Gara-gara Zahra tak nak duduk diam selepas siap makan di salah sebuah restoran , aku bawak dia berjalan bermain di bahagian dalam Alamanda dan dalam tak aku sedari , Qhaliff yang sedang makan bersama mak dia , turut mengekori aku !
5 minit kemudian wife call aku.. tanya apakah Qhaliff bersama aku ? Aku jangka dah… hurm.. Terus aku cari dia. Cepat cepat aku balik ke restoran tadi. Aku suruh dia tunggu je kat situ. Sebab aku tahu sangat Qhaliff ni. Bila dia nak merayau , dia akan tengok dulu dari mana dia bermula dan ingat jejak jejak dia. Dan aku cari di bahagian dalam.
Gambar di Legoland baru baru ni.
Baru nak bergerak.. wife panggil aku..
“ Tuuuu Qhaliff.. “
Aku pandang dia.. Hurm.. Tuu dia ! Jauh tuuu.. Dok berjalan sambil hayunkan pedang dia. Kemudian dia berhenti depan tukang sapu sampah. Kelihatan dia bertanya sesuatu dan mamat bangla tu seperti tercari cari sesuatu. Aku tahu dahhh..
Aku jerit kat Qhaliff.. Dia nampak aku dan berlari. Kelihatan pucat muka dia..
“ Daddyyy.. “. Dia hayunkan pedang dia.. Cuak la tuuu…
“ Daddy pesan apa ? Takut ? Hurmmm… Tuuuu.. ibu cari Qhaliff..”.
Wife sambung bebel.. hurmm…