Korang pernah tonton rancangan Hi-5 di tv kan ? Teringin nak tengok konsertnya secara langsung di depan mata , bersama sama anak anak korang ? Fuh.. mesti seronok punya kan ? Hehehehe..
Bagi yang kenal Hi-5 ni , ini peluang korang nak tonton konsert ‘Hi-5 House of Dreams Tour in Malaysia 2015’ di Istana Budaya secara percuma ! Tapi.. tapi.. Haa !
Bagi yang berminat nak dapatkan tiket free , korang kena join pertandingan ni ! Ala.. senang jer ! Berbaloi ok !! Setiap pemenang akan dapat 4 keping tiket VIP yang mana harganya RM1,216 ! 5 pemenang akan dipilih pihak penaja yang mana program ni ditaja oleh Enrich Junior Programme by Malaysia Airlines.
Untuk mereka yang segan join , boleh je beli tiket terus. Manakala bagi pemegang kad keahlian Enrich , ada 10% diskaun yer.. Sila guna kod – enrich10.
Ok… Bagi yang nak tiket free ! Jom ikut langkah langkah yang aku bagi ni..
- Rakam video anak korang sedang menari atau menyanyi salah satu lagiu dari Hi-5 atau hantarkan gambar dan namakan lagu Hi-5 yang anak korang suka di Facebook atau Instagram.
- Lengkapkan ayat .. "Saya layak untuk memenangi tiket ini kerana..." (20 patah perkataan atau kurang) - Bahasa Melayu. atau dalam Bahasa Inggeris , "I deserve to win these tickets because..." (in 20 words or less).
- Bagi yang ada BLOG.. sila update mengenai penyertaan anda dan jika tiada , update je di Facebook dan Instagram dan pastikan status korang tu di set "PUBLIC" dan wajib guna "hashtag" #todayishere #malaysiaairlines #EnrichUrLife #EnrichJunior !!! Ok.. Korang TIDAK DIWAJIBKAN menghantar penyertaan melalui semua media sosial yang ada. Mana yang ada jer . Tak kira la dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris.
- Siap ? Ok.. seterusnya .. Sila hantarkan link url penyertaan korang seperti URL BLOG, URL FACEBOOK, URL INSTAGRAM atau TWITTER di ruangan KOMEN di bawah entri ini. Tak hantar , jangan salahkan aku kalau juri tak tengok yer..
Itu sahaja!!! Mudah kan? Tak mudah ? Cer baca balik sampai paham ! Mudah je pon !! Adoiyai.. Berbaloi la bagi yang minat Hi-5 ni !
Tunggu apa lagi ? Tarikh akhir penyertaan ialah 23 November 2015 dan pemenang akan diumumkan pada 28 November 2015 dan tiket tiket boleh diambil pada 30 November hingga 9 Disember !
Terima kasih pada yang sudi join contest ni ! Dan semoga berjaya ! Kalau menang . leh kita lepak sama sama nanti ? InshaAllah..