau jumpa di luar tu , tegur je la.. Aku tak de la tutup muka wife aku dengan sarung muka bila berjalan jalan di luar sana tu..
Seperkara lagi.. faham faham je la ragam manusia ni di media sosial ni ! Tu yang aku kena jaga jaga gak.. Cukuplah aku je jadi sasaran diorang.. kan ? Tak yah libat orang lain.. kan kan ?