Impian jadi kenyataan. Lama dah aku teringin nak ke Taman Negara. Dan Han Rainforest Resort menjadikan impian aku tu ,satu kenyataan dan ianya tidak dapat dilupakan sampai bila bila !
Seramai 35 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari serta beberapa orang media telah menikmati satu pengalaman yang cukup menarik di Taman Negara Kuala Tahan , baru-baru ini di bawah kendalian Han Rainforest Resorts.
Ok.. aku mulakan dengan penginapan. Walaupun Han Rainforest Resort ni dilanda banjir tahun lepas , mereka telah bangkit kembali dan memberikan kemudahan yang cukup terbaik buat para pengunjung. Bilik yang disediakan untuk aku , tiada television ! Mula mula agak terkejut tapi selepas semalaman di situ , baru aku paham.. aku takkan ada masa untuk tonton tv ! Menurut mereka , sebelum banjir , ada tv.. Heheheh…...
Ada kedai runcit. Tempat urut kaki.. Restoran. Pengangkutan. Segalanya ada dah di situ ! Selesa , tenang dan menarik ! Hehehe..
Aktiviti ? Ada banyak pakej di sediakan. Dan aku cadangkan korang untuk mencuba… Hehehehe..
Perkhemahan di perkampungan orang asli !
Jungle Trekking !
Rapid Shooting !
4WD
Pokok Tualang ( pokok paling besar di Asia Tenggara )
Lata Berkoh
Dan banyak lagi aktiviti aktiviti yang menarik di Taman Negara Kuala Tahan ! Serius best giler ! Dan inshaAllah , kami akan kembali ke Taman Negara ini…
Aku syorkan korang menginap di sini kalau ke Taman Negara Kuala Tahan ! Confirm puashati !
HAN RAINFOREST RESORT
Co No : 673437-T / KPL 4647 Kuala Tahan, Jerantut, Pahang, Malaysia 27020
- 09-2667888
- hanrainforestresort@gmail.com