Kali ke dua aku menontonnya tanpa sengaja di channel Food Network. Rancangan Restaurant Imposible ni sedikit sebanyak mengajar aku bagaimana nak mengendali 'manusia' . Hehehehe.. Di samping idea dan cara dia dan 'kakitangannya' mengubah sebuah restoran yang dah hampir mati , kembali bernyawa ! Fuhhhh.. memang best ! Perubahan termasuk dari dekorasi restoran dan juga makanan. Dan dia juga ajar camana nak promotekan restoran dari zero to hero !
Kali ni dia mengubah MARIE'S @ UMMAT CAFE. Menariknya , sebelum dia mengubah suai restoran ni , dia dapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu ! Ini kerana restoran ni adalah milik orang Islam dan hanya hidangkan makanan Halal saja !
Selepas dapatkan nasihat , dia berbincang pula dengan pemilik restoran. Bagaiamana hubungan dia dengan staff.. Ada masalah ke ? Haaa... Macam macam wooo !
Masa yang diperlukan dia untuk mengubah restoran dan juga pengurusan restoran ni cumalah 2 hari ! Bukan mudah tapi dia berjaya lakukannya !
Adalah satu kepuasan bila melihat orang lain gembira !
Rancangan seperti sepatutnya diperbanyakkan di negar kita.. bukannya asyik asyik nyanyi.. kecik kecik dah didik jadi penyanyi.. hurmmm..Lahir lahir dah bercita cita jadi penyanyi..atau pelakon ! Hurmmm... Jadi usahawan ? Bila takde kerja , baru terpikir .. hurmm..