Lemang Periuk Kera
Secara jujurnya , kalau tak kerana Upin Ipin.. aku tak tau pun wujud lemang periuk kera ni . Ni semua salah Tok Dalang ! Mereka yang tonton episod tu mesti teringin nak rasa punya.. huhuh..
Dan ada yang tak kenal periuk kera ni.. hehehe..
Bahan-bahan nak buat lemang periuk kera ni ? Hehehhee.. Google jee laa ! Confirm jumpaa .. Dari blog KongsiResepi.Com.
“ Bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak , sila sediakan banyak-banyak). Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera).
300g beras pulut. Basuh dan toskan.
1 liter santan
Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
Gula kalau suka rasa manis pada pulut.
Cara Membuatnya :
Masukkan pulut ke dalam periuk kera.Masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras mengembang. Masukkan santan sampai tutup beras. Susun dalam acuan@bekas untuk dikukus. Kukus sampai masak. SUDAH SIAP.... Sedap dimakan bersama kari ayam,rendang dan yang sewaktu dengannya. Ataupun makan begitu sahaja atau cicah dengan gula atau susu pekat manis. Memang sangat sedap...Cubalah ya.... “
Dan wife kirim kat jiran jer.. Katanya sekali dengan rendang daging , RM55. Katanya mahal.. bagi aku , ok dah la tu. Mana ada murah dah barang sekarang ni.. hehehe. Dia bayar .. Cer aku bayar ? Mesti la mahal ! Hahahaha..
Ok ok.. rasanya ? Zahra mengilainya ! Non stop makan dia.. Aku pun sama ! Huhuh.. Terpaksa senamam tengah malam.. kasi bakar kalori yang terhasil dari Lemang Periuk Kera ni. Oh ya , rasanya tak selemak rasa lemang buluh tu yer.. Tapi bagi aku , sedap dari lemang buluh tu haa.. hehehe.
8 comments
uish..tertanya-tanya juga, apa rasanya lemang periuk kera ni. lepas tu tertanya-tanya juga, kat mana nak cari periuk kera..hehehe
BalasPadamwww.ceritaejoy.com
Something special
BalasPadampenah rasa. ada dak opis bawak. okayla dap gak
BalasPadamEh, ada eh lemang macamni. First time dengar. Takutlaa nak rasa. Haha
BalasPadamTeringin nak cuba...ada kawan PC cakap sedap mkn dengan kari daging...suami dia ckp kurang sedap sebab suaminya kena bayar...ckp tak sedap supaya isterinya tak order lagi..kikikiki..
BalasPadamtak pernah makan...nampak macam sedap
BalasPadamlemang periuk kera famous kat area sg.udang ngan masjid tanah melaka. tiap kali nak raya ada yg jual periuk kera ni lebih kurang rm20 utk 100biji kelongsong. tp sbb susah nk dpt, kena la order awal2 ngan org tu. dan ikut nasiblah kalo dpt yg bocor xleh dibuat lemangnya.
BalasPadamAssalam maaf ye tuan tanah...sy ad menjual lemang periuk kera yg dibuat oleh emak sy, kami sudah lebih 7 tahun dlm bidang ini...kami baru habis even MAHA 2016 baru2 ini perhhh memang tak menang tangan dibuatnya....pada pendapat sy, sy lebih suka lemang periuk kera berbanding lemang buluh sebab lemang periuk kera die lebih sedap, lebih lemak, lebih manis & mcm2 lebih lg la klu nk tau kena rasa sendiri lah.... untuk pertanyaan boleh whatapps sy 012-9298799 or email sy fairul8799@gmail.com
BalasPadam