Gadget… aku merujuk pada telefon pintar dan juga tablet. Bukan permainan video game cam Playstation tu eh.. hehehe.. Aku tak pernah kasi kat anak anak aku main game.. Walaupun Qhaliff pernah mintak nak main PS4.. aku tak kasi ! Game memang boleh kasi gian ! Hurmm..
Ketiga-tiga ni aku punya.. Bukan aku punya.. tapi ‘orang’ kasi pinjam jer.. Guna je , katanya.. Hehehe.. Maka Satu aku bagi Qhaliff guna , Zahra guna satu dan aku guna la satu lagi.. Sorang satu ! Fuhhh… Giler laa !
Ada pakar mengatakan tak bagus kasi anak anak bawah 12 tahun gadget ni ! Aku setuju ! Kalau bagi pastu biar dia main sorang sorang , itu aku tak setuju.Sebaik baiknya bagi dan mereka duduk sebelah kita , kita pantau 100% .
Ini zaman teknologi moden. Aku sendiri pon serba salah kasi atau tak. Yang pertama.. mengikut pengalaman aku la.. kebanyakkan budak budak yang ‘diluar kawalan’ tu sebab takda pantauan sama sekali ! Kemudian diorang tak bersosial. Hanya main gadget tu jer ! Permainan lain tak !
Qhaliff dan Zahra . macam macam ada. Di rumah , mereka akan punggah permainan mereka.. Huru harakan rumah dulu.. bermain bersama hingga penat. Kemudian mintak susu dan tengok tv. Kalau tv dikawal oleh mak ayah , baru diorang mintak gadget ! Itu pun kalau aku ada rumah. Kalau takda , diorang jgn mimpi nak tengok tab sama sekali !
Secara jujurnya.. Qhaliff banyak belajar cakap omputeh melalui Youtube. Memang ada baik dan ada buruk. Terlalu banyak buruk dari baik sebenarnya Youtube ni. Takda kawalan ! Sebab tu kena pantau sangat sangat ! Jangan kasi lesen tengok sorang sorang .
Zahra.. kalau tengok abang dia main tab , dia pon nak. Kalau abang dia tak main.. dia pon tak kisah ! Mengikut si abang.. Mas anak tidur , memang nak main tab dulu tapi…
“ No tab ! “ . Kata mak dia ! Aku senyum je.. Kalau diorang payah nak tidur , maka buat aktiviti.. cam main flash card.. Terus terang , aku banyak kali dah beli flash card. Memang akan hilang atau rosak. Kali ni kena jaga elok elok. Huhuh..
Bukan mudah nak besarkan anak anak di zaman penuh cabarann ni. Kita sekat mereka , mereka boleh jadi ‘jakun’. Kalau beri kebebasan , mereka boleh jadi ‘ Sazali’. Bagi yg berkemampuan , boleh jer hantar ke tempat asuhan yang bagus bagus.. cam HeGuru contohnya.. memang bagus ! Sediakan duitnya saja.
Satu lagi.. kalau kita biar mereka bersosial dengan teman teman di depan rumah, risau satu hal lak.. Kena culik ! Hurmm.. Dan zaman ni , mana ada dah diorang nak main permainan tradisional. Nak main bolasepak , padang pon takda ! Abis kawasan lapang dinaikkan shopping mall , rumah dan sebagainya. Dah tu ? Kat mana diorang nak main ?
Hurm… jawapannya , kena keluarkan banyak duit utk besarkan anak anak atau pindah je ke kampung yang sebenarnya kampung !
Sebagai Mr.Mama .. aku kena besarkan anak anak dan juga cari duit untuk keluarga ini. Satu cabaran yang amat memeningkan kepala aku. Tahun depan , Qhaliff dah nak dihanar ke taska. 5 tahun dah dia. Duit lagi.. fuh !
Sori.. lari tajuk.. Salahkah beri gadget pada anak anak ? Bagi kat anak anak ke , mak anak ke.. ayah anak ke .. selagi mana reti nak guna , tau nak berenti .. ok jer ! Mak ayah pun salah guna gak kekadang ! Kannnn ! Jangan dok salahkan anak anak jer ! Yang penting , pemantauannn.. pantauuuu ! Bukan bagi dan biarkan ! Tu pasal jadi macam macam kes.. termasuk kes kes yang korang pon tauuu !
Kerajaan juga perlu memainkan peranan ! Kawal harga taska ! Harga kekadang macam.. hurmm.. Taska milik kerajaan bukan semua tempat ada ! Kannnn ! Haaa ..
Semua pihak mainkan peranan ! Yang punya kepakaran .. bila buat ceramah atau bengkel , letak la harga masuk akal skit ! Bukan semua orang mampu pergi ! Sesekali , sedekah.. Nak kejar kekayaan pon , sampai bila kan ?