Nak cepat , guna motor la !
Masuk dah dalam Harian Metro hari ni.. Kikiki..
Secara jujurnya , aku antara mereka yang kadang kadang masuk ke lorong kecemasan ni selepas melalui satu papan tanda yang mengata lagi 500 meter nak masuk ke simpang kiri ! Arghhh.. Ianya berlaku bila aku lalu jalan ni je la.. Sebulan sekali dua je.. heee.. Sebelum isu lorong kecemasan ni panas la ! Sekarang tak buat dah melainkan kalau emergency cam perut betul betul memulas atau terlalu mengantuk sangat !
Salah memang salah ! Takda alasan ! Kan ?
Tapi bak kata pengguna tetap jalanraya ni , kalau waktu kemuncak.. memang boleh bikin sakit kepala ! Kalau ada yang kata sila keluar awal pagi.. ok la ! Tapi petang ? Camana ? Dengan keadaan badan yang dah penat ! Mental yang dah letih.. ditambah dengan jalan sesak gini .. memang mencabar ! Kesesakkan di sini adalah disebabkan lampu isyarat yang .. hurmmm.. Malas nak maki ! Huh..
Ada yang kata.. guna motor la nak cepat ! Boleh celah masuk lorong kecemasan ! Tertanya aku.. apakah lorong kecemasan boleh digunakan jika menunggang motorsikal ??
Google.. Jumpa artikal SiakapKeli..
Tu kata PDRM.. tapi kata JPJ lak ??
Atas kertas camana lak ? Kadar Kompaun Kesalahan-Kesalahan Di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 Dan Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987" tertulis bagi kesalahan motosikal kurang daripada 250cc.
Pada bil nombor 9, jenis Kesalahan berkaitan penggunaan lorong kecemasan, meletakkan/menunda. memandu di lorong kecemasan, pemandu motosikal boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300.
Hurmm.. Maka apa solusinya utk elakkan kes kes begini berulang lagi ? Sabar menanti lampu hijau ? Fuhhh.. hari hari cam ni , aku rasa ramai rakyat Sepang / Dengkil boleh dapat darah tinggi wooo ! Seriuss..
Sila buat flyover ! Kasi alternatif ! Penat nak langgar peraturan wooo.. Ingat suka sangat ke ??
3 comments
harap sangat tak duduk dalam area yang macam ni... sesak sikit pun dah rasa tak leh nafas...
BalasPadamPihak berkuasa A cakap lain. B cakap pulak lain. C kata lain. last last pengguna jalanraya yang jadi mangsa jugak. hehehe.
BalasPadamRumah saya berhampiran dengan lokasi kejadian. Memang kalau time waktu kemuncak pulang dari kerja, lorong kecemasan ni selalu disalahgunakan. Trafik jammed sebab kenderaan dari lorong kecemasan akan bagi signal untuk tukar haluan dari kiri ke kanan sebelum lampu isyarat.
Signboard yang tunjuk lagi 500 meter tu memang bagi pengguna jalanraya keliru. Tapi kalau kita cuba bengkeng depan polis trafik atau JPJ, diorang akan kata yang kita memotong dilorong kiri. Line putih panjang nampak depan mata. Kalau line putus-putus tu barulah dibenarkan.
sain je la atas kertas saman tu. Nak jawab lebih-lebih memang salah sendiri. kan... kan...
segelintir rakyat kita susah nak serik...lagi tegur lagi mau buat
BalasPadam